Monday, August 31, 2026

Aktiviti Hari Merdeka

Hari Merdeka kami hanya ke One Utama (OU). Semuanya berkisarkan Qaireen pada hari Merdeka 🇲🇾 ini. Sebelum itu, masa nak keluar dari kereta tiba-tiba tali beg putus masa ai tarik huhuhu... Punya la terkejut sebab putus tu macam kena gunting pula. Elok je putus tegak macam tu 😔.



Nanti kena mencarilah kedai mana yang boleh baiki tali beg ini. Dah alang-alang tukar, gantikan semua strapskan barulah nampak macam baru. Okay berbalik ke OU, kami ke ToysRUs, mencari NeeDoh tapi misi gagal. Dah tiga kali mencari dan rasanya susah nak cari NeeDoh ni kat mana-mana. Nampak gayanya beli online sajalah. Kena beli kat distributornya. Kalau kat Shopee tu banyak yang tipu.



Dah masuk ToysRUs tidak lah keluar dengan tangan kosong. Qaireen nak beli dumpling tapi ini bukan squishy, yang squishy dia dah ada. Yang ini plastik tapi bila tekan keluar bubbles kat hidung, macam hingus. Qaireen bukan main suka, terhibur dia hahaha... Lepas itu kami minum petang di kedai roti Paris Baguette 🥖.



Dah kenyang sambung jalan-jalan lagi. Masuk kedai Crocs belikan Jibbitz untuk sliper Qaireen. Lama dah selipar dia tu kosong, tambah Jibbitz bagi ceria sikit. Dia pilih rainbow 🌈 dan Kuromi. Kami semua pakai Crocs kecuali enZaf dan akak Zahra, dorang tak minat. Tapi tak apa ai akan hasut sampai semua pakai 😈.



Masa masuk dalam OU ni ai dah nampak Haagen-Dazs 🍦 buat promo sempena Hari Merdeka. Punya la panjang barisan orang beratur jadi masa tu tak terasa sangat nak beli. Bila nak balik lalu semula Haagen-Dazs dan nampak macam dah kurang panjang barisan itu dan pergerakan pun agak laju. Apa lagi laju jugalah ai suruh anak-anak beratur hahaha..





Sunday, August 30, 2026

Hari Minggu Terakhir Bulan Ogos

Bawa mak pergi checkup di Klinik Kesihatan (KK) Sg. Buloh. Ai suka lagi kalau checkup di KK berbanding hospital. Sebab KK lagi cepat dan tempat kecil senang bergerak sana sini. Kalau abah selalunya checkup di Hospital Sg. Buloh (HSB). Parking pun susah sebab ramai lagi kan.



Tekanan darah mak sedikit tinggi, kata mak stress dengan abah ahhahaha.. Stress stress pun abah sentiasa teman dan bawa dia kemana-mana 🥰. Pergi checkup ni pun abah ikut. Dia mana boleh tinggalkan cinta hati dia keseorangan. Sampaikan masuk bilik doktor pun dia ikut 😆.



Eh! enZaf pun ada sama juga. Dia kalau abah atau mak nak checkup, takkan biarkan ai sorang drive. Katanya senang nak drop kalau dia ada. Kalau tak susah ai nak mencari parking. Thank you Yang! sentiasa ada bersama 💕. Alhamdulillah, selesai urusan mak di KK. Masa menunggu di farmasi saja lambat sedikit sebab ubat untuk mak tu tak ada stok pula di KK. Pergi ambil di HSB. Keluar dari KK, kami singgah makan dulu di kedai berdekatan dengan KK. Lupa pula nama kedai makan tu apa.



Esok harinya kami lunch di Nak Nak, IOI Mall Damansara sebelum hantar abang Ariq pergi training bola. Anak-anak ni semuanya suka makan di Nak Nak. Sebelum ini nampak Nak Nak di Elmina Lakeside Mall tapi tak rasa pun nak makan. Sejak buka di IOI ni barulah kami mencuba. Setakat ini dah makan empat lima kali jugalah. Kedainya tak putus customer masuk.





Lusanya teman enZaf pergi ke klinik. Telinganya sakit, terasa berdesing dan tak selesa. Buat dia sakit kepala. Ini klinik ke dua pergi, klinik mula-mula dia pergi tu sekadar bagi ubat tahan sakit.



Klinik ke dua ini ada alat scan dalam telinga. Kata doktor dalam telinganya ada air dan membengkak. Jadi dah sedut bawa keluar. Doktor bagi sekali ubat vertigo. Kena datang follow up selepas itu nak tengok keadaan dalam telinga semakin baik atau tidak. Lobi klinik ada lampu chandelier. Cantik tapi lupa nak ambil gambar 🤭.

Wednesday, August 26, 2026

Qaireen Merdeka



Baju Kurung Merdeka Qaireen pakai ini baju yang sama masa dia di Genius Aulad [link]. Singkat sedikit bajunya tetapi masih muat 😅. Ai hanya beli skirt merah sahaja sebab dah ketat dan singkat banyak. Selagi boleh berjimatkan. Diriku memang tak berbelanja sangat bab pakaian beragam di sekolah. Kalau ada pakai, kalau tak ada pakai baju sekolah atau pj sahaja hihi.. Mujurlah Qaireen sama macam kakak-kakak dan abangnya, sejenis tak kisah sangat 🤭.



Lepas ambil gambar di dalam rumah baru perasan terlupa pakaikan cekak. Ambil lagi sekali dalam kereta. Semoga bertahanlah cekak itu di atas kepalanya. Oh ya, merdeka tahun lepas pakai baju yang sama juga dan baru perasan tak masukkan pun cerita tu dalam blog. Entah ada ke tidak gambar kena check dalam galeri handphone ni 📱. 



Lepas hantar Qaireen, pergi lunch dengan enZaf. Aliah balik lambat sebab ada kelas tambahan. Setiap kali kelas tambahan Biologi, cikgunya mesti hantar gambar dalam parents group. Sukalah dengan cikgu yang rajin begini. Boleh simpan buat kenangan. Tapikan geram je tengok tudung dia. Tak pernah nak pakai elok-elok. Trend budak sekarangkan, sebelah lipat sebelah lagi biar gitu je. Lipat pula setinggi yang boleh 🙄. Haish...



Masa ambil Qaireen balik dari sekolah, tanya dia ada tak masuk pertandingan pakaian merdeka. Katanya tak sebab dia tak nak naik stage hahaha.. lagi pun semua baju nak sama je kan. Tiada kelainan sangat jadi tak perlu naik stage bagai. Sabar je lah dengar apa dia cakap.

Tuesday, August 25, 2026

Minggu Ke Dua dan Ke Tiga Ogos

Makin lama makin kurang rasanya nak bercerita dalam blog. Gambar dalam handphone ini pun sekadar satu hari satu gambar hehehe.. itu pun mujurlah ada kan. Tapi ada juga satu minggu tu memang tiada gambar langsung 😮‍💨. Bukan tak ada cerita atau hal tapi tiada mood nak ambil gambar. Maka disebabkan ada satu gambar saja dalam satu hari, kita compilekan sajalah masukkan dalam satu entry. Jika masih ingat apa yang berlaku pada hari tersebut, maka ceritakanlah. Jika tidak ingat abaikan hahaha... Ini pun ada rupanya gambar minggu ke dua terlupa nak masukkan. Padahal dah buat entry tu sebelum ini [link].

Hari terakhir pertandingan bola Abang Ariq. Game ini penentu untuk tempat pertama. Jika menang johanlah mereka dalam liga ini. Sebenarnya dah jarang sangat bercerita pasal bola Ariq ⚽. Dah masuk sekolah menengah ini, vibenya tak sama macam sekolah rendah. Padahal ada saja parents yang bersorak ditepi padang, cuma ai tak join. Teruk betul dah fasa penuaan ai ni kan ahahaha..



Tahniah abang Ariq dan team bolanya. Johan liga ini 🥇🏆. Lama dah dorang tak dapat tempat pertama, selalu tempat ke tiga atau nombor bawah saja hahaha... Masa belek gambar dari photographer, terselit gambar 📸 ai dan enZaf, kawannya pun ada sama. Letak sini sebagai kenangan. Walaupun jauh nun di sana.



Teman enZaf ke klinik. Dia dah tak tahan dengan telinganya yang sakit dan berdesing 👂. Tak selesa sampai tak boleh tidur 😔. Waktu ini tak silap ai dalam pukul sebelas lima puluh malam, hampir dua belas pagi dah.



Cerita hari lainnya, anak-anak tiba-tiba lapar pada pukul sebelas malam. Kebetulan nasi lebih ada lagi, goreng telur 🍳 makan dengan kicap. Semua gembira, perut dah kenyang baru senang hati nak tidur. Sabar je lah.



Akak Zahra call nak balik katanya. Tapi kena ambil dia kat Fakulti Veterinar, dia ada join program apa entah, lupa nama program tu. Lama juga menunggu dia habis. Katanya sekejap saja huhuhu... Dua orang kawannya pun join program itu.



Hari lain pula, kami pergi jalan-jalan di Paradigm Mall. Sebelum balik singgah Family Mart. Lama tak makan aiskrim situ 🍦. Mencuba yang baru, perisa coffee kalau tak silap ai. Sedap juga. Aduhai, blur pula aiskrimnya, lain pula yang sharp haha..



Pertama kali mencuba makan di Ayam Sambal Hejau di Mutiara Damansara. Suka betul dengan sayur bayam goreng 🥬. Kalau nampak kat kedai makan jual sayur bayam goreng ini, mesti laju ambil. Sedap kunyah macam tu saja. Sambal hijaunya sedap. Tapi tak boleh makan banyak sebab pedas sesangat. Bagi ai lah, orang lain ai tengok licin je hehehe...



Pertama kali juga mencuba hantar barang untuk recycle ♻ di IPC Shopping Centre. Banyak jenis kategori boleh kita hantar. Dan setiap barang yang kita hantar untuk recycle ini akan ditimbang dan ditukarkan kepada points. Points itu nanti boleh lah redeem mengikut kategori jumlah points terkumpul kita. Menarik sangat konsepnya. Satu lagi ai suka tempatnya cantik, bersih dan kemas 😍. Nak hantar barang-barang ini pun ada parking disediakan, mudahlah nak angkat barang-barang tu semua.



Tuesday, August 18, 2026

Lunch with Abah & Mak

Mak call beritahu dia nak datang rumah sekejap lagi. Begitulah mak dan abah, dorang memang tiba-tiba gitu. Dalam pukul 11 pagi mak dan abah sampai rumah. Dorang berdua tu baru lepas breakfast berdekatan dengan kawasan rumah ai. Sebelum itu mak call ajak ai breakfast sekali tapi tak sempat, pagi selalunya sibuk dengan nak uruskan anak dan buat kerja rumah. Bila tak sempat itu yang dorang singgah rumah. Itu pun siap nak bungkuskan makanan tapi ai kata tak payah. Begitulah, walaupun kita dah kahwin tetap anggap kita ni macam anak kecil dorang lagi kan. Macam itulah perasaan kita sekarang, anak dah besar pun tetap rasa masih kecil depan mata kita hihihi... Dah alang-alang mak abah datang rumah, ai pun ajak dorang lunch bersama. Kami lunch kat luar selepas hantar Qaireen ke sekolah. enZaf pun ada sama, dia bawa makan di Chilli Crab Restaurant.



Bila ai tenung mak dan abah ni, rasa sebak pula 🥹. Semoga Allah panjangkan umur mereka, sihat tubuh badan dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T 🤲 💕 Sempat abah ambil gambar kami berdua. Pastu masukkan dalam family group. Dah adik-adik kata tak ajak hahaha..



Lepas dari makan, enZaf nak ambil kereta yang abah bawa itu ke workshop. Ada beberapa kerosakan kat keretanya yang perlu dibaiki. Kereta dah lama jadi macam-macamlah ragam tu kan. Nak tukar kereta baru tak bagi. Sayang katanya. Mujurlah enZaf ada kawan yang ada workshop, senang hantar ke kawannya saja. Jadi masa nak hantar ke workshop tu, ai teman abah naik keretanya, mak dengan enZaf sebab kereta abah ni aircond rosak. Bayangkan datang jauh-jauh dengan tak ada aircond. Berkuap okay dok dalam kereta 🤣 Di kesempatan itu dapat lah ai dating sekejap dengan abah. Lama tak berborak berdua dengan dia.



Kereta abah ni manual ya, alhamdulillah kuat lagi kaki dia nak tekan klac 😆. Dah lama ai tak bawa manual, last bawa masa zaman bujang. Kalau kena bawa ni mahu gigil lutut hahaha... Kadang-kadang geram dengan Abah, masih nak bawa kereta ke sana sini. Selalunya dia bawa kereta bila nak pergi ziarah kubur dan singgah kedai beli barang. Kalau dekat tu ai tak kisah sangat, itu pun banyak kali pesan hati-hati. Cuma itulah ada masa dia nak drive kereta jauh-jauh macam nak ke rumah ai ni lah. Kita cakap bukannya nak dengar kan, berbuih lah mulut tu sama saja. Orang tua ni degil tu faham-faham lah kan.. Ketegaq bak kata orang utagha 😏 Sebab itu lah adik ai install apps Life360 dalam handphone abah. Jadi boleh tahu kemanalah dorang ni berada. Salah satu inisiatif buat kita sebagai anakkan. Dari workshop kami hantar mak dan abah balik Sg. Buloh. Buat masa ini abah patah kaki kejap lah nak berjalan jauh. Tunggu sampai keretanya siap, kalau siap cepat kita biarkan je kereta tu lama sikit dalam workshop 🚘🫢