Monday, January 19, 2026

Anak Buah Baru

Alhamdulillah, adikku Yusreena selamat melahirkan anaknya pada hari Jumaat yang lepas. Seronok dengar dia cerita, sangat mudah proses kelahiran anak pertamanya ini. Rezeki dia mudah dan pantas. Dan paling penting ke dua-duanya selamat dan sihat. Syukur 🤲. Adikku bersalin di Hospital Sg. Buloh, hanya suami dan ibubapa sahaja yang dibenarkan melawat. Dia hanya bermalam satu hari. Keesokkannya sudah boleh pulang ke rumah. Ai beritahu anak-anak yang Mak Su mereka dah bersalin dan tunjuk gambar baby di hospital, masing-masing teruja dan tak sabar nak pergi tengok katanya hihi.. Hari Ahad kami ke rumah Sg. Buloh melawat adik ai dan babynya.

Sebelum balik haruslah ambil gambarkan. Cucu ke-8 Tok Abah dan Mak Tok. Assalamualaikum Baby N. Sedapnya bau baby, rindu betul. Nanti Mak Long dia akan babysit sampai setahun 🥰. InsyaAllah. Tahniah adikku dan suaminya. Semoga kehadiran cahaya mata ini menambahkan lagi kasih dan sayang di antara kalian.









No comments: