Friday, September 29, 2023

Aliah Masuk Kelab Ragbi


Agak lambat juga kami daftarkan Aliah untuk mana-mana kelab sukan. Ada sahaja kekangan yang tak dapat kami elakkan. Kesian kat dia. Maklumlah zaman sekarang ini anak-anak tidak berapa bebas untuk keluar bermain petang seperti zaman kita dahulu. Zaman sekarang ini semuanya nak kita ada bersama dan pantau huhuhu... Okay berbalik pada Aliah, disebabkan dia minat terhadap ragbi maka Daddy dia decide untuk masukkan dia dalam salah satu kelab ragbi di KL. Kelab itu pun by recommendation dari salah seorang kawan ai juga. Jauh hantar Aliah training di Putrajaya. Gigihkan hehehe.. Ada dua tempat latihan ragbi ini, Putrajaya dan Kampung Baru, KL.













Masuk-masuk je kelab ini dah kena buat latihan fitness, pancit Aliah sebab jarang bersukan hihi.. Disebabkan baru sahaja masuk kelab ini, sudah tentulah belum kenal sangat dengan kawan-kawan yang lain. Bukan Aliah saja yang tak kenal, Mummy pun tak kenal jua. Bagi Aliah nak dapat keserasian itu memakan masa, insyaAllah bila selalu datang training ni dapat lah bergaul dengan lebih baik lagi. Satu je sayang kat sekolah Aliah sekarang tak ada ragbi untuk perempuan hanya lelaki sahaja. Kalau ada mesti dia bertambah seronok lagi.



Tak pasal-pasal Mummy pun bertambah lagi keluarga baru. Keluarga ragbi pula. Parents semuanya sporting, baru kenal sekejap dah sembang macam dah berkawan lama. Tapi ai masih lagi malu-malu nak bercakap banyak :p



Selesai latihan kami singgah makan di Presint 9. Lupa pula nak ambil gambar. Lapar sangat dah tak toleh kiri dan kanan masa makan hehehe.. habis makan terus bergegas balik ke rumah. Aliah ada berjanji dengan kawannya sekolahnya pula untuk buat assignment subjek Geografi.

No comments: