Tuesday, August 24, 2021

Majlis Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020


Tarikh 24hb Ogos 2021 bermulalah Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pula. Nasib baik perasan di laman Twitter Team Malaysia maklumkan pasal Paralimpik ni, ai nyaris-nyaris terlupa. Pembukaan Sukan Paralimpik ini bermula pada pukul 6.50 petang.



Bagi Sukan Paralimpik ini Astro tiada buat channel khas seperti Sukan Olimpik yang lepas, hanya disiar di Astro Arena sahaja. Jadi ai pun tiadalah nak tukar-tukar channel sebelum ini sampai 10 channel masa Olimpik tu hahaha.. Gambar di bawah adalah logo Sukan Paralimpik.



Agak menarik juga persembahan pembukaan ini. Ai terharu tengok bila orang kurang upaya turut terlibat dalam persembahan tersebut. Kagum tengok semangat mereka. Selesai persembahan barulah perarakan kontinjen. Part ini ai tak sabar nak tengok. Tapi nak menunggu Malaysia keluar ya ampun punyalah lama. Giliran Malaysia dah hujung perarakan. Tak silap ai yang ke-140 dari 160 lebih haha.. kurang sedikit negara yang sertai nak dibandingkan masa Olimpik dalam 200 lebih negara. Bila nampak kontinjen Malaysia kita masuk, laju ai ambil gambar.



Bangga dengan negara sendiri. Cantik sangat pakaian kita sampai Malaysia mendapat pujian dari Tokyo Organising Committee tentang outfit kita ni. Cantik katanya :) Ai memang respect habis dengan semua atlet-atlet paralimpik ni. Tak kira negara mana pun. Walaupun mereka serba kekurangan tetapi mempunyai bakat yang tidak mampu kita capai. Kita yang cukup serba serbi ini belum tentu hebat seperti mereka kan.



Comel je rasa perkataan Malaysia di tulis dalam abjad Jepun. Masa Olimpik pun sama juga ada tulisan Jepun masa perarakan :) Masa Sukan Paralimpik Rio 2016, Malaysia mendapat pingat sebanyak 3 Emas dan 1 Gangsa. Semoga atlet paralimpik negara kita berjaya membawa pulang pingat lagi untuk negara :)

No comments: