Thursday, April 8, 2021

Satay Sedap Satay Pak Wan


Sekarang ni susah betul nak dapat satay yang sedap, area kat Kota Damansara ini pun tak jumpa lagi yang betul-betul sedap. Kalau sataynya sedap, kuah pula tak berapa sedap dan sebaliknya. Nak dapatkan dua-dua sedap tu susah betul. Sejak hujung tahun lepas kami dah jumpa mana nak makan satay yang sedap. Eh berapa kali banyak sedap la hehehe.. Dapat tahu kewujudan satay ini pun dari kawanku Nani. Dia beritahu dalam Whatsapp Group kalau nak makan satay pergi ke kedai Satay Pak Wan. Ada banyak cawangan juga Satay Pak Wan ini, tapi kami pergi yang berdekatan dengan kami sahajalah di Subang Bestari. Kedainya buka pukul 3.30 petang sampai pukul 11 malam.



Sataynya kita boleh pilih, nak ada lemak atau isi daging semata. Ke dua-duanya ai suka hahaha.. Kalau ambil yang tanpa lemak itu, ai advice jangan order banyak-banyak sebab isinya besar-besar.. makan dalam 3-4 cucuk pun dah rasa kenyang. Memang puas hati. Tapi ai lebih suka satay yang ada lemak sebab bila ada lemak tu rasa isinya lagi lemak-lemak manis gitu. Uols berpada-padalah makan yang ada lemak tu, maklumlah ianya bahaya untuk kesihatan.. tolak tepi lemak tu okay hihihi...



Kuah kacangnya pun sedap. Tak ada rasa muak, just nice saja. Lagi satu ai suka kat Satay Pak Wan ini ada jual Satay Perut. Ya ampun memang feveret sangat. Setiap kali datang mesti order Satay Perut tapi tak banyak la 2 cucuk sahaja. Ai sorang je pun yang makan :) Susah nak dapat Satay Perut ni, bila dah ada kat Satay Pak Wan ini memang tempat ini je lah kita tuju. Di kedai Satay Pak Wan ini bukan jual satay semata, ada Bihun Sup dan Bakso. Itu sahaja menunya. Nak kata ke dua-dua Bihun Sup dan Bakso ini pun sama sedap juga.



Akak Zahra tak makan satay, dia makan Bihun Sup je. Yang pasti tiada sayur :p Aish tengok gambar dia rindu pula. Sejak dia dah masuk asrama sampai saat ini belum call lagi. Bertuah sungguh anak ni buat Mummy dia ternanti-nanti tau. Sama ada dia malu nak bertanya macamana nak guna public phone atau pun dia tak ingat nombor telefon Mummy dan Daddy. Dah tulis dalam kertas siap-siap, harap tak hilang. Bekalan coins pun bagi banyak kat dia. Budak sekarang mana pandai pakai public phonekan hahaha.. pandai-pandai lah dia hidup di sana. Bila fikir balik masa hantar dia tu, silap ai juga pesan kat dia "kalau ada masalah call Mummy okay!" Agaknya tak ada masalah la tu tak call Mummy huhuhu.. next time bila jumpa dia kena tukar ayat "Call Mummy setiap hari" hahaha...

No comments: