Saturday, March 18, 2023

Kawan-kawan Datang Rumah


Ketika Aliah Tahun 6 dia bersahabat baik dengan tiga orang iaitu Imanina, Sheenaz dan Zahirah. Mereka berempat satu kelas sejak tahun 4 tak silap ai. Kalau Aliah bercerita perihal sekolah memang nama-nama inilah akan disebutnya buat itu ini dan macam-macam lagi. Gaduh baik gaduh baik pun semua diceritanya hehehe.. selalunya Aliah lah yang mendamaikan keadaan. Cuti sekolah ini mereka dah merancang nak berjumpa sebelum bermula sesi persekolahan menengah. Keempat-empat mereka berpecah dua sekolah, ada yang masuk kelas DLP, KAA dan aliran biasa.



Tempat mereka rancang untuk berjumpa ialah di rumah kami. Semua nak ke tempat Aliah katanya. Salah seorang dari mereka siap datang bawa makanan, belanja McDonalds. Seorang lagi belanja air Tealive. Wah bukan main anak-anak sekarang ya. Terima kasih juga kepada parents yang sporting dan sanggup hantar demi memenuhi permintaan anak-anak ini. Seronok betul mereka semua berkelah di taman dan ai sempatlah skodeng dan ambil gambar sekeping dua :p

Dalam skodeng itu ai tiba-tiba nampak satu kumpulan budak lelaki pun turut sama ada di taman. Eh! boleh pula kebetulan ada sama kan. Dan Aliah beritahu salah seorang dari budak lelaki di situ kawannya kenal sebab satu sekolah agama. Bukan main lagi ya mengorat anak dara orang haha..



Bila dah puas di taman, barulah mereka semua ini naik masuk ke rumah pula. enZaf ada orderkan donut Jco untuk anak-anak ini makan petang. Seronok ai tengok keakraban mereka, semuanya sopan santun dan beradab. Dua gambar di bawah dari phone camera Aliah. Bergambar sebelum mereka pulang. Dan kemungkinan susah nak berjumpa selepas ini, mujurlah anak-anak zaman sekarang ini dah ada handphone. Boleh lagi keep in touch selalu kan.





Aliah tunjuk kat ai apa yang kawan-kawannya bagi. Mereka semua saling bertukar hadiah. Aliah je tak perlu bagi lagi sebabnya dia dah bagi awal masa hari terakhir persekolahan. Aliah belikan friendship bracelets seorang satu. Semua ini tanda persahabatan mereka sepanjang berkawan di sekolah rendah.



Terharu pula ai tengok barang-barang yang diberi oleh kawan-kawannya. Semoga persahabatan mereka ini berkekalan sampai bila-bila. Keesokkan harinya gigih lah ai nak membalut buku teks anak-anak. Berbelas-belas buku setiap seorangkan, boleh patah pinggang nak membalut.



Gambar di atas buku teks akak Zahra, tak banyak sangat nak ganti balutan bukunya. Kebanyakkannya masih elok lagi cuma ada satu buku teks dia tak jumpa. Terpaksa lah Daddy dia beli buku teks baru ganti yang hilang tu. Haish la anak, belum mula persekolahan dah hilang buku huhu... Gambar di bawah, buku teks Aliah. Untuk Aliah ini kebanyakkannya memang kena balut semula. Ada yang dapat tu ya ampun pejam mata tengok. Nasib baiklah buku teks yang tak berapa elok dah tu ada dalam simpanan akak Zahra. Masa dia Tingkatan 1 tu kami ada belikan buku teks baru juga untuk dia. Gantikan yang elok tu untuk dibawa ke sekolah.



Gambar di bawah pula buku teks Ariq. Kebanyakkan balutan buku teksnya masih elok, hanya beberapa buku teks sahaja ai gantikan plastik baru.



Sebenarnya boleh sahaja suruh anak-anak ini balutkan, tapi ai lebih memilih balut sendiri. Sejenis yang cerewet dan perlukan kekemasan yang maksimum jadi lebih baik tangan ini yang buat. Nanti ada yang tidak puas hati. Makan masa juga ai siapkan balut buku teks ini, tak mampu nak buat semua dalam satu hari. Patah pinggang dibuatnya. Cuma ai dahulukan buku teks akak Zahra sebab dia nak balik asrama. Aliah dan Ariq tu ai buat sikit-sikit :) Belum kira buku-buku latihan yang dibeli di kedai buku ni. Yang itu ai memang ai serahkan pada anak-anak untuk susun dan tulis sendiri.



Ratus-ratus juga ya nak beli buku anak-anak ini, mujurlah kita dapat Bantuan Awal Persekolahan, sekurang-kurangnya dapatlah bantu sedikit. Syukur Alhamdulillah.

2 comments:

Eliss said...

Saya pun balut buku anak-anak . diorang menolong salotape je la.tapi biasanya buku aktiviti je sebab buku teks biasanya dah balut dan tak comot sangat. yang mana comot baru ganti. jenis asal boleh je. hehehe

Nurhayati said...

kita pun asal elok dan boleh pakai tak ada ganti. selagi anak sekolah ni tugas balut buku belum boleh resign lagi hahaha..