Lama betul ai tak keluar dengan kawan-kawan. Akhirnya semalam iaitu Selasa ai dapat berjumpa dengan Nani dan Jaja. Gara-gara Jaja kongsi semula memori gambar kami berdua di dalam Facebook. Nani pun komen ajak jumpa, terus menerus kami pun on. Begitulah kan ada masanya rancang last minutes ini lebih menjadi dari kita plan untuk jangka masa panjang hehe.. Masa beritahu enZaf yang ai nak jumpa dengan Nani dan Jaja laju saja dia cakap "u pergilah, ai jaga anak-anak." Wah lagilah berbunga-bunga hati ini, jaranglah nak dapat keluar sorang diri. Selalunya mesti bawa anak-anak :) Tapi kan bila pergi sorang diri ni rasa pelik sedikit, dah biasa ada anak-anak terasa sunyi pula.
Kami berjanji jumpa di Stesen 83 Kopitiam, Bukit Jelutong. Perjalanan nak ke sana hujan rintik-rintik dan agak banyak juga kereta atas jalan raya. Alhamdulillah selamat sampai, Nani dan Jaja sudah menanti di dalam kedai makan.
Pertama kali ai jumpa baby Nani. Kali terakhir kami jumpa masa kami sama-sama berbuka puasa dan dia tengah mengandung, sejak dari itu tak berjumpa sampailah sekarang. Tahu-tahu babynya dah masuk 5 bulan hehe.. Comel sangat dan pandai tengok orang, agah dia gelak-gelak lagi. Bijak sangat. Jaja pun bawa anak-anak dia juga. Besar dah dorang berdua. Anak yang sulongnya itu sama baya dengan Ariq.
Di kedai makan ini ai order Nasi Goreng Kambing. Sedap nasi gorengnya dan portion pun besar, boleh makan untuk dua orang.
Ada pelbagai menu juga disediakan dalam kedai makan ini, dari masakan lokal hinggalah ke Western. Nani makan Wantan Mee, sedap katanya. Jaja makan Cantonese Yee Mee. Kami order Spaghetti Bolognese, Sandwiches dan Pancake juga. Seronok dapat makan dan berborak-borak. Bila lama tak jumpa macam-macam lah cerita keluar sampai rasa tak cukup masa pula hahaha.. Ikutkan hati nak saja melepak sampai lewat malam :p Apa pun bersyukur sekurang-kurangnya dapat jua keluar dengan kawan-kawankan. Dapat 2-3 jam tu dah okay sangat. Lepas tu kembalilah kita ke pangkal jalan hehehe..
Sebelum balik wajiblah ambil gambar beramai-ramaikan. Kalau ai bawa anak-anak mesti lagi meriah gambar ni :p Gambar di bawah anak Jaja tolong snapkan. Kami bertiga kawan sekolah dan geng surirumah. Dua hari sebelum kami berjumpa ini, baru ai tahu yang Jaja dah berhenti kerja dan sudah setahun menjadi surirumah. Welcome to the club Ja :) Lepas ini boleh lah kita berjumpa makan-makan lagi kan.
Lama kami tak pergi Sunway Pyramids. Antara shopping mall yang jarang sangat masuk tapi sebelum ai kahwin, Sunway Pyramids ini lah tempat selalu ai melepak hihi.. tiba-tiba teringat zaman lepak dengan kawan-kawan, main ice skating dan mandi manda di Sunway Lagoon. Kenangan zaman sekolah gitu :) Okay berbalik pada cerita kami ke Sunway Pyramids. Kami sampai ni dah waktu petang, enZaf ajak makan petang dahulu. Kebetulan masuk dalam mall ini ternampak TGI Fridays, terus enZaf ajak makan di situ.
Lama sungguh tak makan kat TGI Fridays ini juga. Sambil menunggu makanan sampai, apa lagi wefie lah kami. Gambar di atas ini menggunakan kamera phone enZaf. Nampak begitu mulus dan gebus kulitku. Cantik sangat, menipu betul hahaha.. Gambar di bawah baru pakai kamera phone ai pula. Ha baru nampak real sikit :p
Ambil gambar lagi sekali sebab nak nampak sawang-sawang spider kat atas kami. Merata-rata shopping mall dengan hiasan Halloween. Awal-awal masuk dalam Fridays ini, Qaireen macam tak senang duduk sebab penuh dengan sawang dengan patung yang agak menyeramkan. Cakap dengan ai "scary, Mummy" hehehe..
Daddy cakap dengan anak-anak hanya makan petang, tapi anak dara di bawah ini order Fish & Chips. Berat betul makan petang dia hehe..
Nachos makanan yang wajib order, anak-anak ni suka. Kalau kat Chilis tu ai sampai dah muak makan Nachos huhu.. Ada makanan lain juga tapi ai tak ambil gambar, Chicken Fingers dan Fried Calamari.
Sebelum keluar dari Fridays, sempatlah enZaf ambil gambar akak Zahra dengan patung pocong tu hahaha.. Dia bab-bab gini tak takut, okay je.
Ariq nampak juga takut-takut tapi masih boleh nak bergambar. Itu pun tak berani nak dekat sangat hehe... Aliah awal-awal lagi dah laju keluar dari kedai. Dia memang tak boleh menda gini, nanti tak boleh tidur huhu.. Lebih kurang macam Mummy dia juga :p
Waktu ini juga shopping mall penuh dengan hiasan kolam sempena Hari Deepavali. Cantik sangat kolam kat Sunway Pyramids. Tahun ini ai kurang ambil gambar kolam sebab jarang masuk shopping mall.
Tujuan nak pergi Sunway Pyramids ni pun sebab nak pergi kedai Adidas. enZaf nak beli kasut bola untuk Ariq. Seronok lah anak bujang tu dapat boots baru. Beli baru ni pun sebab salah satu boots dia dah sopak. Ganas sungguh lah anak bujang ni pakai kasut huhu..
Tahun ini Ulangtahun Perkahwinan Mak & Abah sama dengan Hari Deepavali tetapi kami sambut sehari awal disebabkan adik bongsu ai kerja hari cuti perayaan itu. Dia kata nak triple pay, kumpul duit nak kahwin :) Tengah bujang ni memang elok lah cari duit lebihkan. Masih tak ada komitmen apa sangat pun. Pilihan tempat makanan dicadangkan oleh adik ai Nani, dan kami adik beradik buat kata sepakat makan-makan di Cafe Chef Wan di KL East Mall.
Menu yang disajikan tidaklah banyak mana tapi pelbagai jenis juga lah masakan yang ada dari lokal hingga ke Western. Ada juga menu dari around the world tapi ai tak cuba. Harga kena tutup mata hahaha.. Lupa nak ambil gambar dalam restoran ini, dekonya sangat cantik. Memang kena la dengan harga makanan tu kan :p
Gambar di atas adalah cinta hati sampai mati. Alhamdulillah kaki mak semakin pulih, bengkak dah surut dan semakin kuat berjalan tapi tak boleh lama-lama. Abah pula cuping telinga kirinya luka disebabkan tercucuk dengan ranting pokok. Masa itu Abah nak kejar anak kucing adik yang terkeluar dari kawasan rumah huhu.. Sekarang tu anak kucingnya dah diberi pada kawannya untuk bela. Gambar di bawah ini pula kesayangan juga, kali ini tak lengkap sebab adik ai Hana tak balik. Dia tak sihat demam, batuk dan selsema. Moga cepat sembuh Angah.
Yang baju biru tu sedang diet, puasa nasi dan minum air manis katanya. Sudah dua minggu dan beratnya sudah pun turun sebanyak 5kg. Bila dia cakap macam tu terus ai rasa nak diet juga tapi sampai ke sudah tak terbuat-buat hahaha.. adoila bila la nak sedar diri ni :p
Tutup cerita diet, disebabkan entry ini pasal makanan juga jadi haruslah letak gambar makanan kan.
Dalam banyak-banyak makanan ini, Fettuccine pasta yang paling sedap. Ke dua sedap Beef Burger, lain-lain tu biasa saja. Cuma Mee Rebus je ai tak rasa. Itu bagi tekak ai yang rasa makanan di sini.
Oh ya, lepas makan enZaf order Bread Pudding. Dessert ni sedap, semua orang makan sampai licin hehe..
Sebelum keluar dari restoran ini, mestilah bergambar. Tok Abah dan Mak Tok bersama cucu-cucunya, Aira dan Akid saja yang tak ada.
Gambar beramai-ramai ini pun Angah sekeluarga tak ada, kalau tak lagi meriah. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-44 buat Mak dan Abah!!! Semoga bahagia sampai ke Syurga
Dua kali dah ai ke KL East Mall ini, okay lah not bad mallnya. Banyak shoplot yang menjual tudung, telekung dan pakaian muslimah. Kalau nak cari pakaian untuk raya memang sesuai sangatlah ke sini :) Kedai makan pun banyak pilihan juga dan ada tempat ice skating lagi. Cuma kami nak datang ke mall ini agak jauh la juga. Kalau ada keperluan boleh lah datang lagi.
Bila tengok balik gambar ramai-ramai ini teringat kat arwah Achik. Rindunya Along dengan Achik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Allahumaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha. Al-Fatihah.
Tahun ni birthday enZaf jatuh pada hari Khamis. Memandangkan hari itu adalah hari berkerja dan enZaf pun ada meeting back to back sampai ke malam jadinya kami sambut pada hari Sabtu saja. Dua hari lewat sebab nak menunggu hari minggu :) Itu pun bukanlah sambut meriah mana, sekadar keluar makan-makan kami sekeluarga. Cuma kali ini makan pada waktu petang, makan ringan gitu.
Ringan tak ringan tau tau ada pizza hahaha.. Tempat anak-anak yang pilih dan makanan pun memang dikatakan dorang lah yang pilih dan makan. Janji anak gembirakan. Tak jauh mana kami makan, hanya di Tropicana Mall sahaja. Suka sini sebab ada Coffee Bean dekat dengan rumah, kalau tidak kena ke TTDI baru ada.
Ingatkan enZaf order lah satu slice kek untuk buat syarat sempena harijadikan, rupa-rupanya dia beli Fruit Tart saja. Itu pun bukan untuk dia, dia beli tu untuk ai makan. Katanya tak ada rasa nak makan kek. Sabar je lah :) Walaupun tak ada kek, tetap nak ambil gambar dia juga.
Happy Birthday enZafaris yang ke-45 tahun! Macam tak percaya dah tua hahaha.. Semoga you sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Kami sekadar lepak makan dan borak-borak sahaja, tak jalan ke mana pun dalam mall tu. Setiap kali birthday enZaf ai tak tahu nak bagi hadiah apa huhu.. eh! tahu dia suka apa tapi yang dia suka tu mahal sangat hahaha.. biar lah dia beli sendiri :p Tapi tahun ini bagi dia Ralph Lauren T-shirt je. Sebelum menuju ke tempat letak kereta, sempatlah ai ambil gambar masa turun escalator. Saja seronok-seronok.
Tengah ambil gambar dengan Aliah tiba-tiba Qaireen pun nak join sama. Terpaksa la Mummy dia mencangkung nak bagi nampak dia dalam gambar, gigil lutut haha..
Haruslah ambil gambar semua, orang belakang kami mesti pelik tengok kami macam dah tak ada tempat lain nak bergambar kan :p Kita tutup muka dia dengan watermark hihi..
Gambar di bawah ini pula dari hasil kreativiti Qaireen. Nak update cerita ini baru perasan masa transfer gambar dalam blog. Simpan sini sebagai kenangan.