Tuesday, June 18, 2024

Hari Raya Haji 2024

Sambutan Hari Raya Haji kami pada tahun ini bersederhana sahaja, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang berbeza hanyalah saiz badan yang makin lama makin membesar itu hahaha.. Sebelum balik raya ke rumah mak, wajiblah bergambarkan. Pakaian kami pakai yang sedia ada kecuali Ariq dan Qaireen. Oh ya, ada satu yang tetap sama tak berubah iaitu sofa dan frames gambar. Nanti nak cuba try test pujuk enZaf, kot la tahun depan dapat sofa raya 🤭





Ai masak Nasi Tomato kali ini. Kebetulan ada nasi Basmathi, lajulah masak pagi tu. Ingatkan nak buat Nasi Lemak tapi tak jadi, tukar selera sikit.



Tahun ini kami tak rushing sangat nak balik, lepas Solat Zohor baru keluar ke rumah mak. Seperti biasa mak masak Lodeh.



Minta Qaireen posing nak bergambar, gitu je dia buat.



Dari rumah mak, bergerak pula ke rumah mak enZaf. Makan malam di sana pula. Rumah sana langsung tak ambil gambar hahaha... raya kami macam ini la, sempoi saja. Sebabnya selalu balik, dua-dua rumah dekat. Bila balik tu macam kita balik hari minggu. Tak raya pun memang masing-masing berjumpa 😄

Thursday, June 13, 2024

Hoki MSSD Hulu Selangor 2024

Tahun ini ai dapat tengok akak Zahra main hoki untuk pertandingan MSSD (Majlis Sukan Sekolah Daerah). Itu pun bukanlah tengok dia dari pagi, agak lewat petang juga ai sampai. Sebabnya MSSD ini diadakan pada hari biasa jadi perlu menunggu anak-anak yang lain balik dari sekolah. Lagi satu, kali ini pertandingan diadakan di padang hoki UIA, dekat lah juga nak ke sana kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun lepas di adakan di Kuala Selangor [link], jauh jaraknya memang tak dapat nak pergi tengok.

Sampai-sampai je, dia baru lepas habis main. Dari jauh ai nampak dia berlari datang dengan gembira beritahu dia banyak jaringkan gol hahaha... Dan selepas ini dia ada lagi satu game untuk peringkat akhir 👍



Ya Allah, hitam legam anakku. Dorang ni kalau ada tournament memang berkilat lah muka tu. Kalau dah habis tournament pun, setiap petang turun training. Memang tak sempat nak cerah kulit tu ahahaha..











Ambil gambar akak Zahra dengan kaptennya, Kakak Afiqah. Ini penampilan terakhir buat kaptennya sebab lepas ini kena fokus pada SPM pula.



Elok saja ambil gambar dorang berdua, berduyun-duyun yang lain pun nak bergambar juga hehehe.. Lagi pun masa ini tengah menunggu penganjur sedang mengatur majlis penutup.







Tahniah akak Zahra dan kawan-kawannya!! Berjaya mengekalkan gelaran Johan bagi MSSD Hulu Selangor tahun ini. Lebih menggembirakan pasukan lelaki pun turut sama Johan juga. Pergh bukan senang ya nak jadi juara bertahan. Hebat!! 💪🏑👏👏🥳





Gambar di bawah ini dari enZaf dan Whatsapp Group Hoki, masukkan sikit je. Banyak sangat pula nak letak semua hahaha..







Monday, June 10, 2024

Birthday Present in Advanced

Tinggal lagi lima hari nak MSSD Bola Sepak, kasut bola Ariq terkoyak pula. Pandai pula pilih masa nak koyak tu kan. Minta boots baru la tu hehehe... Hari yang terkoyak tu, esok paginya dia ada friendly game pula di Subang. Ya Allah huru hara sekejap Daddy dia mencari boots. Bukannya apa, kaki dia yang kecil itu memang susah nak dapat saiz. enZaf terus call Adidas Sunway Pyramid tanyakan saiz kasut bolanya, Alhamdulillah ada. Terus lah malam itu kami gerak ke sana untuk beli. Ariq keluar pakai pakaian rumah je tak tukar pun 🫣😮‍💨



Daddy dia parking kereta kat luar saja, nak masuk dalam lagi lambat nak cari parking. Kami sampai Sunway Pyramid ini pun hampir pukul 9 malam dah. Memang masuk terus menuju Adidas, beli kasut dan terus balik hehehe.. Sempat lagi tu ambil gambar kat luar. Dekorasi raya pun masih ada tak buka-buka. 😅🌟



Senyum lebar anak bujang dapat boots baru. Kaki dia pun dah panjang sikit. Sampai saja di rumah, ai terus cakap dengan dia yang kasut bola ini kira hadiah birthday dia terus hihihi... Alang-alang beli pada bulan birthday dia kan automatik jadi hadiah lah 🎁😆



Daddy dia terus kata letak lilin atas kasut dan ajak nyanyi lagu birthday.



Masa dalam Adidas tu, dia ada berbelah bahagi nak beli boots sebab ada dua jenis yang dia berkenan. Ai bab-bab kasut ini tak tahu lah jenis apa model apa, asalkan warna cantik terus ai suka itu je hehehe.. Satu lagi kasut tu warna biru oren tapi model lain, lepas beberapa kali fikir akhirnya dia pilih warna putih. Jenuh lah nak mencuci nak oi. Senang sangat nampak kotor ni.

Esoknya kami pergi skodeng Ariq di sekolah area Subang. Dia ada jemputan perlawanan persahabatan di sana pula. Dia tak tahu kami nak datang, bila dia nampak tu agak terkejut juga.








Wednesday, June 5, 2024

Simple Celebration for Anniversary

Baru ada kesempatan nak meraikan hari Wedding Anniversary kami, ceh! ayat macam nak sambut gilang gemilang saja hahaha... padahal tak ada apa pun sangat. Hari anniversary sibuk dengan pertunangan Yusreena [link], jadinya kami fokus kat majlis dia saja lah. Esoknya barulah enZaf ajak keluar jalan-jalan. Itu pun kami tak pergi jauh mana pun, sekadar ke OU saja 😅 Keluar pun lepas solat Asar.



Tak membeli apa, kami hanya window shopping. Melayankan anak-anak saja ke sana sini.



Qaireen pantang nampak Cotton Candy, mesti kena beli. Masa awal-awal dulu Qaireen baru belajar makan Cotton Candy ini, dia boleh makan hadap sekali jalan licin satu bekas 😱🙄. Punyalah ai terkejut, selepas dari itu ai ajar dia makan separuh. Lebih tu simpan makan esok pula. Sekarang dah pandai hihihi...



Sekejap saja kami di OU, enZaf ajak minum petang di Kenny Hills Bakers pula. Katanya dia nak bawa ai makan Peach Strudel. Tapi sedih Peach Strudel dah habis 😢. Ganti dengan apa entah namanya, perisa Strawberry. Sedap juga tapi tak sesedap Peach Strudel ku huhuhu...











Simple saja raikan anniversary kami, dapat keluar makan pun dah gembira. Nak wish lagi sekali, Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-18 buat kami!! Semoga keluarga kita sentiasa dalam keadaan sakinah, mawaddah dan warahmah 👩‍❤️‍👨

Tuesday, June 4, 2024

Jumpa Kawan Pula

Selesai majlis pertunangan adik ai siang hari, malam jumpa pula dengan kawan sekolahku Tee B. Sebenarnya ai ada ajak Tee B datang ke majlis adik ni tapi dia tak dapat datang kerana ada hal. Disebabkan tak dapat datang, dia ajak keluar lepak minum. Ai is okay saja sebabnya enZaf pun tak ada, dia pergi main bola. Hari anniversary kami macam tak ada apa-apa berlaku, masing-masing ada hal hahaha..



Tee B datang ambil ai kat rumah mak. Ingatkan nak keluar berdua saja, tiba-tiba Qaireen nak ikut sama. Sibuk je kan, tak boleh nak membawang sangat nanti Qaireen dengar 😂🤫





Sampai pukul 10 malam lebih juga kami berborak, kedai pun dah nak tutup. Kalau 24 jam mungkin tak balik lagi kot hihihi... Thank you for your time Tee B, dia siap bagi Choclate Chip Cookies lagi. Lupa nak ambil gambar. Bila balik rumah mak tu, ai bagi anak-anak makan dengan cousin dorang. Supper dengan cookies, manis-manis memang segar bugar la lambat nak tidur haha..

Monday, June 3, 2024

Majlis Pertunangan Adik Bongsu

Macam tak percaya adik bongsuku nak bertunang. Along dia sentiasa rasa dia masih lagi budak yang berumur belasan tahun. Rupa-rupanya umur dia sekarang ini dah layak bergelar seorang isteri hehehe... Gambar di bawah adalah pelamin untuk hari pertunangan esoknya. Qaireen sibuk nak bergambar kat situ dan dia memang duduk kat situ saja tak berganjak. Cantik katanya ☺️



Pelamin adikku ini menggunakan khidmat yang sama juga dengan majlis pertunangan Nani [link]. Senang dah kenal dan dekat dengan rumah, apa-apa mudah untuk dihubungi. Cuma tunang kali ini kami pakai baju apa yang ada sahaja. Majlis bermula lepas lepas solat Zohor. Pagi tu kami semua mula mengemas, buat sendiri sahaja dan menggunakan kerahan tenaga buruh kecil.



Oh! tiada paksaan, mereka sendiri volunteerkan diri dengan senang hati. Tumpang seronok sebab meraikan hari bahagia Mak Su dorangkan. Hantaran dari ke dua-dua belah pihak. Tiga dulang berbalas lima dulang.





Cantiknya adikku ini, tiba-tiba rasa sebak pula. Aish... Alongnya macam tak boleh nak move on. Ini baru tunang, belum kahwin lagi huhuhu...











Gambar di atas tak complete, tiada arwah Achik. Kalau dia ada mesti lagi happy kami semua. Gambar di bawah pun pun tak complete juga, akak Zahra sorang saja yang tak ada 😔. Dia kena balik awal ke asrama sebab ada kelas tambahan.



Mentang-mentang kerja di Ikea, door gift pun beri barang Ikea juga. Boleh la pakai masa beli barang groceries kan 🛍️😁



Tahniah adik bongsuku Yusreena. Semoga ikatan pertunangan ini membawa ke akad pernikahan. Selangkah lagi..arrr gitu hehehe..



Hari majlis pertunangan adikku ini sama dengan tarikh perkahwinan kami. Jadi pengantin lama pun nak bergambar juga.



Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-18 buat kami berdua. Hashtag till Jannah 💕