Sekolah Qaireen sambut Hari Merdeka awal tiga hari. Dan ini adalah sambutannya yang terakhir di Genius Aulad. Disebabkan tahun akhir, ai semangat belikan dia baju hehehe... kalau nak dibandingkan dengan kakak-kakak dan abangnya, ai tak pernah belikan baju semata untuk Merdeka ini. Mentang-mentang bongsukan 😜🤭 Ini entry sambutan Hari Merdeka tahun lepas [link], pakai baju kurung kedah saja.
Beli baju ni pun yang ready made sahaja. Nak tempah semata tu memang tak lah. Ai tak segigih mak-mak yang lain, bila tiba hari Merdeka hebat-hebat baju anaknya. Tapi ai suka tengok sebab ada design baju yang sangat kreatif. Kagum tengok.
Tak siap lagi masa ini sebab dia belum pakai tudung. Tengok pada gambar masa nak beli baju Qaireen ini, kebanyakkannya pakaikan tudung ikut warna bendera. Tapi Qaireen pakai tudung hitam sajalah. Pakai apa yang ada supaya tak membazir hehehe.. Sempatlah ai ambil gambar dia sebelum masuk sekolah. Cekak atas kepala tu pun beli online, harganya pun murah tak sampai RM10.
Dua gambar di bawah ini dari teachernya, tapi tak ada pula ambil gambar ramai-ramai semua orang. Sebab ada saja pakaian lain yang anak-anak pakai jenis pakaian tradisional, macam pahlawan lelaki dan perempuan zaman dulu.
Sepesen je baju kalau ikut warna bendera ini kan. Teacher aturkan yang sama jenis pakaian bergambar sekali 😍 Oh ya! hari hantar Qaireen sekolah, kereta kena langgar. Masa tu tak perasan kereta apa yang langgar. Dok pusing cari tak jumpa pun kereta tu entah mana menghilang. Masa mula-mula langgar, kereta yang langgar tu dah park tepi jalan. Ingatkan nak pergi ke kereta tu, sekali kereta tu blah gitu. Puas pusing dua tiga kali cari tak jumpa-jumpa huhuhu... Terpaksa la keluarkan duit sendiri baiki kerosakan huhuhuh...
Keesokkan harinya Drypers datang sekolah Qaireen. Buat marketing untuk produk terbaru mereka dan semua anak dapat bawa balik goodies bag. Dalam tu semua orang dapat sebotol Hair & Body Wash dan voucher. Wah! seronok semuanya. Thank you Drypers!!
Malam pula enZaf bawa balik durian. Katanya mengubat hati terluka tengok bumper kereta yang kemek dan bercalar itu. 😬🚗

No comments:
Post a Comment