Monday, September 21, 2026

Makan dan Petik Daun

Makan-makan lagi sempena birthday Aliah. Dia request nak makan di Nak Nak. Suka dia makan kat sini. Disebabkan dia nak Nak Nak je, Daddynya pun bawa ke IOI Mall Damansara. Mujurlah dekat dengan rumah. Setiap kali nak masuk atau lalu depan Nak Nak ini, tak pernah tak kosong. Sentiasa ramai customer. Seronok betul ya berniaga macam ini kan.



Kali ini akak Zahra ada, barulah seronok nak makan cukup corum. Daddy dia belikan aiskrim untuk birthday girl🍦😄 Senang beli jiwa anak dara ini. Beri makanan pun dah cukup. Syukur Alhamdulillah hahaha... bertuahlah kan kalau cukup dengan makanan. Dia dah bagi link barang dia nak tu kat Daddy siap-siap 🤣.





Lepas makan kami jalan-jalan sekejap dalam mall. Dah penat jalan terus keluar sebab ada misi mencari daun-daun 🍃 pokok hahaha... Gara-gara assignment akak Zahra. Dia kena bawa balik pelbagai jenis daun yang ada untuk membuat eksperimen subjek Biologi atau Agri, ai dah lupa. Lagi satu, lecturernya minta setiap daun yang dipetik itu perlu diambil gambar atau video sebagai bukti. Gigihlah Daddy dia tolong ambil gambar hahaha..







Adalah dalam tiga jenis daun dia ambil. Daun bunga raya, daun pokok buah cempedak dan satu lagi ai tak ingat nama pokok bunga satu lagi. Akak Zahra ada sebut tapi dia sebut tu nama saintifiknya, dia ingat otak Mummynya boleh ingat nama saintifik itu hahahaha... Katanya tak perlu banyak sebab buat berkumpulan, kawan-kawan lain pun ada bawa juga.

No comments: