Wednesday, June 28, 2023

Malam Minggu


enZaf ajak ke Kampung Baru, lepak malam minggu dan lama tak ke sana katanya. Walaupun tahu bakal menempuh jem di sana tapi tetap nak pergi jua. enZaf parking jauh sedikit dan kena berjalan nak masuk dalam Kampung Baru. Tak sanggup nak bersesak dalam sana mencari parking. Tengok pada gambar di bawah ini pun kereta dah berhenti digerbang masuk.





Jalan-jalan kami berhenti di salah satu gerai Cendol Durian.



Order satu sahaja dan kongsi ramai-ramai. Kami masih kenyang baru lepas makan malam.



Ya ampun dah kembang rupanya ai ni. Kena start joging semula, lama sangat dah berhenti huhu.. Dalam kembang-kembang tu masih tak sedar diri lagi makan tak jaga. Air manis ni banyak sangat minum, kena kurangkan lah lepas ini. Nak balik tu lalu depan Nasi Lemak Wanjo, tak pernah tak ramai. Dari tadi ai perasan panjang je orang beratur.



Sempat lagi beli Jagung Bakar, bawak balik untuk sambung makan di rumah pula. Ha! itu sebab lah kembangkan, tak habis dengan makan, makan dan makan hihi..



Feeling tourist gitu, ambil gambar dengan KLCC.



Cantik view dari Kampung Baru ini sebab nampak KLCC dan Menara KL. Di Kampung Baru ini sendiri pun penuh dengan lampu-lampu, nampak meriahnya. Ariq request nak bergambar dengan Menara KL.



Macam jauh sangat je nak datang sini dengan bergambar bagai :p



Makin lewat malam makin banyak kereta masuk dalam Kampung Baru ni. Orang Malaysia terutamanya orang KL ni agaknya kalau tak ada waktu tidur memang berjaga 24 jam lah kan :p

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

weekend jalan2 dgn ank2 mmg seronok
tpi sejak abg long kat serama ni
kena tggu dia balik or time tu poket berisi bru leh kuar.
klu x, duduk rumah.
diaorg tak berapa suka jln malam.
klu jln2 mlm pun byk spent dlm kereta or mobile
dasar ank2 introvert
ahaha

Sidratul Muntaha said...

memang subur and gemuk daun tu.kami punya pun dh mati. adeh. takde rezeki menanam kunyit.
so far yg gagal adelah kunyit
serai, halia, daun kari masih bertahan
yg kdg2 nasib kdg jadi, pokok bendi
lengkus tak berani lagi tanam.
sbb kena ruang yg besar tuk akar dia menjalar

Nurhayati said...

kami pun banyak juga jalan pusing-pusing dalam kerata. cuma tak ambil gambar saja hihi.. tak kisah kat mana dan buat apa asalkan semua happykan.