Friday, May 9, 2014

Steamboat kat Pantai Lido


Pada waktu malam kami pergi ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kalau ke sana akan nampak Menara Jam sebagai mercu tanda di dataran ini :) Jadi tak sah la kalau tak bergambar kat situ kan. Ambil gambar sebagai kenangan gitu.



Di dataran ini buka sahaja ada padang semata, di situ juga terdapat orang berniaga makanan. Banyak van steamboat berniaga di situ. Rambang juga mata melihat cuma perlu pilih tempat sahaja yang mana berkenan. Dalam banyak-banyak tu kami pilih makan kat Majidee Steamboat memandangkan kampung mak ai ialah kampung Majidee hihi



Sedap kuah steamboatnya.



Masa kami sampai sini baru lepas hujan, boleh pula order ABC memang mengundang sungguh. Menambahkan sejuk di badan haha



Selain steamboat, ada juga makanan lain yang dijual. Antaranya Bakso, Rojak Buah dan macam-macam lagi. Bila nampak Rojak Buah harusla laju nak juga. Sedap pula tu nak-nak bila makan mempelam, terus terkecur air liur hihi...



Gambar di bawah ni first time cuba makan kuih Cakoi tu bersama dengan kuah rojak, timun dan taugeh. Tak pernah pula nampak kat tempat lain. Tapi jujur cakap memang sedap.



Selalunya makan Cakoi kosong atau pun cicah dengan kuah durian atau kaya. Yang ini memang berbeza betul. Rare sangat. Walaupun makan dengan timun, taugeh dan kuah kacang, kombinasinya sedap kena dengan tekak. Kalau ke Johor boleh singgah makan kat Dataran Bandaraya ini lagi. Tempat yang santai dan penting makanannya sedap.

1 comment:

annapeje said...

ooiii sdp nyer ice kacang tue meleleh air liur tgk ahahaha