Saturday, September 26, 2026

Visit dan Mendobi

Melawat akak Zahra, dia tak balik sebab nak prepare untuk Penilaian 2 (Test 2) katanya. Kami datang pada waktu petang, ambil dia dan terus enZaf bawa ke IOI Mall. Mall sebelah je kan, memang situ sajalah tempat tuju walaupun ai tak berapa suka sangat. Tak suka tu sebab terlalu ramai orang 🥴 huhuhu..



Setiap kali nampak kedai kasut, saja bagi hint kat enZaf nak kasut baru. Padahal tak ada lah desperate sangat pun, saja je minta. Manalah tahu dapatkan. Tapi setakat ini belum berjaya lagi menambat hati dia hahahaha.. Dia bagi jelingan je, dah minta kasut bukan main lagi keras harganyakan 👟🤣. Bergambar kat cermin sajalah hahaha..



Penat berjalan sana sini kami singgah Food Court untuk makan petang. Akak Zahra dan Aliah tu kalau jumpa ada saja benda diceritakan. Kadang ai pasang telinga juga tapi tak faham sangat, yang tahu bab drama atau lagu Korea memang rancak.







Keluar dari Food Court ai nampak kedai Astro. Terus beritahu enZaf sebabnya dia memang lama dah nak tukar pakej Astro kat rumah. Dari hari ke hari nak buat tak terbuat. Suruh buat online dan call pun dia sibuk dan terlupa. Jadinya dah alang-alang nampak Astro depan mata, teruslah melangkah ke sana.



Tutup muka dia sebab rancak benar sembang, aib pula nampak kalau letak dalam blog. Jadinya kita tampallah emoji 🤪 hehehe... Sebelum kahwin lagi Astro kat rumah ini pakai nama ai. Dari zaman bujang diriku dah pakai Astro masa duduk rumah sewa. Barulah sekarang tutup akaun ai dan buka akaun baru pakai nama dia hehehehe... Bila dah selesai semuanya, staf Astro ada beritahu kami yang pada hari esok akan ada meet & greet dengan pelakon Kudrat. Katanya kalau berminat boleh lah dia bagi kami pass untuk event itu. enZaf tanya anak-anak nak ke tak, semuanya tak berminat 😬. Keluar dari mall kami pergi mendobi pakaian akak Zahra. Masa menunggu pakaian siap, kami sempat buat TikTok. Lepas tu terus pergi makan malam pula sebelum hantar dia balik kolej.



All the best akak Zahra untuk Test 2 ini. Awal bulan Ogos haritu Test 1 nanti bulan November akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester Pertama pula. Fuh tak rileks belajar Asasi ni kan. Chayok akak Zahra 📝💪

No comments: