MasyaAllah diam tak diam anak nombor dua sudah berumur 11 tahun pada bulan lepas. Kalau Aliah baca ni, Mummy minta maaflah sebab lambat update dalam blog huhu.. Tak sangka pejam celik pejam celik besar dah anak dara ni :) Memandangkan tahun ini hari jadi Aliah jatuh pada hari Isnin, ai ambil keputusan sambut sehari awal iaitu hari Ahad untuk meraikan bersama-sama dengan keluarga ai di Sg. Buloh. Sebelum itu Daddy bawa kami semua berjalan-jalan ke OU.
Semestinyalah ambil gambar Birthday Girl. Bila tengok dia pakai tudung ni, jadi auto besar terus. Aliah sendiri yang nak pakai tudung, ai tak pernah paksa dia untuk pakai samalah juga dengan Zahra. Alhamdulillah semoga mereka berdua terus istiqomah. Nampak dah nak sama tinggi dengan akak dia.
Kami makan kat Teppanyaki. enZaf kalau ke OU memang suka sangat makan kat sini. Bukan dia sahaja, anak-anak pun sama. Daddy dia puas hati sebab seronok tengok anak-anak makan habis. Macam berbaloi gitukan.
Haruslah ambil gambar Aliah lagi, lagi dan lagi hehehe...
Semuanya tak toleh kiri kanan lagi dah bila makan.
Lepas makan kami sempat jalan-jalan cuci mata sekejap dalam OU ni. Daddy ada tanya Aliah nak hadiah apa untuk birthday kali ini. Aliah jawab tak tahu hehehe.. pertama kali kami dengar dia cakap tak tahu. Kalau tidak setiap kali birthdaynya pasti dia beritahu apa dia nak. Walaupun dia tak tahu nak hadiah apa tetapi Daddy dia dah belikan hadiah untuknya iaitu handphone. Handphone dia pakai, kameranya rosak dan ada beberapa bahagian lain yang turut rosak tapi ai tak sure apa. Hanya Daddy dia saja yang tahu. Bila kamera rosak, susah untuk dia ambil gambar kerja sekolah untuk dihantar dalam GC. Setiap kali nak hantar kena pinjam telefon akak Zahra atau pun telefon Mummy hihi.. Sebelum waktu Maghrib kami ke Sg. Buloh pula. Sambut malam sebab Mak Su dorang ni kerja sampai petang.
Happy 11th Birthday Anakku Qalesya Aliah. Semoga Aliah dapat mencapai cita-citanya dan menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Mummy dia buat hal lagi masa ramai-ramai tengah menyanyi lagu harijadi. Dah hujung lagu baru perasan tak tekan button rekod untuk video hahahaha... hampeh betul, masa sambut harijadi Qaireen dan Ariq pun sama tak rekod juga. Beria pegang handphone bagai :p Kena makan kismis gamaknya baru la sel otak berhubung hahaha.. Ada satu video ai rakam tapi bukan menyanyi lagu birthday untuk Aliah, tapinya untuk Qaireen hihihi.. semua birthday orang kena menyanyi satu lagu untuk dia juga :p
Hari itu juga merupakan hari pertama ai balik dan berjumpa dengan Abah, Mak dan adik-adik sejak PKP3.0. Punyalah lama tak jumpa, seronok dapat peluk cium dorang. Bila lama tak tengok dorang, nampak semakin berumur sudah. Abah dan Mak pun tak berapa sihat. Abah ada masalah dengan pendengaran. Sebelum ini ai dah bawa Abah check telinganya di pakar sebelum PKP 3.0, lepas ni boleh la sambung semula check-upnya. Mak pula sakit lutut sampai dia susah nak bergerak. Kesian dekat dia sebab susah nak beribadah. Mak pun ai dah bawa dia check-up baru-baru ini. Dua minggu lagi akan ada rawatan susulan. Harap-harap cepat sembuh hendaknya.
Mak nak bergambar dengan cucu-cucu. Katanya lama tak jumpa, rindu sangat. Mak ajak Abah bergambar tapi Abah tak nak huhu.. Nampak muka Mak tak berapa sihat disebabkan kakinya yang sakit :( Semoga Allah melindungi ke dua ibu bapaku dan diberi kesihatan dan kekuatan tubuh badan dalam menjalani ibadahMu. Aamiin.

2 comments:
happy belated birthday Aliah..moga jadi anak yg solehah. comel bertudung dah..moga istiqomah...
aamiin.. terima kasih mummy ayu. dia sendiri nak pakai sejak dah akil baligh.
Post a Comment