Thursday, April 22, 2021

Air dan Aiskrim Bubblebee


Akhirnya beli sudah air dan aiskrim di Bubblebee. enZaf kalau tengok orang ramai beratur memang dia takkan beli punya. Kami ini jenis tak gigih nak beratur lama-lama sangat. Setiap kali balik Sg. Buloh mesti lalu depan Bubblebee, tak pernah tak kosong. Kali ini dapat beli pun sebab bulan puasa hehehe... Waktu beli ini pun tak ada la awal sangat, dalam pukul 10 malam. On the way nak balik rumah tu, singgah la sekejap. Supper la kiranya :p Disebabkan ini kali pertama nak membeli, jadi enZaf main order sahaja lah.



enZaf beli satu air dan satu aiskrim. Yang air namanya Chocolate Brownie dan aiskrim pula Golden Series Icecream.



Dua-dua sedap bagi ai. Gambar malap tak berapa nampak sangat rupa bentuknya hihi.. Jadi ai letak gambar dari Bubblebee Website. Baru nampak terliur tu :p Untuk lebih details sila klik pada pautan disebelah ini ya [link].


*pic credit to bubblebee website.

enZaf kata beli 2 dapat 1 Free. Yang free tu air bobba milk tea kot, ai pun tak ingat apa namanya. Bila tengok pada website macam Diamond Honey Milk hehe.. entah la, tapi air tu Aliah ambil. Dia kalau ada bobba tu memang suka.



Review air dia minum ni katanya TeaLive lagi sedap. Sekian :) Ai tak rasa air tu sebab kusyuk makan aiskrim hehehe... Lepas ini boleh cuba yang lain pula. Nak beli air strawberrynya. Isnin baru-baru ini kami berbuka kat McDonalds. Request by abang Ariq. Daddy dia melayan kan saja. Nampak ada Chicken Foldover laju ai order yang itu hihi..



Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-11 kita berpuasa. Tak semua hari ai masak untuk sahur, kadang-kadang enZaf beli makanan. Anak-anak sekarang dah muak makan nasi waktu sahur. Aliah dan Ariq nak makan cereal sahaja. Ai risau dorang berdua tu letih je tapi setakat ini alhamdulillah mampu berpuasa penuh. Untuk berbuka, setakat ini dah 4 kali makan di luar hihi.. weekend akan balik berbuka dengan keluarga ai dan keluarga enZaf. Dua minggu lebih lagi kita nak beraya. Nampak gaya memang beraya kat rumah saja la kan. Kes pun semakin naik. Risau kat anak-anak pergi sekolah pun ya juga. Kluster sekolah pun banyak dah kan. Mungkinkah PdPR kembali?! Bersiap sedialah mak-mak semua huhu..

No comments: