Bermulalah sesi persekolahan anak-anak bagi tahun 2026 ini. Tinggal tiga orang sahaja yang bersekolah, akak Zahra dia jadi "penganggur" sementara hihihi.. ajak dia buat lesen kereta tak nak, kerja pun tak nak. Daddynya cakap biarlah dia nak berehat. Maka dia menemani Mummynya dengan membuat kerja rumah. Bahagia pula rasa ada helper ni ðŸ¤. Lagi pun dia ada banyak hari lagi nak kena ganti puasa. Masa di asrama tak sempat katanya, terlalu sibuk, penat dan asyik lapar saja 🤣.
Okay, berbalik pada adik-adiknya pula. Tahun 2026 ini Aliah sudah masuk Upper Form, Tingkatan 4. Ya Allah besar dah anak nombor dua ni. Sebelum cuti tahun lepas, cikgu sudah memberi senarai nama mengikut aliran yang telah ditetapkan untuk naik Tingkatan 4 ini. Tak sangka ya, pihak sekolah telah menempatkan dia dalam aliran Sains. Penempatan ini berdasarkan keputusan peperiksaannya dalam Tingkatan 3. Aliah ingat dia akan dapat aliran Akaun, sangkaannya meleset. Tetapi penempatan itu boleh dibuat rayuan mengikut minat murid dengan alasan yang kukuh. Memandangkan Aliah ini masih tidak tahu hala tujunya dan dia ikut saja apa yang pihak sekolah berikan. Banyak kali dan hari jugalah ai buat sesi heart to heart dengan Aliah berkenaan aliran dia ini. Ai tak akan memaksa apa mereka nak buat terutamanya dalam pembelajaran, biarlah mereka sendiri yang pilih cuma kita guide apa yang perlu sahaja. Yang nak belajar tu dia kan. Dan keputusan akhirnya, Aliah memilih untuk meneruskan sahaja dalam aliran Sains. Kelasnya ada dua jenis Stem iaitu Stem A dan Stem B. Ada beberapa murid memilih subjek Sains Komputer dan yang tidak memilih itu mengambil subjek Biologi. Aliah ambil Stem A sama seperti akak Zahra.
Dalam hati tu ada juga rasa kegusaran tapi ai kena yakin dan sokong dengan keputusan Aliah. Cikgu-cikgunya pun meletakkan harapan dan yakin dengan dia juga. Dengan itu, marilah kita tuisyen ya nak hehehe.. Ariq pula sudah masuk Tingkatan 2. Tiada banyak perbezaan sangat yang berlaku terutamanya pada fizikal hehehe.. belajar dia kejap rajin kejap malas. Dugaan sungguh ya mendidik anak remaja ni. Besar kecil besar kecil je Mummy tengok dia. Kuat sangat main game huhuhu.. Dia pun Mummy dah plan masukkan tuisyen juga. Masuk tuisyen tu nak bagi dia kurang mengadap handphone sebenarnya 🤫
Gambar Ariq ni ai ambil sudah hari ke dua. Hari pertama tak sempat nak ambil sebab terkejar-kejar masa nak menghantar Qaireen. Hari pertama hanya Qaireen saja yang ai sempat snap 😆 Pada mulanya nak hantar Qaireen masuk sampai ke dalam sekolah tapi Qaireen kata tak payah. Bertuah punya anak hahaha.. Masa kakak-kakak dan abangnya ai memang akan hantar sampai masuk dalam sekolah bagi dua tiga hari minggu pertama. Tapi tidak bagi Qaireen ya. Macam tak percaya pun ada tapi ai menurut sajalah dia bila kata tak perlu hantar tu kan.
Hantar Whatsapp kat enZaf beritahu yang ai hantar Qaireen sampai pagar saja, dia pun terkejut hihi.. tak pernah lagi tinggalkan macam tu saja masa hari pertama. Tak dapat terima kenyataan anak bongsu ini sangat berdikari 🥹 Walaupun tak bagi masuk ai tetap tengok dia berjalan sampailah dah tak nampak dia. On the way balik rumah, jem jalan nak masuk kawasan perumahan. Jalan ke rumah ini sama dengan jalan nak ke sekolah menengah. Hari pertama penuh dengan kereta parents Tingkatan 1. Padahal nak masuk kawasan rumah tu dah dekat sangat tapi ai stuck kat situ sampai 15 minit huhuhu.. Bertabahlah.
Alhamdulillah hari pertama dan ke dua berjalan dengan lancar. Semoga anak-anak dapat menimba ilmu dengan baik, dikelilingi dengan orang-orang yang baik serta dilindungi dari segala musibah. InsyaAllah.. aamiin.. 🤲

No comments:
Post a Comment