Monday, April 24, 2023

Syawal Pertama 2023


Tema warna bagi raya tahun ini Aliah yang pilih. Dia berbelah bagi antara warna merah atau hijau. Akhirnya dia pilih warna merah :) Hanya ai dan anak-anak sahaja yang beli baju raya kecuali enZaf, dia sudah ada baju melayu warna merah. Merah kami pun tidaklah sama, ada yang gelap sedikit dan ada yang terang sedikit. Beli pun yang ready made, asalkan ianya warna merah hihi.. Tahun ini juga kami tak beraya dahulu di rumah seperti raya tahun-tahun sebelumnya. Lepas enZaf dan Ariq solat sunat Raya terus kami ke rumah Sg. Buloh. Sementara menunggu Mak Tok dan Tok Abah bersiap nak ke kubur, ai ambillah gambar anak-anak dahulu.





Kami ke kubur dahulu untuk elakkan cuaca semakin panas. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Buat pertama kali kami beraya tanpa arwah Achik. Ya Allah teramat rindu yang tak mampu nak dizahirkan. Rasa kasihan sangat kat Abah dan Mak, sayu je rasa hati ini bila tengok mereka huhu.. Terima kasih adik ambilkan gambar ni, tahu-tahu je dia hantar kat Whatsapp.



Selesai di kubur kami kembali semula ke rumah dan sesi beraya pun bermula :) Tak ada pula gambar bersalam-salaman dengan Abah, Mak dan semua. Dah selesai bersalam barulah kami ambil gambar.





Tak sangka Abah, Mak dan adik ai pun warna merah juga. Sehati sejiwa gitu. Sunyi sedikit beraya hari pertama ini. Angah tak balik beraya sebab suaminya cuti dibekukan, almaklumlah Poliskan. Tuntutan kerja didahulukan. Lagi pun keluarga mertuanya datang ke Ipoh beraya bersama dengan Angah dan anak-anak. Adik ai Nani pula giliran beraya di rumah mertua tahun ini.



Hanya ai dan adik bongsu je beraya bersama.



Bergambar lagi kat tangga pula. Feeling kat rumah kampung lah duduk di tangga haha.. di kampung tangganya lebih cantik berkayu kalau batu pun siap ada mozek corak-corakkan tapi di sini lebih kepada anak tangga sebenarnya sebab tiga langkah je masuk rumah :p



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat blog. Maaf zahir dan batin.

No comments: