Wednesday, December 1, 2021

Pergi Cucuk Booster Dose


MasyaAllah, lamanya tak update blog. Bila nak update ada sahaja yang datang mengganggu. Bila dah buat kerja lain terus lupa dah. Hari ni gigih juga buat satu entry. Banyak cerita tertunggak ni tapi ai masukkan yang terbaru lah :) enZaf dapat panggilan untuk mengambil Vaksin Dos Penggalak (Booster Dose) pada 1hb Disember. Bila ai tahu tempat dia nak ambil vaksin tu di One World Hotel, laju je bersiap nak ikut hehehe.. Parking dekat hotel One World supaya dekat nak ke klinik. On the way nak ke klinik itu ada NanoGate. Ariq masuk sampai tiga kali, ingat playground ke dalam tu :p



Sementara menunggu enZaf ambil vaksin, ai dan anak-anak ke OU jalan-jalan cuci mata. Sambil tu ambil gambar anak-anak untuk mengisi masa terluang :p





Deko krismas pun dah ada. Qaireen dari jauh cakap christmas tree ulang-ulang banyak kali. Teruslah ajak anak-anak bergambar di situ.



Dalam gambar tak nampak sangat Reindeernya. Padahal cantik dengan lampu bagai.



Dalam 20 minit enZaf call dah selesai katanya dan tanya kami di mana, terus dia datang menuju ke tempat kami. Sempat enZaf ambil gambar Ariq dan Aliah dengan wings tu pula.





Kami singgah di Whisk Outpost untuk minum petang. Dapat juga makan sini, sebelum ni kalau datang mesti penuh. Lagi pun mejanya jenis dua tiga orang je boleh duduk, jadi selalu susah nak dapat tempat. Mujur ada satu meja kosong yang besar sedikit, rezeki kami :)



Ambil gambar orang yang baru ambil vaksin dos penggalak. Muka keletihan tak cukup tidur.



Order dua kek, kek Coklat dan Carrot Cake. Ai suka Carrot Cakenya, sedap sangat.



Dua gambar di bawah ini dari kamera handphone enZaf. Elok sangat kulit nampak bersih je, terima kasihlah filters hehehe..



Kamera phone dia memang dah cantik macam tu, beza betul dengan kamera phone ai. Tapi itulah tak nampak original lah kan. Ai ambil gambar Aliah dengan Daddy pula.



Kakak Zahra je tak ada. Keluar jalan sekejap ni pun ai teringat kat dia. Rasa tak lengkap hidup. enZaf cakap kenalah biasakan diri bila anak dah masuk asrama. Lama juga ai menunggu dia call sejak hantar masuk asrama haritu. Sibuk katanya dengan exam lagi. Dah habis exam baru dia call ai. Bila dengar suara dia yang happy tu lega rasa hati ini. Sekurang-kurangnya ai tahu dia okay kat sana :) Tak sabar nak tunggu hari Jumaat depan, ambil dia balik. Oh ya, Qaireen nak bergambar dengan giant popcorn katanya.



Masa nak balik tu enZaf ada cakap perfumenya nak habis. Tup tup ternampak kedai perfume, The Scent. Terus dia masuk dan beli. Kali ini dia beli balik perfume lamanya Burberry. enZaf ni dua perfume je yang dia pakai, Mont Blanc dan Burberry. Susah dia nak suka perfume lain. enZaf ni kalau bab shopping memang cerewet, ai pun tak macam tu haha..



Dari pemerhatian ai selepas enZaf ambil vaksin dos penggalak ni, alhamdulillah dia tak demam. Dia cuma kata badannya macam lemau-lemau sedikit. Itu pun satu hari je dia rasa macam tu. Pada bahagian tempat cucuk tu katanya sakit dan bengkak. Berbeza masa dia ambil dos pertama dan ke-dua, langsung tiada sebarang gejala dan sakit pada lengan. Mudah-mudahan enZaf sihat selalu. Lepas ni tunggu giliran ai pula lah ambil vaksin dos penggalak.

No comments: