Monday, December 27, 2021

Kedai Makan Botak JB


Pada cuti sehari sebelum Krismas yang lepas, ai dan anak-anak ikut enZaf ke Johor. Dia ada Golf dengan kawan-kawan. Bila dia beritahu pasal Golf ni, lajulah ai nak ikut sama hehe.. Walaupun tahu nanti banyak duduk dalam hotel je. Asalkan keluar dari rumah, ai sanggup hahaha.. :p



Dalam pukul 2 petang lebih sampai di Johor Bahru. enZaf bawa kami lunch di Kedai Makan Botak. Lama tak makan di sini, terakhir tahun 2018 kalau tak silap. Sebelum kita dilanda virus Covid-19 ini kan.



Alhamdulillah perjalanan ke Johor ini lancar walaupun kereta banyak dikedua-dua arah. Musim cuti sekolah merata-rata ramai orangkan. Cuaca pun alhamdulillah, mendung tapi tak hujan. Kami pun dah kelaparan masa sampai di Kedai Makan Botak ini. Alas perut dengan roti sahaja makan dalam kereta :)



Kalau makan di sini semestilah order lauk Asam Pedas Ikan Jenahak. Anak-anak pun suka makan. Ikan goreng pun sedap, garing dan sedap kalau ratah gitu je. Lepas makan kami terus check-in di hotel.

No comments: