Sunday, September 3, 2023

Hantar Balik Aspuri Malam


Pertama kali hantar akak Zahra balik asrama pada waktu malam. Selalunya hantar hari Ahad berbeza kali ini kena hantar hari Sabtu. Sehari awal disebabkan esoknya hari Ahad akak Zahra dan kawan-kawan hoki akan bergerak ke Johor.



Masa hantar dia waktu ini kami sempat melayan beberapa ekor kucing. Kesian masing-masing kelaparan, mujur dalam kereta memang ada stok makanan kucing. Tahun ini Semashur dapat melayakkan diri di dalam kejohanan hoki SBP ke peringkat Kebangsaan. Kali terakhir Semashur masuk ke peringkat Kebangsaan pada tujuh tahun yang lepas. Lama betul dah.



Alhamdulillah rezeki akak Zahra dan team hokinya. Lebih gembira bila team lelaki pun turut sama ke peringkat Kebangsaan jua. Gembira berganda gitu :) Gambar di bawah ini dari Instagram SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT).



Ai screenshot video bila Semashur baru tiba ke SEHEBAT. Lega nampak anak dara di situ hehehe.. Oh! sebelum hantar dia ke Aspuri malam tu, kami singgah makan petang di Damansara Class. akak Zahra nak makan Kuey Teow Goreng. Layankan lah tekak dia sebelum balik tu :p



Aliah dan Ariq makan bubur nasi iaitu bubur ketagih namanya. Seram dengar ketagih tu hahaha.. tapi memang sedap lah. Kalau ai makan bubur ni suka letak sambal parunya, terbaik!!!





Qaireen dan Mummy makan Fish & Chip.



enZaf makan Chicken Chop.



Oh ya! berbalik pada cerita akak Zahra. Baru teringat ada gambar dalam Whatsapp Group hokinya bila dorang sampai di SEHEBAT. Sebelum gambar itu tiba-tiba hilang cepat-cepatlah letak di dalam blog.









No comments: