Lepas selesai pergi JMU di Putrajaya, kami singgah Sunway Pyramid Mall pula. enZaf nak tengok boot bola katanya. Baru saja kami berjalan dalam mall tu, tiba-tiba Qaireen cakap lapar. Huish.. baru saja makan petang dia dah lapar. Ai cakap dengan dia sekejap lagi baru makan, rasanya nada suara ai tak keras tapi dia ingat ai marah dia huhuhu... patutlah sepanjang jalan tu dia senyap saja. Masa tu tak perasan lagi, dah masuk dalam butik Adidas baru tahu dia merajuk hehehe.. Gambar di bawah ini ai tak perasan lagi dia merajuk.
Nak keluar dari butik Adidas tu, dia bagi ai notebooknya. Aduhai anak, sedih pula bila Mummy baca. Terus menerus ai pujuk dia. Anak bongsu ini memang tak boleh ai naik suara sikit, mula lah sentap dan berair mata tu. Itu pun lama juga nak memujuk. Kuat menangisnya ðŸ˜ðŸ˜«
Untuk mengubati kesedihannya, Daddy dia belikan makanan kegemarannya iaitu sushi di Empire Sushi. Lepas beli makanan dia tu masih ada sedikit kesedihan lagi. Kami sambung jalan dalam mall dan ai ternampaklah butik Sanrio. Tak pernah nampak dalam mall lain, ini pertama kali nampak di Sunway Pyramid ni. Teruslah laju bawa Qaireen masuk dalam kedai itu. Nampak dah muka tu dari sedih jadi gembira hehehe.. Ai pun beritahu dia Qaireen ambil lah nak beli apa. Dia sampai pening tak tahu nak beli apa sebab banyak sangat Kuromi dia tu hahaha.. Kakak-kakak dia pun tumpang selit sama beli barang juga. Aliah tu dia suka Hello Kitty, akak Zahra dia biasa saja. Dalam pada biasa tu dia ada juga ambil satu keychain 😆
Tengah nak membayar dikaunter, tiba-tiba mesin kadnya tak boleh pakai. Bayar dengan cash sahaja. Kebetulan ai bawa duit banyak sikit dari biasa, dan nasib juga Qaireen ambil tak banyak barang hahaha.. fuh! selamat 🤣 Alhamdulillah, mood Qaireen terus baik. Dapatlah Mummy sambung jalan dengan aman heheh. Begitulah kisah anak bongsu ini 🤗.

No comments:
Post a Comment