Wednesday, September 16, 2026

Hari Birthday Arwah

Pada hari cuti Hari Malaysia 🇲🇾, adik ai Nani ajak keluar makan bersama. Katanya dia nak belanja. MasyaAllah bak kata pepatah "pucuk dicita ulam mendatang" hihihi.. orang dah ajak kita kenalah sambutkan. Tempat nak makan pun tak jauh dekat saja dengan rumah.



Pertama kali ke Mohd Chan cawangan Sungai Buloh ini. Padahal agak selalu juga lalu kawasan ini tapi tak pernah nak singgah. Besar juga restorannya, selesa dan tak ramai orang hihi.. Buat masa ini tiga orang cucu lelaki Tok Abah. Tahun depan insyaAllah bertambah lagi cucu 👶 tapi belum pasti jantinanya lagi. Mak Long tak sabar 🥰



Nak ambil gambar depan kedai tapi blur pula gambarnya. Snap sambil berjalan 🤭.



Selain dari makan ini pun tujuan kami sebenarnya nak menziarahi kubur arwah adik ai. Setiap kali tiba tarikh 16hb September, setiap itulah akan teringat pada arwah Achik. 16hb itu adalah Hari Ulangtahun Jadinya berkongsi dengan Hari Malaysia. Macam-macam perasaan yang datang pada hari tersebut. Pejam celik sudah empat tahun arwah Achik meninggalkan kami.



Selamat Hari Jadi Achik! 🤍 Rindu Along kat Achik. Rasa nak peluk dia tapi apakan daya semuanya tinggal kenangan sahaja. Dia tinggalkan kami tanpa ada sebarang bebanan, sebarang hutang. Teringat tika mandikan arwah, kulit cantik bersih tiada sisa kotor apa pun. MasyaAllah moga Syurga tempatnya 🤲. Terima kasih Ariq ada ambilkan gambar. Dapat simpan kenangan ini 💕.



Oh ya, sebelum keluar nak pergi makan kami sempat singgah ke IOI Mall Damansara. Ai nak belikan hadiah untuk Fahrel. Masa birthday dia tak sempat nak bagi apa. Masa nak membeli tu sempatlah anak daraku Aliah ni pun menyelit sama. Birthdaynya sama bulan dengan arwah Achik. Katanya beli untuk diri sendiri hahaha.. sedih je dengar ayat tu kan. Padahal dia dah minta Daddynya belikan dia satu beg 😏





Gigih lah balik rumah dia buat, sampai tak sempat nak salin baju. Katanya yang dia buat ni gummy tapi bila dah siap dia tak lalu nak makan hahahaha... Kecil je rupanya, nampak dari gambar pada kotak tu besar sajakan 🤭. Katanya nak buat seronok-seronok saja. Itu lah Aliah, dia memang suka buat benda diy macam ini, lepas tu mudah terhibur.



No comments: