Tauhu bakar adalah makanan kegemaran ai. Selalunya Tauhu masak lah apa pun ai memang suka. Kalau pergi kedai makan yang ada jual Tauhu Bakar ini lagilah wajib nak mencuba. Setakat ini yang paling sedap ai makan di Uptown Damansara. Mujurlah Uptown sana tu jauh, kalau dekat memang selalu la ke sanakan :) Ada lagi satu kedai makan di Damansara Perdana, sedap juga tapi kedai tu dah tutup pula huhuhu... Baru-baru ini, dinner dengan mertua. Bapak ajak makan di Tahu Bakar @station. Kedainya di Kota Damansara sahaja. Berhadapan dengan kedai Ustaz dan berdekatan dengan Uptown Kota Dame.
Nama kedai pun dah tulis Tahu Bakar, semestinya lah ada Tauhu Bakarkan. Memandangkan ai peminat Tauhu, wajiblah order. Tauhu Bakar di sini memang sedap. Kuahnya kena dengan tekak ai.
Tauhu Bakar di sini ada dua jenis, satu yang biasa dan satu lagi special. Special sebab ada Sotong. Ai ada order Kacang Pool juga. Rasanya tak sama dengan Johor, tak jumpa lagi yang sedap macam di sana :)
Akak Zahra pula makan Cheese Naan dan Aliah makan Soto. Soto tu sedap juga. Makan dengan cuaca sejuk baru lepas hujan memang best sambil hirup sup panas-panas.
Tengah makan tiba-tiba akak Zahra ambil gambar pula. Bukannya dia nak panggil semua orang tengok kamera, katanya dia nak ambil gambar Mummy je hahaha.. bertuah la anak. Qaireen pula tengah tidur, rasa nak bengkok dah bahu. Lenguh jangan dikata :p Hanya Abang dan Kak Ina saja yang tak join makan-makan ni.
Bila buat entry ni, rasa nak makan Tauhu Bakar pula hehehe...Baiklah malam ini ai cuba ajak enZaf ke Tahu Bakar @station. Oh ya.. hari ini cuti Deepavali. Cuti panjang buat anak-anak dari hari Sabtu hingga Rabu. Kami tak ke mana-mana sebabnya enZaf ada tender nak dibuat. Di kesempatan ini ai nak ucap HAPPY DEEPAVALI dan selamat bercuti kepada semua :)

No comments:
Post a Comment