Monday, February 2, 2026

Jom Masuk Universiti 2026

Dapat juga pergi Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU) di Putrajaya. Kalau diikutkan macam tak dapat pergi sebab ada macam-macam hal yang perlu dibuat. Tiba-tiba lepas pukul 2 petang enZaf suruh bersiap pergi JMU. Lajulah kami semua bersiap sebabnya JMU ini sampai pukul 5 petang sahaja. Kami pergi ini pada hari Sabtu dan hari Sabtu ini juga adalah hari jem sedunia 🚗ðŸ˜Ū‍ðŸ’Ļ, mana-mana arah nak pergi sesak dengan kereta. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul tiga lebih hampir pukul empat juga. Itu pun enZaf dropkan ai dan akak Zahra dahulu sementara dia mencari tempat nak parking kereta. JMU ini diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya dan kebetulan hari yang sama turut diadakan Hari Terbuka Putrajaya, bertambah sesaklah kawasan ini. Sempatlah ambil gambar sedikit buat tanda hadir gitu hihihi...





Ambil gambar akak Zahra di booth UPM. Semoga ada rezeki dia masuk Asasi di sini. Pilihan pertamanya dia nak ke sini. Harap-harap dapatlah kan, sebab dia ada juga riki selain IPTA, kalau IPTS dia dah tau nak pergi mana sebab situ ada program yang dia nak 😎... tengok yuran IPTS ya ampun... pitam Daddy dia hahaha...



Kebetulan ada booth BSN, ai pergi tanya boleh beli no pin UPU di sini, dan staf situ kata boleh. Terus beli, alhamdulillah senang dan pantas. Masa nak bayar kena pakai cash sahaja, nasib baik ada duit dalam purse haha.. sekarang ni dah la ai jenis kurang bawa cash.







Menarik JMU ini. Bagus ada buat karnival macam ini, banyak juga lah info akak Zahra dapat. Dari sekolah rendah dia dah ada hala tuju dan tahu nak apa, bila ada JMU ini bukalah minda dia sikit pilihan lain selain apa dia nak. Nanti dalam borang UPU ada 12 pilihan yang perlu dibuat. Kalau tak dapat yang dia idamkan atleast ada lah option lain dia pergi. Setiap universiti program berbeza terutamanya pada Ijazah Sarjana nanti. Daddy dan Mummy beri ruang untuk anak-anak pilih berdasarkan minat dan pilihan masing-masing, kami bantu dorongkan dan bagi pendapat jika diperlukan. Ai dan enZaf sepakat tidak menekan atau paksa belajar benda yang tidak minat. Nampak dan rasa macam senangkan tapi tidak. Nak ikut rentak remaja ini banyak try and errornya. Yang penting kita cuba sehabis baik.. chayok hehehe



Sebelum keluar Putrajaya, kami singgah Food Court di Precint 9. Lama tak makan di sini. Masa Aliah training ragbi di Putrajaya dulu, selalulah singgah makan sini. Kalau ke sini ai suka makan Laksa Johor, Mee Bandung dan Nasi Ayam. Dan banyak lagi makanan yang sedap. Sayangnya kat area rumah tak ada food court best macam ni 😔.



Tengah makan hujan turun dengan lebatnya. Tup tup ada orang tu beli Durian Musang King sementara menunggu hujan reda. Lebar senyum orang tu hehe...



Sedap duriannya. Yang makan Musang King ai, enZaf dan Aliah. Ariq makan seulas saja, dia lebih suka Udang Merah. Akak Zahra dan Qaireen geng tak makan durian. Ai puas pujuk Qaireen makan tapi dia memang tak nak, sama macam kakak Zahra dia huhuhu.. Tak tahu la dua orang ini ikut siapa. Sebab blah ai dan enZaf semua hantu durian ðŸĪŠ.

No comments: