Hari raya ke dua dapat jemputan dari Nani. Memandangkan kami tak ke mana haruslah laju ai jawab okay. Tambahan pula kami belum pernah pergi ke rumahnya sejak Nani pindah, tahun lepas tak dapat datang beraya rumahnya. Masa itu kami baru kehilangan adik ai Achik, satu rumah pun tak sihat :( Tiba-tiba teringat kat arwah pula, tak lama lagi nak setahun sudah pemergiannya. Okay berbalik pada cerita beraya :) Nani jemput masa tu sudah tenghari, petangnya kami sampai hehehe..
Banyak betul Nani masak. Ada Nasi Tomato, Ketupat Palas, Nasi Impit, Rendang Ayam, Daging masak apa entah ai dah lupa hahaha... tapi macam daging masak hitam gitu. Apa pun yang pasti ai makan menambah-nambah ya.
Gambar dari Nani dia send di Whatsapp group, ai save dan letak dalam blog sebagai kenangan. Tak perasan pula bila masa dia snap gambar ni. Nampak sangat diriku fokus pada makanan :p
Sepatutnya Nowwa pun ada sekali tapi lambat pula nak sampai, agak lama juga kami menunggu dari mula makan sampai habis dah makan hehe.. Sebelum balik haruslah ambil gambar dengan tuan rumahkan. .
Pada awalnya baby Nani tak ada sebab tidur, tup tup tengah bergambar dia dah bangun. Jadinya kena lah ambil gambar lagi sekali :p Terima kasih lah enZaf sudi layan kami bergambar banyak kali. Inilah gambar terbaik yang ada.
Terima kasih Nani dan Chan jemput kami datang beraya. Sedap betul masakan dia, tak sia-sia jadi anak makcik kantin kan kalau tak mewarisi kehebatan memasak :)
Tahun ini, bukan main ramai orang bermain teka-teki samaada Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu. Almaklumlah, tahun lepas kita semua raya mengejutkan. Bila pengumuman raya dibuat, tiba-tiba rayanya esok. Masa itu pun kami semua kebetulan berbuka puasa di luar, agak kecoh seketika. Percaya tak percaya je tiba-tiba raya esok :) Pada tahun ini 2023, hari yang kita semua nanti-nantikan pengumuman pada hari Khamis bahawasanya kita akan meraikan 1 Syawal pada hari Sabtu. Tapi hari Khamis itu kami sekeluarga dah makan makanan raya. Bukan sebab risau tiba-tiba raya tetapi memenuhi permintaan adik ai Nani yang nak makan makanan raya sebelum dia beraya di kampung mertua.
Tahun ini giliran dia beraya di sebelah suami. Ini merupakan raya pertama kali dia tidak bersama pada 1 Syawal. Sedih katanya itu yang dia nak makan ketupat dan kuah lodeh. Kalau tiba-tiba raya pun kami okay saja sebab makanan raya dah tersedia hehehe.. Makan awal tak kalut gitu :p Selesai makan anak-anak tolong Mak Su dan Mak Tehnya menyusun kuih di dalam balang. Kebanyakkan kuih raya yang ada ini dari kawan-kawan adik ai yang bagi, jimat dari membeli.
Yang kecil ni pun tolong juga tapi tolong makan. Kuih tu tak masuk pun dalam balang, tahu-tahu masuk dalam mulut dia hehehe.. bertuah sungguh la anak.
Selesai susun kuih, lajulah anak-anak ini main bunga api. Senang bila ada Mak Su, dia lah yang tolong layankan anak-anak. Kita serahkan sepenuhnya pada dia hehe.. Eh bapak budak pun main mercun juga :)
Besoknya kami datang lagi ke rumah Mak. Kali ini betul-betul malam raya :) Dah sampai Bandar Baru tiba-tiba ai nampak macam kenal saja kereta yang ada di carwash itu. Ambil gambar terus hantar kat Whatsapp Group, Mak Su dia terus toleh ke belakang. Basuh kereta nak raya ya hihi...
Berbuka kali ini sunyi sedikit, adik ai Nani dah pulang ke kampung mertuanya di Perak. Adik ai Hana pun tak balik beraya tahun ini, dia beraya di Kuala Kangsar kampung mertuanya juga. Sedih tak meriah huhuhu.. Diikutkan keesokkan harinya iaitu hari raya pertama adalah hari jadi adik ai Yusreena. Ai saja beli kek awal sambut malam raya. Nanti hari raya takut tak ingat hahaha.. awal tak kalut juga :p
Sibuk aje Qaireen tu nak bergambar. Dia tak sabar nak tiup kek sebenarnya. Terlupa nak simpan kek dalam fridge, cair sikit dah keknya. Happy Birthday Asyu!!!
Sayang sangat kat adik ai ni, dia lah yang banyak sangat tolong jaga Mak dan Abah. Tak pernah merungut, bawa Mak dan Abah check-up, belikan barang dapur, bawa makan sana sini haish macam-macam lah. Along doakan Adik dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala doa-doa yang dihajati. Dah makan kek terus menerus anak-anak sambung bermain bunga api lagi. Meriah sana sini penuh dengan fireworks.
Kami ke One Utama (OU), misi utama adalah untuk menindik telinga Qaireen. Sebelum itu ai dah beberapa kali tunjuk kat dia subang telinga. Beritahu dia cantik earing Mummy, cantik earing Aliah. Selepas itu ai slowly tanya Qaireen "nak tak earing?" dan tak sangka jawapan dia "yes".. tanya lah banyak kali pun tetap cakap "yes". Jadinya ai terus beritahu enZaf, baik kita tindikkan telinganya secepat yang mungkin sebelum dia mengubah fikiran hehe.. Sampai-sampai OU kami terus menuju ke Poh Kong. Tapi sayang tak dapat buat di situ sebabnya staf yang uruskan piercing cuti. Pergi Wah Chan pun sama, eh dah cuti raya ke dorang ni huhuhu.. Sempat lagi lah ai ambil gambar Aliah dan Qaireen.
Cantik bunga-bunga tu, besar sungguh rasa macam Thumbelina. Eh! lama betul tak tengok kartun tu. Bila tak dapat nak tindik lagi telinga Qaireen mulalah kami dah hilang hala tuju hahaha... Jalan lagi dan sempat singgah beli Cinnabon untuk anak-anak. enZaf bulan puasa turun berat dia. Perut pun kempis, suka dia :)
Waktu nak berbuka pun dah dekat, mana-mana kedai pun kebanyakkannya dah penuh. Kami berbuka di Pizza Hut sahaja, itu pun mujur cepat sikit. Kalau lambat pun sama jua tak ada tempat dah. Masa berbuka ai order salad. Konon nak kurus macam enZaf juga hahaha..
Selesai berbuka dan solat Maghrib kami sambung lagi berjalan. Beli getah dan sepit rambut Qaireen untuk raya. Masa ai dalam kedai, enZaf mencari kedai yang ada buat tindik. Ada satu kedai tu boleh buat tapinya dia seorang je. Kami kalau boleh nak tindikkan Qaireen ada dua orang buat serentak tindik telinga kiri dan kanan. Kalau buat sebelah saja tiba-tiba nanti tak nak buat lagi sebelah sebab sakitkan. Cari lagi dan jumpa kedai silver jewellery dan kali ini dia ada dua orang staf boleh buatkan. Gambar di bawah ini Aliah nak ambil video tapi tertekan kamera.
Bawah ini videonya. Nasib baik Aliah rekod, ada kenangan untuk Qaireen.
Terkejut tengok Qaireen tak menangis langsung. Perkataan yang keluar dari mulut dia masa kena tindik tu "Ouch!" Lama sikit dia terus cakap lagi "no earing" hahaha.. mujurlah dah selamatkan. Oh ya, masa Aliah dulu sebelum tindik [link], kena spray yang sejuk untuk kebaskan tapi berbeza dengan Qaireen. Staf situ tak nak spray sejuk kat telinganya dahulu sebab dia beritahu dari pengalamannya, bila spray saja di telinga kebanyakkan kanak-kanak mesti menangis dan tak nak tindik. Sebab terkejut telinga itu sejuk. Jadinya mereka tindik dahulu lepas tu laju-laju spray terus kat subang tu. Sakit tu hilang sebab sejuk dan kebas. Taktik kedai tu lah, bagus betul. Dah balik rumah salin baju semua barulah ai teringat nak ambil gambar earing barunya. Qaireen sendiri yang pilih tu.
Caj buat tindik RM20 sekali dengan subang itu lah sama harga masa Aliah. Kena pantang makan telur, kacang dan seafood untuk seminggu dua. Lepas raya ini nanti kami nak belikan subang emas untuk Qaireen.
Perihal aktiviti sekolah anak-anak pada bulan puasa boleh tahan banyak juga. Kesempatan bulan Ramadhan ini, sekolah pun buat banyak program dan turut menganjurkan minggu panitia Pendidikan Islam. Tapi tak banyak gambar anak-anak apa yang berlaku di sekolah, anak-anak ini sekadar bercerita apa yang mereka lakukan.
Bulan puasa ini Aliah balik sekolah dengan kawannya. Bila dia sampai je di rumah terus dia bagi ai satu lanyard. Tak sangka juga la dia terpilih menjadi Pengawas Percubaan. Seminggu sebelum itu, cikgu kelas ada maklumkan pada parents dalam Whatsapp Group pada anak-anak yang berminat untuk jadi Pengawas Sekolah boleh apply melalui GF link diberikan. Ai saja suruh Aliah apply memandangkan sekolah rendah dia dah jadi pengawaskan. Itu yang tak sangka dia dapat dan secepat ini. Ai ingatkan lepas raya baru tahu.
Katanya dalam kelas dia hanya 4 orang sahaja terpilih. Dia tak pasti berapa ramai tetapi tidak lebih dari 20 orang. Dia ditugaskan untuk menutup grill setiap blok bila selesai waktu persekolahan. Gambar di bawah ini hari pertama dia kena bertugas. Haruslah Mummy ambil gambar sebagai kenangan. Tak dapat bergambar di sekolah, di rumah pun jadilah hehehe.. Selamat bertugas Aliah, harap-harap dia dapatlah diserapkan jadi Pengawas Sekolah yang sebenar.
Manakala tentang Ariq pula. Ai tak ingat hari apa, ada satu hari ambil dia balik sekolah dia beritahu yang dia terpilih untuk menjadi Pengawas ICT. Wah terkejut kejap Mummy. Dia kata tiba-tiba Cikgu Fathul panggil dia dan seorang kawannya maklumkan cikgu lantik mereka. Mummy tunggu surat perlantikan ya nak. Buat masa ini tak tahu lagi dapat ke tak tu hehehe.. Gambar di bawah dia tunjuk kawannya Qayyum bagi duit raya.
Hari terakhir persekolahan, Ariq dapat hadiah dari Tadarus Al-Quran dan duit raya dari cikgu kelasnya. Oh dia memang ada beritahu dia masuk Tadarus bersama beberapa kawan kelasnya. Kacang Nips tu awal-awal lagi Qaireen dah minta kat abang Ariqnya haha..
Akak Zahra pun ada, sekolah asrama lagilah penuh aktiviti mereka. Tapi itu lah bila Form 3 ini dah kurang gambar dalam Whatsapp Group nak dibandingkan masa Form 1 dan Form 2 :) Sepanjang puasa ini seminggu dua kali akak Zahra call, call pun sebab nak beritahu untuk PB hahaha.. kalau tak balik tak adanya nak call kan :p
Budak bertuah ini setiap hujung minggu nak balik rumah. Setiap hari Jumaat itu la Daddy dia pergi ambil dan hantar semula pada hari Ahad. Haishhh mujurlah sayang anakkan hahaha... Bila sekolah dekat itu la jadinyakan, bertabahlah melayan dia. Sekolah Qaireen pun ada juga aktiviti yang dibuat, nanti ai buat dalam entry lain. Sebabnya yang itu ada banyak gambar sikit hihihi.. Bulan puasa ini agak kepenatan sikit menguruskan anak-anak. Dari pagi sampai tengahari sudah enam kali keluar masuk rumah. Tenghari ai dah flat terbongkang, berat badan pun turun la sikit. Jadilah dari tak ada kan hahaha... Tak lama lagi nak sambut Syawal sudah, semoga kita berjumpa lagi Ramadhan pada masa akan datang.
Pejam celik pejam celik, setahun sudah anak saudara ai Fahrel. Adik ai Nani buat sambutan kecil-kecilan pada hari jadi Fahrel. Hari Raya nanti baru dia buatkan majlis harijadi sekali dengan rumah terbuka :) Makan malam Nani order Pizza.
Mak Su nya ada buatkan sedikit deko untuk bergambar. Comel memang kena dengan baby kan. Bab mendeko ini memang serahkan pada dia hehe.. Tempat dah cantik haruslah ambil gambar untuk kenangan. Aliah sibuk main game, ajak bergambar pun tak mahu :(
Kesayangan Tok Abah ni. Nani cakap Tok Abah cikgu disiplin. Apa Fahrel buat dan makan semua dia pantau hahaha.. ada saja adikku itu. Fahrel tu penghibur hati Tok Abah dan Mak Tok. Kalau tak ada dia, sunyi je rumah.
Semestinya lah Mak Long dia pun nak bergambar juga. Jaga dia dari 4 bulan sampai lah nak dekat puasa, lepas itu Nani hantar Fahrel di nursery pula. Berdekatan dengan tempat kerja Papa dia.
Bagus nursery tu, dia bukan hanya makan dan tidur tetapi banyak aktiviti yang dibuat. Semuanya dirakam dan dimasukkan ke dalam sistem. Senang untuk ibu bapa pantau anak. Bila ai dah tak jaga Fahrel, terasa juga kehilangan tu pada awalnya. Sejak dia ada bertambah meriah dalam rumah, riuh rendah huru hara jangan katalah tapi seronok sangat. Sekarang anak-anak dah membesar, suasana riuh tu dah berkurangan sedikit. Itulah orang kata kita akan teringat dan rindu suasana tu hehehe.. Berbalik pada cerita Fahrel hihi.. Lepas kami dah ambil gambar semua, Nani biarkan Fahrel berseronok dengan keknya pula.
Pertama kali tu dia dapat makan manis. Bukan main seronok sumbat dalam mulut. Tok Abah dia dah susah hati dan runsing. Tangan dalam gambar tu, tangan Tok Abah la tu. Mengutip kek yang dah berkecai sana sini hehehe.. Comot sungguhla.. jenuh la Mummy dia nak menyental baju tu. Happy 1st Birthday Fahrel!! Semoga menjadi anak yang cemerlang dan soleh di dunia dan di akhirat.
Sabtu lepas keluar moreh dengan Tee B. Lama betul ai tak jumpa dengan dia. Tak ingat pula bila kali terakhir tu. Bila rancang nak jumpa, ada saja kekangan yang tak dapat dielakkan. Bila masing-masing sibuk dengan komitmen itu lah kan, nak dapat satu pertemuan itu makan masa betul hehehe... Akhirnya dapat lah kami berjumpa walaupun sekejap. Dalam sekejap itu pun, banyak cerita yang dikongsi.
Hari Sabtu tu, ai berbuka puasa di rumah Mak. Ai dan anak-anak saja, enZaf berbuka diluar bersama kawannya. Dah alang-alang di Sg. Buloh ai Whatsapp Tee B ajak dia minum jika free. Kebetulan dia pun tak ada hal lain, itu yang dapat berjumpa. Tee B datang ambil ai di rumah dan kami ke Sri Damansara. Ingatkan nak minum area dekat dengan rumah aje, tapi punya lah sesak. Kat Bandar Baru ini ada bazar jadi mana-mana sesak dengan orang dan kereta. Itu yang kami lajak terus ke Sri Damansara :)
Kami minum di Coffee Bean (CB). Qaireen sorang saja yang ikut, yang lain tinggal kat rumah Mak Tok sebab nak main bunga api. Sukalah Qaireen tu dapat makanan kegemaran dia, Bagel. Kalau ke CB ni, memang itulah anak-anak order. Dua gambar di bawah dari phone Tee B.
Sebelum balik ai minta Qaireen ambilkan gambar. Pertama kali rasanya suruh dia ambil gambar. Not bad juga ya hahaha.. Lepas ini boleh praktis banyak kali :p
Terima kasih Tee B belanja kami moreh. Dah belanja siap ambil hantar ke rumah lagi tu. Aish.. terharu. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan sahabatku ini. Ada rezeki kita berjumpa lagi ya.