Dalam 7 hari boleh kira
berapa hari je enZaf ada ngan kami.
Dah berapa tahun keje dia outstation.
Tak kira la dalam negeri or luar Malaysia.
Jenis buat kerja merata tempat.
Itula cara dia mencari rezeki.
Tiap orang ada rezeki masing2kan.
Walaupun selalu outstation
ai tetap bersyukur sekurang2nya
ada jumpa walaupun sehari dalam 7 hari tu.
Nak dibandingkan ngan pasangan lain.
Sampai berbulan2 tak jumpakan.
Yang penting kita redha dan berserah
kepada Allah semoga
segala urusan kita dipermudahkan.
Tak dinafikan ada pasang surut bila berjauhan ni,
terutamanya kalau melibatkan kesihatan.
Memang menduga sangat.
Kekadang tak dapat nak menahan,
lepaskan segala2nya kat enZaf
nasib baik la dia jenis bersabar
ke terpaksa bersabar hahaha
Selalunya bila enZaf balik dari outstation
dia akan rehat dan bawak kami jalan2.
Tak kira la hari tu weekday or weekend.
Maksud jalan tu bukan la pergi holiday,
jalan kami masuk shopping mall hehehe
Walaupun window shopping sudah membahagiakan.
Eh tapi macam lama tak bercutikan.
Tetiba rindu kat pantai huhu
Bila dia bawak jalan
ofkos la ai suka sbb makan kat luar,
dan dapat hilangkan lelah 2-3 jam,
jadila kan.
Hakikatnya pegi jejalan ngan anak2 ni,
mana ada konsep bersenang lenangkan.
Tp sebab dpt keluar dari rumah tu,
kira takde la otak tu beku sgt :p
Bukannya apa,
selalunya la selalunya.
Time dia outstation la macam2 perkara jadi.
Barang letrik rosak,
kereta tak bole jalan.
Anak2 tak sihat dan macam2 la ujian menimpa.
Ada jua terfikir kenapa jadi waktu ni.
Bila fikir positif,
Allah nak bagi pahala lebih.
Jadi tarik nafas dalam2...

Masuk Uniqlo nampak cermin besar,
harusla laju je ai amik gambar.

Cuba amik gambar silang kaki.
Memang menjadi nampak keselimannya itu.

Pipi pau je yg tak bole selim.
Itu mmg dah semulajadi.
Muka pinggan hehe
Amik lagi gambar sebelum keluar.

Tu Ariq yang tak habis muka monyok.
Asal jalan macam2 nak itu ini,
bila tak dapat apa dia nak,
muncung la mulut tak tau nak pergi mana ;)
Thank you Yang,
selalu cuba gembirakan hati ai.
Nasib baik la kita ni jenis pandai drive,
at least ape2 hal bole bergerak sendiri.
Terdetik jua kesian kat enZaf,
penat2 dia travel sana sini
gigih layan karenah anak2 dan ai hehe
Semoga dia diberi kesihatan yg baik
dan dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki.
Selalu ingatkan diri sendiri,
jangan sesekali bandingkan kehidupan kita
dengan kehidupan orang lain.
TAK SAMA!!
Sabtu yang lepas,
kawan kelas Aliah, Iris namanya
datang rumah mandi kolam.
Kisahnya 2 orang ni berjanji kat sekolah
nak swimming sama2 hari Sabtu.
Kemain plan siap2 tanpa tanya Mummy dulu.
Gigih la kami mak2 ni berwhatsapp
bercerita tentang plan dorang.
Nasib baik la kami mak yg jenis melayan.
First time jua la ai jumpa
mama Iris ni.
Sebelum ni tak pernah plak
bertembung kat sekolah.
Jadinya kami plan anak2 swimming pagi.
Tp takde la pagi sgt,
breakfast dulu dan pukul 9 lebih mcm tu baru turun.
Sempat ai snap gambar mama Iris,
Wena namanya melayan Qaireen.

Seronok bersembang sampai lupa
nak amik gambar anak2 mandi kolam.
Sebenarnya akak Zahra tu tak berapa sihat.
Dia demam tp pagi tu dedar sket.
Ikutkan ai, dia rehat je kat rumah,
tp nak ikut juga sbb nak mandi.
Tak sihat pun nak join.
Tiap minit kot ai tanya dia okay ke tak
masa dalam swimming pool.
Tengok muka dia ceria je,
okay la tu.
Yang best tu, petang dia dah sihat.
Alhamdulillah lega sehari lebih je dia demam.
Ariq plak kalau mandi dlm pool,
dia adalah antara orang yg paling cepat naik.
Ariq ni sejenis tak tahan sejuk.
Padahal air takde la sejuk mana.
Dah la mandi kejap je,
lepas tu nak kencing plak hahaha
Adoi la anak bujang ni.

Mandi sampai tengahari,
sbb ai dah janji ngan mak nak
balik Sg.Buloh.
Lunch sana.
EnZaf takde weekend, dia kat Johor.
Dah habis mandi baru teringat amik gambar.
Aliah & Iris.

Ofkos la amik gambar ai dan mama Wena.
Thank you kakak Zahra.

