Monday, January 12, 2026

Bergambar dengan Kuromi

enZaf ajak ke Central i-City Mall. Agak lama juga tak berjalan ke sana. Eh! jap... ada la pergi sebelum ni, tapi tak jalan sangat dalam mall ke situ untuk parking saja 🚗😅. Kami ke i-City Theme Park. Lupa pula nak masukkan dalam blog huhu.. Okay berbalik pada shopping mall. Masa kami kat sana rupanya ada The Kuromi 20th Anniversary Event. Tengah lalu kawasan itu, di sapa dengan staf situ dengan memberi nombor giliran untuk sesi Meet & Greet bersama Kuromi. MasyaAllah rezeki Qaireen sangat. Bukan main seronok dia bila tahu nanti nak jumpa Kuromi. Sementara nak menunggu sesi berjumpa itu, kami pusing-pusing dulu dalam mall. Sebelum itu ambillah beberapa gambar kat kawasan itu. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat tapi Qaireen tak nak main apa pun. Sekadar tengok-tengok saja.











Memang rezeki dia 🥰, kebetulan pergi tu adalah hari terakhir Kuromi di situ. Sebelum balik, kami beli kudapan. Anak-anak nampak plak nugget ini. Tak ingat kali terakhir bila makan. Tapi lama sangat dah. Masa beli tu di Melawati Mall. Kat area PJ ni tak perasan pula ada QCC Baked ke tidak.



Ingatkan lepas keluar dari shopping mall, balik terus. Rupanya enZaf ajak singgah mamak Subaidah. Makan dan makan lagi ehehehe... Esoknya anak-anak dah sekolah. Bermula tahun baru buat semua dan bermulalah tugas supir menghantar dan mengambil mereka 😎.

No comments: