Wednesday, April 19, 2023

Cerita Anak di Bulan Ramadhan


Perihal aktiviti sekolah anak-anak pada bulan puasa boleh tahan banyak juga. Kesempatan bulan Ramadhan ini, sekolah pun buat banyak program dan turut menganjurkan minggu panitia Pendidikan Islam. Tapi tak banyak gambar anak-anak apa yang berlaku di sekolah, anak-anak ini sekadar bercerita apa yang mereka lakukan.

Bulan puasa ini Aliah balik sekolah dengan kawannya. Bila dia sampai je di rumah terus dia bagi ai satu lanyard. Tak sangka juga la dia terpilih menjadi Pengawas Percubaan. Seminggu sebelum itu, cikgu kelas ada maklumkan pada parents dalam Whatsapp Group pada anak-anak yang berminat untuk jadi Pengawas Sekolah boleh apply melalui GF link diberikan. Ai saja suruh Aliah apply memandangkan sekolah rendah dia dah jadi pengawaskan. Itu yang tak sangka dia dapat dan secepat ini. Ai ingatkan lepas raya baru tahu.



Katanya dalam kelas dia hanya 4 orang sahaja terpilih. Dia tak pasti berapa ramai tetapi tidak lebih dari 20 orang. Dia ditugaskan untuk menutup grill setiap blok bila selesai waktu persekolahan. Gambar di bawah ini hari pertama dia kena bertugas. Haruslah Mummy ambil gambar sebagai kenangan. Tak dapat bergambar di sekolah, di rumah pun jadilah hehehe.. Selamat bertugas Aliah, harap-harap dia dapatlah diserapkan jadi Pengawas Sekolah yang sebenar.



Manakala tentang Ariq pula. Ai tak ingat hari apa, ada satu hari ambil dia balik sekolah dia beritahu yang dia terpilih untuk menjadi Pengawas ICT. Wah terkejut kejap Mummy. Dia kata tiba-tiba Cikgu Fathul panggil dia dan seorang kawannya maklumkan cikgu lantik mereka. Mummy tunggu surat perlantikan ya nak. Buat masa ini tak tahu lagi dapat ke tak tu hehehe.. Gambar di bawah dia tunjuk kawannya Qayyum bagi duit raya.



Hari terakhir persekolahan, Ariq dapat hadiah dari Tadarus Al-Quran dan duit raya dari cikgu kelasnya. Oh dia memang ada beritahu dia masuk Tadarus bersama beberapa kawan kelasnya. Kacang Nips tu awal-awal lagi Qaireen dah minta kat abang Ariqnya haha..



Akak Zahra pun ada, sekolah asrama lagilah penuh aktiviti mereka. Tapi itu lah bila Form 3 ini dah kurang gambar dalam Whatsapp Group nak dibandingkan masa Form 1 dan Form 2 :) Sepanjang puasa ini seminggu dua kali akak Zahra call, call pun sebab nak beritahu untuk PB hahaha.. kalau tak balik tak adanya nak call kan :p



Budak bertuah ini setiap hujung minggu nak balik rumah. Setiap hari Jumaat itu la Daddy dia pergi ambil dan hantar semula pada hari Ahad. Haishhh mujurlah sayang anakkan hahaha... Bila sekolah dekat itu la jadinyakan, bertabahlah melayan dia. Sekolah Qaireen pun ada juga aktiviti yang dibuat, nanti ai buat dalam entry lain. Sebabnya yang itu ada banyak gambar sikit hihihi.. Bulan puasa ini agak kepenatan sikit menguruskan anak-anak. Dari pagi sampai tengahari sudah enam kali keluar masuk rumah. Tenghari ai dah flat terbongkang, berat badan pun turun la sikit. Jadilah dari tak ada kan hahaha... Tak lama lagi nak sambut Syawal sudah, semoga kita berjumpa lagi Ramadhan pada masa akan datang.

No comments: