Monday, January 26, 2026

Tims and Pickle

Aktiviti hujung minggu terakhir bulan Januari kami berjalan ke OU. Jalan-jalan cuci mata ke sana sini. Dalam OU dah penuh dengan deko untuk Tahun Baru Cina. Sana sini penuh dengan warna merah hihi... Orang pun ramai shopping raya gitu.



Disebabkan ramai orang, kebanyakkan kedai makan pun penuh sana sini. Akhirnya kami memilih makan petang di Tims Horton. Kurang sikit orangnya dan lebih selesa sebab tak bising.







Keesokkan harinya kami buat aktiviti riadah. Ariq dah lama ajak Daddynya main Pickle. Kami main berdekatan dengan rumah saja. Dalam kawasan ni ada lebih kurang empat tempat pickle ball. Pilih sajalah mana yang suka hihi... Saja ambil gambar ada tumbler, whatsapp kat Nani ai bawa tumbler dia bagi ke court 😅.



Mummy dan Qaireen lepak tepi court saja. Ai malas nak main, sekadar menjadi pemerhati. Qaireen ada juga main sekejap dengan kakak-kakaknya. Lepas tu dia beritahu penat hahaha.. kami masih tak decide lagi nak dia main sukan apa ni. Lepas raya nanti boleh lah masukkan dia mana-mana kelab.





Balik dari main pickle ball, bawa Ariq potong rambut pula. Susah betul nak suruh dia potong rambut sekarang ini. Budak sekarang memang suka rambut tebal-tebal dan messy look gitu 😏. Suruh pakai minyak rambut pergi sekolah pun tak nak juga huhuhu.



Gambar di bawah menu tenghari hari Isnin, ai hanya tambah masak sayur dan goreng tempe saja. Lauk Ayam Kicap dah masak awal untuk akak Zahra sahur sambung puasa ganti.



No comments: