Monday, April 29, 2019

Projek Seni: Parang Ilang Tahun 3



Projek Seni untuk Aliah kena buat parang pula. Parang Ilang Pusaka Abadi namanya. Wah bukan main hebat nama tu hihihi Terasa gagah perkasa gitu.



Kali ini kami pergi ke kedai stationary di Glenmarie Shah Alam. Kemain jauh perginya kan. enZaf la tiba-tiba nak ke sana, sebenarnya agak lama juga kami tak pergi ke kedai ini. Last pergi tak silap ai masa zaman Zahra seorang sahaja yang bersekolah. Tahu kewujudan kedai stationary ini masa ai kerja kat Seksyen 13 Shah Alam. Kedainya masih sama macam dulu juga hehe Tiada yang berubah. Best sebab kat situ besar, macam-macam ada kalau nak mencari bahan.



Walaupun macam-macam ada, tetap bahan yang nak dibeli itu tak cukup rupanya hihi Nak dijadikan cerita, kami ni mak bapak hanya refer satu page je dalam buku teks masa nak beli bahan-bahan, padahal dibelakang muka surat tu, dah ada senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk nak membuat parang. Ya ampun, punya la sorang pun tak terfikir nak selak mukasurat buku tu. Jenuh ai dok belek bahan apa la nak pakai buat parang tu. Sebab page yang kami tengok itu hanya gambar parang semata.

Ai dapat tahu bahan itu tak cukup pun sebab Aliah la yang beritahu masa balik dari sekolah. Bila tak cukup dia tak dapat nak siapkan parang tu masa di sekolah, jadi cikgunya pesan pada murid-murid yang tak siap perlu sambung di rumah. Minggu depan baru hantar masa subjek Kesenian. Boleh dikatakan bahan utama yang tak dibeli iaitu polisterin. Minta enZaf belikan sebelum balik kerja. Bila semua bahan-bahan sudah ada barulah Aliah dapat sambung balik buat parangnya. Masa dia nak buat itu ai tak dapat nak tolong dia terutamanya nak potong polistrin sebab Qaireen tak berapa sihat. Mengamuk je dia. Nasib baiklah ada Daddy. My life saver hehehe



Dialah yang tolong potongkan polisterin & tali.



Yang lain Aliah sambungkan. Parang tu memang dah siap kat sekolah. Cuma tambahkan polisterin bagi tebal dan touch-up mana-mana yang patut. Design parang itu sama ada nak warna atau letak hiasan semua itu dia buat sendiri mengikut kreativitinya :)



Dan paling menggembirakan, bila dia balik dari sekolah beritahu yang cikgu bagi dia A+. Seronok dia dan bukan main lebar senyumannya. Puas hati :)

Saturday, April 27, 2019

Nasi Lemak Kukus Kota Dame


Susah betul nak dapat
nasi lemak yg sedap.
Kalau sambal sedap,
nasi dia plak tak best.
Bila nasi dah sedap,
sambal dia plak kureng.
Ada satu hari tu dia ada bawa balik
nasi lemak tuk kami.
Katanya nak cuba tempat lain.
Try try memang sedap..
sedap la nak dibandingkan nasi lemak lain
yang pernah makan kat kota ni.

Dua minggu lepas enZaf ajak makan
nasi lemak lagi.. teringin katanya.
Kalini kami makan kat kedai.
Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah
kat dalam Uptown Kota Dame.



Kedainya.
Pergi lepas solat Maghrib,
orang tak ramai lagi.



Sementara menunggu enZaf order makan & air.
Harusla ambil gambar anak2.



Nasib baik la anak2 ni sudi
melayan mummynya haha



Terutama sekali sikecik ni.



Thank you abang Ariq
ambilkan gambar Mummy & Aliah.



Ini la nasi lemak yang sedap itu.
Sedap bagi tekak ai, enZaf & anak2.



Gambar bawah ni plak,
seminggu yg lepas.
Pergi makan lagi nasi lemak,
tp takde la ambil gambar makanan lagi.

Kalini lepas makan kami
jalan2 kejap dalam uptown.



Tak membeli apa pun,
saja tengok2 barang.

Tuesday, April 23, 2019

Coway Lama ke Baru


Kami tukar water purifier yang baru. Tukar model sahaja. Kami masih maintain dengan brand yang sama juga iaitu Coway. Lama dah pakai model Petit ni. Rasanya adalah dalam 9 tahun lebih. Eh, dah lama juga rupanya ya.



Kali ini ambil model terbaharu iaitu Villaem II.



Model yang baru ini, saiznya lebih besar begitu juga dengan tangkinya. Selain itu, perbezaan model Villaem II dengan Petit sebelum ini, bahagian air panas boleh diadjust suhunya. Suhunya ada warm hingga hot, mengikut kesesuaian yang kita nak. Bagus yang ini, tak perlu lah lagi nak tambah air sejuk atau air biasa untuk bagi suam air tu kan. Untuk lebih details boleh rujuk website Coway [link]


Eh! gambar bawah ini bukan Coway tapi Qaireen hihi... Gambar 3 hari yang lepas ini, dia demam. Demam-demam pun mampu layan Mummy bergambarkan.



Sekarang ini Qaireen dah baik demam. Alhamdulillah tapi dia tengah batuk dan selesema pula. Sakit ini dia merengek banyak nak dibandingkan dengan demam. Tak selesa agaknya susah nak bernafas dengan hidung berhingus dan sakit tekak sebab batuk lagi. Disebabkan itu Mummy dia satu kerja pun susah nak buat. Qaireen nak berkepit je huhuhu... Semoga cepat sembuh nak oi.

Thursday, April 18, 2019

Makan Petang kat Bob & Family


Smlm pagi, lepas elok je habis masak,
mak & abah datang rumah.
Dorang joging kat taman KD ni,
tu alang2 dekat dgn rumah,
datang menyinggah.
Tp mak abah sempat lagi tu belikan
cucu2 dia donut dr Jco.
Apa lagi, suka la anak2.
Aliah bawak makan donut tu kat sekolah.
Dia ada koko pergi awal sikit.
Ariq pergi sekolah kemudiannya.

Disebabkan akak Zahra pun ada koko,
tinggal la ai & Qaireen berdua je.
Jadi sunyi bila dia tidur.
Petang sket dalam pukul 3 lebih,
enZaf ajak keluar lepak makan petang katanya.
Ape lagi laju2 la ai siap.

First time try makan kat Bob & Family.
Kedainya kat Seksyen 6.
Nak try sbb ada org post kat KD group
makanannya sedap.



enZaf order mee goreng.
Sedap tp pedas sket untuk tekak ai.



Yang ni pasembur.
Pun sedap.



Muka orang tak pernah cukup tidur.



Malam macam biasa la siap2kan
makan malam tuk anak2 nak makan
sebelum dorang nak pergi mengaji.

Kononnya malam ai taknak makan nasi.
Sekali enZaf balik dalam pukul 10,
lepas mandi & solat dia pergi
goreng ayam dan telur.
Paksa ai makan nasi sama.
Dia mmg tau suka sabotaj diet isterinya huhuhu

Wednesday, April 17, 2019

Dadu Peraturan Bilik Sains


Ariq sampai2 rumah balik dari sekolah,
dah jerit2 bgtahu ai yg
cikgu pesan suruh buat dadu.
Dadu tu kena bawak esoknya plak.
Ya ampun...
balik dah malam tp esok nak kena bawak.
Bertuahnya la cikgu korang ni,
tak suka betul menda2 yg last minute.

Dah tu bila tanya Ariq
dadu macamana.. nak buat kat sekolah ke,
buat kat rumah siap2 ke.
Dia kata tak tahu hahaha
Lepas tu dia tunjuk ai buku Sains.
Cikgu suruh buat dadu mcm dalam buku katanya.



Lebih kurang macam Aliah sebelum ni.
Dia pun ada buat tuk Sains,
tp buat bentuk kipas [link].

Memandangkan nak buat dadu pun dah malam,
ai pun takde rasa nak buat,
fikir esok je la.
Malam tu ai cuma search je kat youtube,
macamana nak buat dadu hehehe

Esok paginya,
ai masuk dapur awal tuk masak.
Masak nasi dan lauk sup ayam je sbb nak cepat.
Lepas masak terus laju2 nak buat dadu Ariq.

Kalini ai tak involved kan Ariq,
buat sorang je sbb dah
tak sempat la nak ajar dia
dan tunggu dia buat, nanti lambat jadinya.

Dan nasib baik la pakai kertas je,
semua dah ada kat rumah.



Tadaaaa siap dah dadu.



Lepas tu ai potong siap2 kertas warna,
untuk Ariq tulis peraturan bilik Sains
dan lekatkan kat dadu nanti.



Balik dari sekolah petangnya,
Ariq bagitahu dia tak sempat nak siapkan.
Sabar je la ai,
padahal tinggal dia tulis kat kertas tu,
dan tampalkan je kat dadu.
Main2 la tu kat sekolah :(

Ai suruh Ariq siapkan kat rumah,
harini hantar semula kat cikgu.
Lupa plak nak snap dadu yg dah siap.
Kemudian la ai masukkan dalam blog.
Gitu la kisahnya projek dadu untuk subjek Sainsnya.


Ha yang ni takde kena mengena
dengan cerita dadu hehe
Sabtu lepas keluar pakai
cincin merisik.
Tak sangka masih muat.
Jari je maintain kurus,
badan ke laut perginya haha



Ooo masa keluar hari Sabtu tu,
cari barang seni tuk Aliah.
Tak habis2 cari barang dia,
byk betul kena buat.
Yang tu kita buat entry lain :)