Wednesday, December 27, 2023

Karaoke Petang


enZaf ajak keluar makan petang di Ikano. Ambil gambar makanan ai saja, yang lain malas nak snap hihi...



Lepas makan enZaf ajak menyanyi pula. Lama juga kami tak ke Redbox. Sebelum ini dia pernah ajak menyanyi tapi ai tolak sebab tak ada akak Zahra. Tak best rasa bila tak cukup corum ni.



Redbox bagi lollipop 🍭 sempena bulan Krismas 🎄. Qaireen paling suka, dia peminat lollipop dan cotton candy. Mummy ambil gambar je, makan tak pun hehe..



Tak order makan pun dalam Redbox sebab baru lepas makan petang. Ai hanya order air coklat panas. Baru lepas makan terus menyanyi, semput juga la rasa. Perut penuh nafas tak cukup hahahaha.. ai suruh anak-anak saja menyanyi dulu 😄 Tapi sebelum masuk Redbox ini, sempat enZaf beli donut untuk Qaireen. Dia sekarang ini dah pandai minta beli, kuat makan si kecik ni.













Sebelum balik rumah, sempatlah ajak anak-anak bergambar dulu. Kerusi besar untuk Santa Clause masih ada lagi The Curve ni, pertama kali kami bergambar dengan kerusi besar itu pada tahun 2019 hehehe.. [link]








Tuesday, December 26, 2023

Waktu Siang di Hari Krismas


Hari cuti sempena Hari Krismas kami hanya keluar jalan-jalan di sekitar KL dan Selangor sahaja. Itu pun sebelum keluar makan, singgah sebentar ke padang bola enZaf. Dia menghantar stok makanan dan minuman untuk gerai jualannya.



Tak tahu agaknya masa enZaf ni nak bosan dengan bola hahahaha... Televisyen di rumah memang selalu buka rancangan bola. Kalau tak, dia main game bola kat PS5nya. Sudah tu dia sendiri pun masih lagi main bola padang, seminggu adalah dalam dua atau tiga kali. Ditambah pula menjadi operator untuk padang bola sejak tahun lepas, ya Allah rasanya sudah macam 24 jam berkisarkan bola sahaja ⚽. Bila difikirkan semula lebih baik sibuk dengan bola dari dia sibuk dengan perkara lagho yang lain kan hihihi.. Oh ya! kalau berborak dengan Ariq pun pasal bola juga. Mujurlah Ariq tu minat bola, adalah geng sama, dah la satu-satunya hero yang dia ada 🤭



Selesai kerjanya kami ke Bangsar pula, di sana memang satu tempat saja kami tuju iaitu Restoran Mahbub. Jauh sikit parking kali ini, kawasan berhampiran restoran ini memang parkingnya sentiasalah penuh. Kalau dapat dekat tu kira bernasib baik sangatlah. Walaupun orang sentiasa ramai dalam restoran ini, tiadalah lama sangat masa menunggunya. Setakat ini kalau kami datang pun adalah dalam 10 ke 15 minit. Bagi ai kira reasonable lah masa itu. Lebih dari itu cari alternatif tempat lainlah jawabnya.



Gambar "banker" wajiblah kita ambil snapkan 🥰. Semoga dilimpahi rezeki buatnya dan dipermudahkan segala urusan.



Sudah alang-alang di Bangsar, kami terus ke The Gardens pula sesudah selesai makan. Dalam shopping mall pun penuh dengan dekorasi Krismas, teruslah ajak anak-anak ambil gambar. Macam-macam gaya Qaireen ini buat hehehe.. layankan saja lah.









Kami berjalan sampai ke MidValley pula, dalam masa sama singgah masuk dalam kedai Lego. Bila dah masuk dalam tu, ai offer anak-anak untuk pilih keychain sorang satu.



Sonic itu Qaireen punya, dia memang suka dengan Sonic. Yoda pula keychain Aliah. Abang Ariq ambil salah satu karakter Minecraft. Bentuk keychainnya ada pada gambar di atas, nama apa ai tak tahu hehe...



Penat berjalan kami singgah makan petang di dalam foodcourt MV. Sukalah orang itu, Daddynya belanja aiskrim. Bukan main lebar senyum itu kan.



Makan Nasi Lemak Tengah Malam


Sesuai dengan nama kedai makannya Nasi Lemak Burung Hantu, kami datang makan ini pun lewat dalam pukul 11:50 malam. Itu pun bukannya sampai-sampai terus dapat tempat duduk. Punya lah ramai yang masih menunggu giliran dan kami pun gigih juga lah nak menunggu sama. Walaupun ramai, servisnya agak baik dan laju. Yang menunggu di beri kerusi untuk duduk, tiadalah penat berdiri.



Anak-anak ini pun okay sangat, bab makan semuanya mata cerah macam Mummy dia juga hahaha.. rugi tolak rezekikan. Lepas tu komplen berat tak turun-turun 🤣 Oh ya! begitulah rupa Nasi Lemak Burung Hantu seperti gambar di bawah.



Besar saiz ayamnya, penuh pinggan. Dan ada beberapa lauk lagi yang enZaf ambil, seperti sayur dan udang. Ambil nasi ini kena beratur dikaunter tetapi ai tak pergi tengok pun. Sedap juga makanannya, portion pun besar. Harganya pula kalau kedai makan ini terletak di Taman Tun, faham-faham sajalah. Kena lah dengan kawasan itu.🤭







Kami balik hampir pukul satu pagi dan masih ramai orang lagi datang makan dan ada juga yang membungkus. Betullah duduk KL ini, kalau tiada waktu malam rasanya tak ada waktu tidur hehehe.. Sampai rumah ai tak boleh tidur, kenyang sangat perut. Layan movie dengan enZaf sampai terlelap. Esoknya bagi anak-anak makan Zentel untuk penutup tahun 2023. Yang besar dah boleh makan tablet senang sikit.



Thursday, December 21, 2023

Quick Date with Friends


Lama betul ai tak keluar makan dengan Nani dan Tee B bersama. Kalau keluar dengan Nani, Tee B pula tak free dan sebaliknya. Nak dapat tiga-tiga tu masa ya ampun berjanggut hihihi.. Ini pun kebetulan Nani whatsapp ajak keluar, semuanya okay. Tanpa melengahkan masa, terus bersiap dan berjumpa di The Curve 😁. Nani memang dari awal sudah ada di The Curve, dia menunggu ai dan Tee B di Baskin Robbins (BR). Sebelum sampai di BR, sempat ai menyinggah masuk ke dalam Miniso. Belikan Aisha dan Alisa gifts, lama tak jumpa anak-anak ni dan kita bagi buah tangan sikit 🎁. Semua dah ada kami bergerak ke IPC pula. Window shopping sambil bergambar. Hari Krismas pun sudah semakin dekat, meriahlah dekonya di setiap shopping mall.







Selesai sahaja melayan anak-anak bermain, kami masuk ke dalam Nandos. Masing-masing sudah kelaparan hihihi.. Lama juga kami di dalam Nandos ini, banyak betul cerita nak diborakkan. Dari kedainya penuh sampailah dah tak ada orang hahaha.. Sebelum balik sempatlah minta staf situ ambilkan gambar kami semua.



Dari IPC kami ke The Curve semula. Sambung berjalan lagi dan semestinya ada ambil gambar anak-anak.



Kami semua balik sebelum orang office balik kerja untuk mengelakkan jem di jalan. Sempat lagi tu ambil gambar dalam lif. Kami semua parking satu tempat jadinya nak ke kereta pun tempat yang sama juga. Bagus betul yang buat idea parking khas untuk wanita ini kan. Mudahkan kami para ibu nak shopping 😅



Seronok ai dapat keluar dengan Nani dan Tee B. Elok sekali sekala keluar begini untuk lari sekejap dari rutin kita. Dapat dua atau tiga jam sudah memadai. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.

Tuesday, December 12, 2023

Join Olahraga Sukan Sekolah


Agak terkejut juga ai bila dapat tahu Ariq terpilih dalam larian untuk rumah sukannya. Mana tak terkejut, tak pernah lagi anak-anak ini menyertai olahraga dalam sukan sekolah. Balik dari sekolah laju-laju dia bagi surat ini pada ai.



Eh! baru teringat yang akak Zahra ada juga berlari masa tingkatan 2. Dia masuk 4x200m mewakili homeroomnya. Menang dapat nombor 3 kalau tak silap, yang pasti ada medal. Terlupa nak cerita dalam blog tapi kalau nak tulis balik ni pun dah tak berapa ingat, lama dah huhuhu.. Okay, berbalik pada Ariq. Dia pun masuk acara yang sama juga macam akak Zahra iaitu 4x200m. Setiap rumah hantar dua kumpulan dan Ariq dalam kumpulan ke-dua. Kumpulan pertama pastilah yang lebih laju lagi hehehe... Tak apa lah nak laju ke tidak, Mummy tetap bangga okay dengan Ariq. Tapi sayang Hari Sukan sekolahnya bertindih tarikh dengan tournament Aliah [link]. Tak dapat nak tengok dia berlari, ai dan enZaf terpaksa berpecah antara Aliah dan Ariq. Gambar di bawah ini dari enZaf. Itu pun dah pesan banyak kali untuk ambil gambar. Kalau tak pesan tu, faham-faham saja lah. Dapat 4 keping gambar pun dah bersyukur sangat 😅









enZaf kata lepas habis larian 4x200m itu, Ariq kena lari lagi ganti kawannya yang tidak dapat datang untuk larian 4x100m pula. Wah sekali dua dia dapat lari ya. Walaupun dia dan kawan-kawannya tidak memenangi sebarang medal, kami tetap bangga dengan Ariq 👏. Menang kalah adat bertanding, yang penting dia dapat pengalaman. Mummy dulu pun tak pernah masuk larian masa sekolah rendah hahaha.. Ada beberapa video enZaf ambil tetapi tidak berapa jelas. Jelas ke tak ke kita letak juga lah dalam blog ini. Sekurang-kurangnya ada dari tiadakan hihi..



Tahun lepas hari sukan dia menari, kali ini dia dapat join berlari pula. Sudah upgrade 💪. Ya Allah! sukan dia sebelum ini pun ai tak masukkan lagi dalam blog 😭. Harap-harap rajinlah ai update selalu dalam blog ini, banyak betul missed cerita. Malam ai bawa anak-anak makan di Damansara Class. enZaf tak join sebab dia ada meeting tetapi dia datang lewat sikit untuk bayarkan makanan kami hahahaha...