Tuesday, March 21, 2023

Aliah Form 1


Alhamdulillah anak nombor 2 sudah memasuki persekolahan peringkat menengah. Pejam celik dah besar rupanya Aliah. Memasuki Tingkatan 1 ini Aliah bersekolah di sekolah harian berdekatan dengan rumah. Dia tiada rezeki untuk ditempatkan di sekolah berasrama penuh seperti akak Zahranya. Bagaimana pun kami ada membuat rayuan untuknya, jika tertulis rezeki untuk dia insyaAllah adalah kan. Apa pun ai dah redha, sekolah di mana-mana pun boleh  berjaya jua kan. Macam Mummy dia juga.. eh puji diri sendiri ke tu :p Mummy pun dari sekolah harian juga, alhamdulillah dapat meneruskan pengajian ke universiti tempatan :)

Setiap kali hari pertama persekolahan, ai memang nanti-nantikan dan bersemangat. Amboi! macam Mummy dia pula nak bersekolah. Bila Aliah dah masuk Tingkatan 1 lagi lah ai bersemangat sebab nak pergi sekolah barukan. Haruslah ambil gambar dengan dia. Aliah pun dah sama tinggi dengan Mummynya. Mungkin lepas ini, Mummy yang paling pendek sekalikan hahaha..



Thank you enZaf ambilkan gambar ini, itu pun laju-laju sebab dah lambat. enZaf hanya hantar kami saja sebab dia nak ambil Ariq balik dari sekolah. Untuk hari pertama ini, pihak sekolah menjemput ibu bapa hadir ke sekolah bagi yang berkelapangan. Jadinya ai wakillah ke sekolah. Masa nak masuk sekolah ini, terjumpa dengan kawan baik Aliah, Aina dari sekolah rendah. Alang-alang dah lalu depan pagar sekolah, teruslah ai ambil gambar mereka berdua.



Boleh dikatakan majoriti murid Tingkatan 1 di sekolah ini kebanyakkan dari sekolah rendah Aliah. Jadinya ramai kawan-kawan yang dia kenal, nak pula ke tiga-tiga rakan baiknya juga bersekolah di sini juga. Lagilah Aliah excited sekolah di sini. Bila dia tahu dia tak dapat masuk asrama, muka dia berseri okay hahaha.. Oh! budak kecik di bawah ini haruslah melekat pekat ikut Mummy dia. Tak boleh berenggang. Baru lepas ambil dia dari sekolah tu, salin baju dan terus ikut ke sekolah Aliah.



Ai ingatkan tak ramai parents datang, boleh tahan juga ramainya. Cuma dalam gambar ini tak nampak sangat ramai tu :p Agak lama juga kami kat sini, hampir dua jam setengah, ai sampai tak larat nak tunggu habis. Terpaksa keluar sebabnya perut dah lapar :)



Sebelum keluar tu, ambil gambar Aliah. Lambat lagi sampai sekolah dah kena duduk berbaris belakang sekali hihihi.. Minggu pertama persekolahan, mereka hanya pakai baju pj sahaja. Tiada sesi pembelajaran jadi banyak aktiviti yang dibuat selama lima hari. Slogan KPM sesi 2023 kali ini ialah "Anak yang Baik lagi Cerdik" (ABC).





Waktu balik ai tunggu Aliah depan pagar sekolah. Tengok dia selebet betul tudungnya, terus ambil gambar buat kenangan :) Penat betul sekolah ya nak hihi.. di sekolah menengah dia kena solat kat sana berbeza dengan sekolah rendah.



Begitulah rutin terbaru ai sekarang, hantar dan ambil Aliah di sekolah. Sibuk kali ini sebab anak-anak sekolah pagi dan petang. Keluar masuk rumah sudah enam kali dari pagi sampai tengahari. Pitam sungguh, mujurlah ai dah tak jaga anak buah. Kalau ada anak buah tu tak tahu la huru hara macam mana.



Qaireen sentiasa mengikut ke mana sahaja. Cuaca petang sekarang hujan sahaja, seronoklah Qaireen nak berpayung bagai.



Gambar bawah ini, hari ke dua Ariq ke sekolah. Hari pertama ai terlupa nak ambil gambar dia. Minggu pertama dia pun sama pakai baju sukan sahaja. Pergi sekolah pun seronok je kan sebab tak belajar lagi. Tahun ini Mummy kena fokus lebih kat dia, lama sangat "honeymoon", Mummy pun tak tegas sangat dengan dia.



Gambar Qaireen ke sekolah. Susah betul nak suruh dia pakai tudung. Dalam lima hari tu satu kali saja dia nak pakai. Tapi kebanyakkannya dia memang tak nak pakai. Beza sungguhlah dengan kakak-kakaknya huhu..



Selamat belajar buat anak-anakku. Mummy sentiasa doakan kejayaan dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

No comments: