Hari pertama tahun 2026, tak ada banyak aktiviti sangat. Memandangkan tengah malam tahun baru tu kami dah keluar untuk lihat bunga api 🎆, pagi hingga tenghari hanya di rumah saja. Pada waktu petang baru keluar ikut enZaf main bola. Tapi kami tak ikut sampai ke padang, lepak minum petang di Coffee Bean Bukit Jelutong. Alang-alang dah ada di kawasan itu, ai saja text Nowwa kalau dia nak join sama, sekali dia kata okay. Sementara menunggu Nowwa kami order makanan dulu, dah sampai makanan masing-masing ambil gambar anak-anak dan hantar ke enZaf. Report tengah buat apa dan makan apa hihihi...
Kami dah nak habis makan barulah Nowwa sampai. Bertuah sungguh minah ni. Bab janji masa memang ke laut, dari dulu lagi hahaha... Borak dari dalam CBTL sambung sampai ke luar pula. Tak boleh tahan duduk dalam tu, sejuk sangat aircondnya. Tak pergi jauh, sebelah CBTL saja. Ada Homebaker@Clover, feveret abang Ariq. Kalau nampak kedai ni, mesti dia minta bungkus bawa balik. Lepas beli cinnamon rolls ni kami lepak duduk luarnya pula. Lama juga bersembang, sampai enZaf dah habis bola. Sebelum balik sempat ambil gambar dengan Nowwa. Cantik betul gambar pakai handphone orange 📱🍊 ni kan. enZaf senyum saja bila ai seloroh macam tu hihihi..🤣
Thanks Nowwa sudi meluangkan masa, banyak juga kita borak. Suka duka sedih semua ada sampai meleleh air mata. Sayang kau dan besties yang lain 🤗. Oh ya! masa nak buat entry ini, belek semula gambar dari handphone untuk dimasukkan dalam blog. Baru perasan handphoneku kena hijack by akak Zahra. Tiba-tiba keluar seketul muka dia hahaha... entah masa bila dia selfie, tak perasan langsung.
Selalunya gambar Aliah yang penuh dalam handphone ini, sekarang akak Zahra pula hahaha.. Sebelum balik kami singgah makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. enZaf kelaparan selepas main bola. Misi nak kurus tahun baru?! abaikan sajalah. Belum habis tarikh 1hb dah makan itu ini..hmmm....

No comments:
Post a Comment