Kalau nak ikutkan,
Aliah jarang sebut nama Iris ni.
Jadi ai tanya la mcmana tetiba
Iris ni muncul.
Katanya dia mmg ada dalam geng,
wah geng kau...
tp Aliah kata dia selalu terlupa kat Iris ni,
sbb Iris ni pendiam hehehe
Sabar je la anakku.
Thank you mama Wena
bagi anak2 cokelat.
Dari Langkawi katanya hehe

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.
Kisah perkahwinan sepupuku lagi Khairul.
Kalini sebelah kami plak Mak Teh.
Majlisnya simple aje..
pengantin request makan beradab je
taknak pelamin.
Tak kisah la janji dorang bahagia dan kekal.
Ai pun masa kat majlis tu
tak amik gambar ape.
Makanan ke pengantin pun haha
Sampai agak lambat pukul 1 lebih gitu,
masuk2 terus cari makanan :p
Dah habis semua masuk dlm rumah,
baru la bernafas sket.
Nasib baik la ai amik gambar ngan
adikku Hana ni.
Kononnya plan nak bergambar kat luar,
tp dah huru hara ngan anak2
lupa semuanya.

Lama kami kat umah MakTeh.
Dah sedarakan sampai habis majlis la kat sana.
Lagi pun bukan ada apa nak balik cepat2.
Sempat la dating kejap ngan enZaf,
walaupun dalam rumah hahaha.

Lama tak berborak ngan dia berdua,
walaupun tangan tu pegang phone huhuh

Tapi tart depan enZaf tu sedap sgt,
cousin ai Yana yg buat.
Nanti bole order kat dia
buat lagi choc tart mcm tu jugak.
Kat dalam rumah tu ramai cousin,
so ramai la babysitter tuk Qaireen.
Tq Mira jagakan Qaireen
sampai tido dibuatkan..bagus2 hihi

Sebelum balik,
sempat la bergambar ngan makteh sekeluarga.
Pakteh dah tukar uniform hehe

Thank you makteh pakteh jemput.
Dan tahniah dapat menantu.
InsyaAllah tahun depan dapat cucu plakkan :)
Ini je cousins yg tinggal.
Tak sempat nak bergambar dgn yg lain.

Heran masuk dalam kereta anak2 semua diam,
intai belakang Aliah baca buku
wow sangat :p

Sampai rumah baru teringat
tak amik gambar anak2 kat sana.
Sebelum dorang salin baju,
laju2 ai suh bergambar.

Deko birthday Daddy dorang pun tak tanggal lagi.

Nasib baik semua good mood.
Kalau ikutkan dah kepenatan masing2 tu.
Plak tu baju dah comot kena makanan.
Dalam gambar tak nampak plak.
Ha ni gambar pengantin cilok kat FB MakLang.
Lagi sekali tahniah Dr. Khairul & Anis!

Takde kesempatan lagi berborak
dan berkenalan ngan Anis.
Selamat datang ke keluarga kami hehe
Tauhu bakar adalah makanan kegemaran ai. Selalunya Tauhu masak lah apa pun ai memang suka. Kalau pergi kedai makan yang ada jual Tauhu Bakar ini lagilah wajib nak mencuba. Setakat ini yang paling sedap ai makan di Uptown Damansara. Mujurlah Uptown sana tu jauh, kalau dekat memang selalu la ke sanakan :) Ada lagi satu kedai makan di Damansara Perdana, sedap juga tapi kedai tu dah tutup pula huhuhu... Baru-baru ini, dinner dengan mertua. Bapak ajak makan di Tahu Bakar @station. Kedainya di Kota Damansara sahaja. Berhadapan dengan kedai Ustaz dan berdekatan dengan Uptown Kota Dame.

Nama kedai pun dah tulis Tahu Bakar, semestinya lah ada Tauhu Bakarkan. Memandangkan ai peminat Tauhu, wajiblah order. Tauhu Bakar di sini memang sedap. Kuahnya kena dengan tekak ai.

Tauhu Bakar di sini ada dua jenis, satu yang biasa dan satu lagi special. Special sebab ada Sotong. Ai ada order Kacang Pool juga. Rasanya tak sama dengan Johor, tak jumpa lagi yang sedap macam di sana :)

Akak Zahra pula makan Cheese Naan dan Aliah makan Soto. Soto tu sedap juga. Makan dengan cuaca sejuk baru lepas hujan memang best sambil hirup sup panas-panas.

Tengah makan tiba-tiba akak Zahra ambil gambar pula. Bukannya dia nak panggil semua orang tengok kamera, katanya dia nak ambil gambar Mummy je hahaha.. bertuah la anak. Qaireen pula tengah tidur, rasa nak bengkok dah bahu. Lenguh jangan dikata :p Hanya Abang dan Kak Ina saja yang tak join makan-makan ni.

Bila buat entry ni, rasa nak makan Tauhu Bakar pula hehehe...Baiklah malam ini ai cuba ajak enZaf ke Tahu Bakar @station. Oh ya.. hari ini cuti Deepavali. Cuti panjang buat anak-anak dari hari Sabtu hingga Rabu. Kami tak ke mana-mana sebabnya enZaf ada tender nak dibuat. Di kesempatan ini ai nak ucap HAPPY DEEPAVALI dan selamat bercuti kepada semua :)