Tuesday, October 12, 2021

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu


Pertama kali ai datang makan kat kedai Nasi Lemak Wanjo ini. Sebelum ini enZaf hanya bungkus dan makan di rumah sahaja. Kalau dia ada kerja di KL, selalunya memang dia akan beli Nasi Lemak Wanjo ni. enZaf memang suka sangat. Ai suka pada nasinya, sedap dan berlemak. Sekarang ni susahkan nak cari nasi lemak yang nasinya tu sedap.



Suasana dalam kedai ni pun ai suka, bila masuk dalam luas rupanya. Dari luar tak perasan pun kedainya besar. Kedainya pun bersih sahaja, selesa la bagi ai. Surau pun disediakan, jadi tak ada masalah kalau nak solat. Meja di sini tak boleh sambung, jadi kami terpaksa makan berasingan. Satu meja hanya dibenarkan seramai 4 orang sahaja, bila "tentera" ramai ni kena lah bahagi satu meja 3 orang hehe..



Selalu juga kami makan secara berasingan meja sejak PKP ni. Mujur anak-anak jenis tak kisah. Ai pun okay saja asalkan meja kami berdekatan.



Ada pelbagai jenis lauk juga disediakan untuk dimakan bersama dengan Nasi Lemak. Boleh tahan sedap juga masakannya, bagi ai kena dengan tekak. Dan paling penting anak-anak suka makan, bila dorang semua suka kita pun rasa seronok dan puas hati.



Gambar kat atas ni, enZaf beli Bangpi Lekor Chips dengan kawannya. Support kawannya berniaga. Tak ingat pula nama kawan dia tu, dan dia minta bergambar dengan Lekor Chips ini, jadi Daddynya ambil Qaireen jadi model kopok :p Asalnya adalah Keropok Lekor yang dipotong ala chips dan digoreng. Dapat sekali dengan sosnya. Sedap, kudapan yang sesuai sangat bila kita tengok tv sambil mengunyah :) Know know je dah tinggal separuh hahaha.. bahaya sungguh.

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
tak pernahh cuba makan nasi lemak ni even dah lama duduk kat batu caves ni. kalau ikutkan tak jauh rasanya lokasi.

Nurhayati said...

wslm ayu. kalau berkesempatan boleh la singgah makan atau tapau nasi lemaknya. Merasa gitu. :)