Tuesday, October 5, 2021

Nanas MD2


Semalam enZaf bawa balik buah Nanas lepas dari main golf. Terkejut ai sebabnya dia jarang sangat bawa balik buah Nanas seketul macam ni. Selalunya kalau dia beli mesti dah siap potong hihi..



Katanya support kawannya jual buah Nanas ni. Buah Nanas jenis MD2 dari Johor, kalau nak tahu lebih details berkenaan Nanas MD2 ini sila lah Google :). Sebelum ni enZaf ada beli buah Nanas Madu tapi ai lupa pula ambil gambar. Kadang-kadang terdetik hati ini masa makan buah Nanas Madu, betul-betul manis ke atau rendam dengan air gula. Manis tu macam terlampau manis sangat hahaha... Hmm.. memandangkan enZaf bawa balik buah Nanas ini, jadi dialah yang kena potong.



Masa dia dah siap potong, laju je cakap jangan ambil gambar sebab tak lawa katanya. Ada bahagian buah Nanas ni dah terlebih masak, jadi teksturnya sedikit hancur masa potong. jadi ai akur je lah, itu pun dah dekat nak habis ai ambil gambar senyap-senyap :p



Sedap dan manis buah Nanas ni, manis tu tak ada lah terlampau manis macam Nanas Madu. Warnanya pun cantik ya amat, kuning terang. Waktu petang tadi enZaf call ajak minum petang kat Subaidah. Laju lah ai bersiap. Sementara menunggu Daddy sampai, sempat ajak Qaireen dan Ariq bergambar.



Cuaca baru lepas hujan lebat, bertambah best lepak kat mamak pekena Teh Tarik, Roti Bakar dan Telur separuh masak hihi..



Oh ye, kecoh sekejap ya pasal Facebook, Instagram dan Whatsapp down. enZaf siap call ai tanya boleh Whatsapp ke tidak. Dia baru habis meeting katanya dia message ai tak lepas kot la telefon dia kena barred. Siap tanya bil telefon dia bayar ke tak dan sampai restart handphone banyak kali hahaha.. Cakap dengan dia, kalau kena barred, nak call ai pun tak boleh la yang oi.. macam-macam la hai, mujur waktu down tu dah waktu tidur kita kat Malaysia ni kan. Oh ya esok birthday enZaf, dia ada meeting mungkin balik lambat. Boleh la buat surprise kat dia, ajak anak-anak buat deko sikit. Kek dan makanan order online sajalah :p

No comments: