Friday, September 1, 2023

Hari Merdeka di Padang Hoki


Hari Merdeka pada tahun ini kami sambut di padang hoki hehehe... Sekolah akak Zahra ada buat perlawanan persahabatan dari waktu pagi hingga tenghari. Sebelum perlawanan persahabatan bermula, anak-anak Semashur adakan latihan terlebih dahulu. Tak banyak gambar dan video diambil. Cuaca panas tak lalu nak pegang handphone.







Hanya 3 team sahaja yang terlibat dan keputusan untuk semua perlawanan persahabatan ini terikat dengan keputusan seri. Latihan dan perlawanan persahabatan ini adalah sebagai langkah persediaan hockey team untuk perlawanan SBP peringkat Kebangsaan yang bakal bermula tidak lama lagi. Semoga kejayaan mengiringi mereka, insyaAllah. Nampak beberapa jet lalu atas kami, datang dari perarakan di KL la tu.



Sebelum balik sempat lah ajak Mama Aida bergambar. Bukan selalu dapat jumpa selain di padang dan kadang-kadang ada juga terserempak masa nak hantar anak balik aspuri :)



Panas terik walaupun dah berpayung bagai, duduk tepi pun boleh sunburn hahaha.. Oh! semalamnya anak-anak hoki Semashur ni ada buat latihan lagi ditempat yang sama. Memang all out kali ini, bersemangat sungguh masing-masing. Bukan anak-anak saja, parents pun turut sama bersama-sama memberi sokongan. Hebat!!



Selesai training enZaf bawa kami makan di Gombak.



Simple saja kedainya, berada di tepi jalan. Pelbagai lauk pauk yang ada dan semuanya sedap. Syukur anak-anak ini jenis mudah nak dibawa makan, tidak memilih tempat sangat. Makan duduk tepi jalan atau atas tangga, berpanas terik pun tak ada masalah, asalkan tempat itu bersih :) Dah nak balik baru perasan tak ambil gambar luar kedai, ini pun snap dari dalam kereta saja hihi..



No comments: