Cerita ini dalam minggu ke-3 bulan Januari. Kita sekalikan lah dalam blog. Senang sekali jalan hehehe.. tak ada yang menarik tapi saja nak masukkan dalam blog sebab ada gambar. Lepas dah masuk blog bolehlah delete gambar-gambar ni dalam handphone ðŦĒðŪðĻ. Hampir penuh dah dalam album ðŽ. Hari Selasa sekolah Qaireen ada buat serahan Bantuan Awal Persekolahan(BAP). Lepas ambil duit, parents boleh bawa balik anak terus. Tapi ada je parents tak dapat bawa balik anak sebab lepas ambil BAP tu terus masuk kerja semula. Cumanya dalam kelas tak belajar lah kan.
Untuk ai, haruslah bawa balik Qaireen. Datang teman ambil duit je hehehe.. lagi pun kawan baiknya tak datang sekolah, lagi lah dia nak balik. Untuk Aliah dan Ariq, duit bantuan itu cikgu serahkan pada anak-anak saja. Dah besar sekolah menengah, tak perlulah Mummy datang ya tak. Tahu tahu je dalam tangan Mummy nanti ada RM450 ð. Hari Khamis nanti baru giliran sekolah menengah pula. Dalam gambar di bawah ini baru ada RM150 saja bahagian Qaireen ðĪ.
Lepas selesai di sekolah Qaireen terus ai pergi sekolah Aliah, tunggu dia balik. Hari Selasa kelasnya habis lambat. Ambil dia dan terus keluar makan. Dia request nak makan Ayam Gepuk Top Global. Dari hari ke hari dia mintak tapi tak pergi-pergi. Kali ini kasi jadi hahaha.. eh! bukan pakai duit BAP. Duit anak-anak ini kita masuk SSPN nanti ð.
Balik makan ada parcel sampai rumah. First time beli barang di Watson secara online. Itu pun sebab dapat free delivery. Saja je lah cuba, try, test beli ðĪĢ. Lepas ni macam gatal tangan saja nak beli online lagi. Pergi Watson ni bahaya kalau ada Aliah, sebabnya dia tu ada je nak membeli itu ini kalau masuk dalam Watson tau. Kalau online ni macam selamat sikit hahaha jahat betul Mummynya.
Hari ke dua, ai dan enZaf pergi The Curve. Hantar Qaireen sekolah kami terus ke sana untuk makan tengahari. Dia nak makan di Lotteria lagi. Kali ini cuba Crab Burger. Sedap tapi cepat muak.
Gambar-gambar di bawah ini kisah hari ketiga pula. Ai enrolled Qaireen masuk tuisyen. Bukan main ya darjah dua masuk tuisyen. Masuk tuisyen ini semata-mata nak kurangkan penggunaan gajet. Inilah cara terbaik ai boleh buat. Kat rumah susah ya nak control handphone ini. Mujurlah dia suka dengan tuisyen ini, mungkin cikgu-cikgunya pandai tarik perhatian. Setakat ini memang nampak dia happy dan tak sabar nak masuk kelas. Alhamdulillah.
Akak Zahra jadi guru muda untuk Aliah. Sementara ada dia ni, dapatlah ajar Aliah tu terutamanya subjek elektif Sains kan. Aliah pun ada tuisyen juga. Kiranya pada hari Isnin sampai Jumaat tu jadual dia memang penuh dengan kelas pada waktu malam. Buat macam kat asrama ada prep bagai. Hujung minggu saja ai bagi dia free and easy.
Bermulalah sesi persekolahan anak-anak bagi tahun 2026 ini. Tinggal tiga orang sahaja yang bersekolah, akak Zahra dia jadi "penganggur" sementara hihihi.. ajak dia buat lesen kereta tak nak, kerja pun tak nak. Daddynya cakap biarlah dia nak berehat. Maka dia menemani Mummynya dengan membuat kerja rumah. Bahagia pula rasa ada helper ni ðĪ. Lagi pun dia ada banyak hari lagi nak kena ganti puasa. Masa di asrama tak sempat katanya, terlalu sibuk, penat dan asyik lapar saja ðĪĢ.
Okay, berbalik pada adik-adiknya pula. Tahun 2026 ini Aliah sudah masuk Upper Form, Tingkatan 4. Ya Allah besar dah anak nombor dua ni. Sebelum cuti tahun lepas, cikgu sudah memberi senarai nama mengikut aliran yang telah ditetapkan untuk naik Tingkatan 4 ini. Tak sangka ya, pihak sekolah telah menempatkan dia dalam aliran Sains. Penempatan ini berdasarkan keputusan peperiksaannya dalam Tingkatan 3. Aliah ingat dia akan dapat aliran Akaun, sangkaannya meleset. Tetapi penempatan itu boleh dibuat rayuan mengikut minat murid dengan alasan yang kukuh. Memandangkan Aliah ini masih tidak tahu hala tujunya dan dia ikut saja apa yang pihak sekolah berikan. Banyak kali dan hari jugalah ai buat sesi heart to heart dengan Aliah berkenaan aliran dia ini. Ai tak akan memaksa apa mereka nak buat terutamanya dalam pembelajaran, biarlah mereka sendiri yang pilih cuma kita guide apa yang perlu sahaja. Yang nak belajar tu dia kan. Dan keputusan akhirnya, Aliah memilih untuk meneruskan sahaja dalam aliran Sains. Kelasnya ada dua jenis Stem iaitu Stem A dan Stem B. Ada beberapa murid memilih subjek Sains Komputer dan yang tidak memilih itu mengambil subjek Biologi. Aliah ambil Stem A sama seperti akak Zahra.
Dalam hati tu ada juga rasa kegusaran tapi ai kena yakin dan sokong dengan keputusan Aliah. Cikgu-cikgunya pun meletakkan harapan dan yakin dengan dia juga. Dengan itu, marilah kita tuisyen ya nak hehehe.. tak ambil pun gambar Aliah ke sekolah. Kita letaklah gambar sehari sebelum. Jadilah hehe.. Ariq pula sudah masuk Tingkatan 2. Tiada banyak perbezaan sangat yang berlaku terutamanya pada fizikal hehehe.. belajar dia kejap rajin kejap malas. Dugaan sungguh ya mendidik anak remaja ni. Besar kecil besar kecil je Mummy tengok dia. Kuat sangat main game huhuhu.. Dia pun Mummy dah plan masukkan tuisyen juga. Masuk tuisyen tu nak bagi dia kurang mengadap handphone sebenarnya ðĪŦ
Gambar Ariq ni diambil pada hari ke dua. Hari pertama tak sempat nak snap gambarnya sebab terkejar-kejar masa nak menghantar Qaireen. Hari pertama hanya Qaireen saja yang ai sempat snap ð Pada mulanya nak hantar Qaireen masuk sampai ke dalam sekolah tapi Qaireen kata tak payah. Bertuah punya anak hahaha.. Masa kakak-kakak dan abangnya ai memang akan hantar sampai masuk dalam sekolah bagi dua tiga hari minggu pertama. Tapi tidak bagi Qaireen ya. Macam tak percaya pun ada tapi ai menurut sajalah dia bila kata tak perlu hantar tu kan.
Hantar Whatsapp kat enZaf beritahu yang ai hantar Qaireen sampai pagar saja, dia pun terkejut hihi.. tak pernah lagi tinggalkan macam tu saja masa hari pertama. Tak dapat terima kenyataan anak bongsu ini sangat berdikari ðĨđ Walaupun tak bagi masuk ai tetap tengok dia berjalan sampailah dah tak nampak dia. On the way balik rumah, jalan jem nak masuk kawasan perumahan. Jalan ke rumah ini sama dengan jalan nak ke sekolah menengah. Jadinya hari pertama penuh dengan kereta parents Tingkatan 1. Padahal nak masuk kawasan rumah tu dah dekat sangat tapi ai stuck kat situ sampai 15 minit huhuhu.. Bertabahlah.
Alhamdulillah hari pertama dan ke dua persekolahan anak-anak berjalan dengan lancar. Semoga anak-anak dapat menimba ilmu dengan baik, dikelilingi dengan orang-orang yang baik serta dilindungi dari segala musibah. InsyaAllah.. aamiin.. ðĪē
Hari pertama tahun 2026, tak ada banyak aktiviti sangat. Memandangkan tengah malam tahun baru tu kami dah keluar untuk lihat bunga api ð, pagi hingga tenghari hanya di rumah saja. Pada waktu petang baru keluar ikut enZaf main bola. Tapi kami tak ikut sampai ke padang, lepak minum petang di Coffee Bean Bukit Jelutong. Alang-alang dah ada di kawasan itu, ai saja text Nowwa kalau dia nak join sama, sekali dia kata okay. Sementara menunggu Nowwa kami order makanan dulu, dah sampai makanan masing-masing ambil gambar anak-anak dan hantar ke enZaf. Report tengah buat apa dan makan apa hihihi...
Kami dah nak habis makan barulah Nowwa sampai. Bertuah sungguh minah ni. Bab janji masa memang ke laut, dari dulu lagi hahaha... Borak dari dalam CBTL sambung sampai ke luar pula. Tak boleh tahan duduk dalam tu, sejuk sangat aircondnya. Tak pergi jauh, sebelah CBTL saja. Ada Homebaker@Clover, feveret abang Ariq. Kalau nampak kedai ni, mesti dia minta bungkus bawa balik. Lepas beli cinnamon rolls ni kami lepak duduk luarnya pula. Lama juga bersembang, sampai enZaf dah habis bola. Sebelum balik sempat ambil gambar dengan Nowwa. Cantik betul gambar pakai handphone orange ðąð ni kan. enZaf senyum saja bila ai seloroh macam tu hihihi..ðĪĢ
Thanks Nowwa sudi meluangkan masa, banyak juga kita borak. Suka duka sedih semua ada sampai meleleh air mata. Sayang kau dan besties yang lain ðĪ. Oh ya! masa nak buat entry ini, belek semula gambar dari handphone untuk dimasukkan dalam blog. Baru perasan handphoneku kena hijack by akak Zahra. Tiba-tiba keluar seketul muka dia hahaha... entah masa bila dia selfie, tak perasan langsung.
Selalunya gambar Aliah yang penuh dalam handphone ini, sekarang akak Zahra pula hahaha.. Sebelum balik kami singgah makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. enZaf kelaparan selepas main bola. Misi nak kurus tahun baru?! abaikan sajalah. Belum habis tarikh 1hb dah makan itu ini..hmmm....