Sambungan entry semalam. Sementara menunggu game yang ke dua, kami keluar mencari makan tengahari. Sebenarnya tak tahu nak makan apa sambil-sambil tu ai pun googled lah makan apa yang best di Batu Pahat ini. Kebetulan waktu kami keluar ini memang waktu break untuk orang bekerja, jadi rata-rata semua kedai makan penuh orang. Akhirnya kami berhenti di kedai makan LB Nasi Ayam.
Budak kelaparan dengan muka berlengas. Dalam perjalanan memang dia tidur saja, tahu tahu dah sampai Batu Pahat hehehe..
Lepas makan kami pergi semula ke padang hoki. Banyak juga ai rakam video tapi masukkan dua sajalah untuk simpan di dalam blog :p Kalau rajin kita masukkan lagi bila free hehehe
Dua game saja untuk sehari, esok akan sambung lagi satu game. Jika layak akan pergi ke peringkat seterusnya. Habis game petang tu kami terus ke homestay. Jarak homestay dengan padang hoki tidak jauh dalam 5 minit sahaja. Berehat sebentar bersih diri dan solat lepas tu terus keluar cari makan malam pula :) Sebelum itu kami singgah AEON Big beli makanan dan minuman sebagai kudapan.
Ingatkan dah alang-alang dalam AEON Big, kami carilah kedai untuk singgah makan sekali tapi tiada yang menarik pula. Terus enZaf ajak keluar dan kami ke BP Walk. Nampak gerai Sitam Sup terus berhenti. Kebetulan semua orang tak nak makan berat jadi cukuplah sekadar makan sup bercicahkan roti.
Konon masing-masing nak makan sikit sekali bertambah-tambah roti. Sedap pula cicah dengan sup panas-panas. Supnya banyak penuh dengan daging yang lembut itu yang bertambah roti ;) Balik homestay terbongkang kepenatan.

No comments:
Post a Comment