Thursday, April 20, 2023

Tindik Telinga Qaireen


Kami ke One Utama (OU), misi utama adalah untuk menindik telinga Qaireen. Sebelum itu ai dah beberapa kali tunjuk kat dia subang telinga. Beritahu dia cantik earing Mummy, cantik earing Aliah. Selepas itu ai slowly tanya Qaireen "nak tak earing?" dan tak sangka jawapan dia "yes".. tanya lah banyak kali pun tetap cakap "yes". Jadinya ai terus beritahu enZaf, baik kita tindikkan telinganya secepat yang mungkin sebelum dia mengubah fikiran hehe.. Sampai-sampai OU kami terus menuju ke Poh Kong. Tapi sayang tak dapat buat di situ sebabnya staf yang uruskan piercing cuti. Pergi Wah Chan pun sama, eh dah cuti raya ke dorang ni huhuhu.. Sempat lagi lah ai ambil gambar Aliah dan Qaireen.



Cantik bunga-bunga tu, besar sungguh rasa macam Thumbelina. Eh! lama betul tak tengok kartun tu. Bila tak dapat nak tindik lagi telinga Qaireen mulalah kami dah hilang hala tuju hahaha... Jalan lagi dan sempat singgah beli Cinnabon untuk anak-anak. enZaf bulan puasa turun berat dia. Perut pun kempis, suka dia :)



Waktu nak berbuka pun dah dekat, mana-mana kedai pun kebanyakkannya dah penuh. Kami berbuka di Pizza Hut sahaja, itu pun mujur cepat sikit. Kalau lambat pun sama jua tak ada tempat dah. Masa berbuka ai order salad. Konon nak kurus macam enZaf juga hahaha..



Selesai berbuka dan solat Maghrib kami sambung lagi berjalan. Beli getah dan sepit rambut Qaireen untuk raya. Masa ai dalam kedai, enZaf mencari kedai yang ada buat tindik. Ada satu kedai tu boleh buat tapinya dia seorang je. Kami kalau boleh nak tindikkan Qaireen ada dua orang buat serentak tindik telinga kiri dan kanan. Kalau buat sebelah saja tiba-tiba nanti tak nak buat lagi sebelah sebab sakitkan. Cari lagi dan jumpa kedai silver jewellery dan kali ini dia ada dua orang staf boleh buatkan. Gambar di bawah ini Aliah nak ambil video tapi tertekan kamera.



Bawah ini videonya. Nasib baik Aliah rekod, ada kenangan untuk Qaireen.



Terkejut tengok Qaireen tak menangis langsung. Perkataan yang keluar dari mulut dia masa kena tindik tu "Ouch!" Lama sikit dia terus cakap lagi "no earing" hahaha.. mujurlah dah selamatkan. Oh ya, masa Aliah dulu sebelum tindik [link], kena spray yang sejuk untuk kebaskan tapi berbeza dengan Qaireen. Staf situ tak nak spray sejuk kat telinganya dahulu sebab dia beritahu dari pengalamannya, bila spray saja di telinga kebanyakkan kanak-kanak mesti menangis dan tak nak tindik. Sebab terkejut telinga itu sejuk. Jadinya mereka tindik dahulu lepas tu laju-laju spray terus kat subang tu. Sakit tu hilang sebab sejuk dan kebas. Taktik kedai tu lah, bagus betul. Dah balik rumah salin baju semua barulah ai teringat nak ambil gambar earing barunya. Qaireen sendiri yang pilih tu.



Caj buat tindik RM20 sekali dengan subang itu lah sama harga masa Aliah. Kena pantang makan telur, kacang dan seafood untuk seminggu dua. Lepas raya ini nanti kami nak belikan subang emas untuk Qaireen.

No comments: