Tuesday, June 4, 2024

Jumpa Kawan Pula

Selesai majlis pertunangan adik ai siang hari, malam jumpa pula dengan kawan sekolahku Tee B. Sebenarnya ai ada ajak Tee B datang ke majlis adik ni tapi dia tak dapat datang kerana ada hal. Disebabkan tak dapat datang, dia ajak keluar lepak minum. Ai is okay saja sebabnya enZaf pun tak ada, dia pergi main bola. Hari anniversary kami macam tak ada apa-apa berlaku, masing-masing ada hal hahaha..



Tee B datang ambil ai kat rumah mak. Ingatkan nak keluar berdua saja, tiba-tiba Qaireen nak ikut sama. Sibuk je kan, tak boleh nak membawang sangat nanti Qaireen dengar 😂🤫





Sampai pukul 10 malam lebih juga kami berborak, kedai pun dah nak tutup. Kalau 24 jam mungkin tak balik lagi kot hihihi... Thank you for your time Tee B, dia siap bagi Choclate Chip Cookies lagi. Lupa nak ambil gambar. Bila balik rumah mak tu, ai bagi anak-anak makan dengan cousin dorang. Supper dengan cookies, manis-manis memang segar bugar la lambat nak tidur haha..

No comments: