Saturday, October 9, 2021

Hari Sukan Negara 2021


Pagi tadi ai dan anak-anak tengok siaran langsung Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 sempena Hari Sukan Negara di Facebook. Pada mulanya ai tak tahu pun mengenai program ini, entah macam mana pagi tadi terdetik hati nak buka Facebook. Benda pertama yang keluar di time line ialah live program ini.



Dalam pada masa yang sama, murid-murid hendaklah mengisi borang penyertaan untuk mengesahkan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta mendapat sijil penyertaan. Tapi punyalah susah nak isi borang ni, banyak kali juga kena isi semula dan banyak kali juga tak dapat masuk disebabkan terlampau ramai sangat access pada borang tersebut. Trafik jem gitu :p Borang untuk isi penyertaan ini bukan satu page sahaja tetapi ada tiga pages. Ada soalan umum perlu dijawab, kebanyakkan soalannya mengenai Sukan Olimpik baru-baru ini.



Satu form satu orang, kita pula ada 3 orang anak. Gigih la tekan link sampai berjaya masuk borang tu. Tak tahu la berapa kali, rasanya lebih dari 20 kali kot huhuhu.. Apa pun ketiga-tiganya selamat mendaftarkan diri. Alhamdulillah. Hari Ahad baru kami nak buat aktiviti bersukan, hari Sabtu tak dapat buat sebab enZaf ada main bola. Kiranya dia sorang je lah dulu yang dah menyahut Hari Sukan Negara hihihi..

11 comments:

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
huhuh
lama tak singgah sini
nampak menarik poster tu tgk dlm fb
tapi as usual
kalau dah malas.
main kendi keras consider sukan tak?
akaka

Nurhayati said...

hai ayu.. kita update kat blog je, jarang di fb atau ig hehe.. main kendi keras pun sukan ok. sukan online, e-sport gitu :)

mummy_ayu said...

sekolah ian & iris pun ada kasi link utk join...tapi lupa, dah petang baru teringat. he he he..

Nurhayati said...

sekolah anak-anak ni pun ada bagi link, tp masa tu dah submit pun. lambat bagi.

Unknown said...

Dah dpt x sijil hari sukan negara

Nurhayati said...

unknown: maaf lambat reply, baru buka blog. u tanya baru i check dengan anak dapat ke tak. masih tak dapat lagi sijilnya :(

Nurhayati said...

Saja nak update, anak2 dah dpt sijil 20hb :)

Unknown said...

Mama, boleh bagi email yang hanter sijil? Anak saya belum dapat. Tq

Nurhayati said...

Emai kat address ni pertanyaan.bgpss@moe.gov.my maklumkan yg anak u belum terima sijil hsn lagi. Masukkan details anak, nama, ic dan nama sekolah. Kalau ada buat screen shot masa submit form hari tu attach sekali. Semoga dipermudahkan.

Nurhayati said...

Oh ya jgn lupa masukkan email moe anak. Nanti sijil dpt dari email tu.

Unknown said...

Tq. i try 💝