Tahun ini akak Zahra terpilih lagi dalam pertandingan debat. Tahun lepas dia tak masuk sebab teacher nak bagi peluang dekat senior. Pertama kali dia masuk debat mewakili sekolahnya pada tahun 2022. Masa itu dia dalam group ke-2, kiranya protege lah dan sekarang sudah senior diserap masuk ke dalam group pertama ☺️ Kawan baiknya Amal pun turut sama menjadi debater, aish dari Tingkatan 1 ya mereka berdua ni tak berenggang. Mana-mana pergi pun ada kecuali hoki.
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (kategori Bahasa Inggeris) tahun ini diadakan di Sekolah Sains Gua Musang (GUAMSS). Jauh betul ke pantai timur, lima hari dia di sana. Mereka bertolak bersama-sama dengan peserta dari tiga buah sekolah yang lain dengan menaiki bas. Kira macam pool bus la kan hihihi.. banyak bas okay sebab satu Malaysia. Debat kali ini peringkat Kebangsaan, semua sekolah berkumpul di Guamss. Tahun sebelum ini debat dibuat secara peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Kali ini buat sekali bagi ai mudahlah, masa pun dapat disingkatkan.
Gambar di atas ini ai ambil dari Instagram story Guamss. Sampai sahaja di Guamss, semua peserta diambil gambar dengan backdrop. Alhamdulillah selamat sampai dia. Nak tunggu dia update memang berjanggut, jadinya setiap masa dan saat ai tengok kat page Guamss ni hahaha.. Yang gambar-gambar di bawah semua dari dia.
Seronok dia dapat ramai kawan baru sepanjang di Guamss ini. Siap bertukar contact number dan follow social media masing-masing. Bukan main anak zaman sekarang ini kan. Semashur dapat Bronze Award. Top 30 out of 70 SBP. 👏👏 Tak ingat pula berapa jumlah sekolah secara keseluruhan samaada 70 atau 77. Tahniah akak Zahra dan teamatenya. Dapat nombor berapa sekali pun dah hebat. Mewakili sekolah itu pun dah bangga buat Mummy. Oh yang mana sekolah tak masuk semi-final, mereka dibawa berjalan-jalan dalam daerah Gua Musang. Banyak tempat juga akak Zahra tunjuk gambar. Untunglah jalan sana sini hihi..
Oh ya! masa pertandingan debat ini, dia terpaksa lepaskan dua lagi pertandingan yang lain iaitu pertandingan hoki MSSS dan inovasi di Romania. Dia sedih juga nak lepaskan hoki tu tapi dia pilih debat sebab debat sekali setahun. Hoki selalu dia main hehehe.. inovasi pula mujurlah dapat buat in-house, walaupun tak dapat pergi ke sana. Akak Zahra tu dah la memang nak pergi sana dari awal tahun lagi, disebabkan dapat buat in-house dia pilih debat. Begitulah nak oi, hidup ini kena buat pilihan. Bukan semua yang kita nak boleh dapat semua juga 😉
Lambat kami sambut birthday Ariq gara-gara menunggu akak Zahra ada. Mujurlah Ariq okay saja sebab bulan birthdaynya dah lepas 🤭. Jauh sikit tempat kami pergi kali ini, ke Setia City Mall. Last pergi tahun lepas kot, hanya ai, Aliah dan Qaireen saja sebab enZaf dan Ariq pergi main bola. Itu pun lepak minum petang saja, tak ada jalan apa pun. Sampai ke Setia City Mall ini, kami jalan pusing-pusing dan singgah kedai barang birthday beli candle untuk Ariq dan akak Zahra nak beli sedikit barang juga untuk persiapan perbarisan sukannya.
Selesai saja beli barang semua, ai tanya Ariq nak makan apa untuk sambut birthdaynya. Dia kata dia tak nak makan kek, nak makan aiskrim. Masa kami jalan-jalan dalam mall dia dah nampak kedai Rollney 🍦 dan minta makan di situ. Terus Daddy dia cakap okay.
Sebelum makan, wajiblah ai ambil gambar anak-anak. Dorang ni semua dah masak sangat perangai Mummy mereka, tak sah kalau tak ambil gambar hahaha..
Memandangkan dia pilih kek, maka lilin yang beli tadi cucuk atas aiskrim. Elok juga kan, lain dari yang lain.
Ada orang tu tengok abang dia ada lilin, dia pun nak juga. Lilin yang ai beli semuanya superhero. Spiderman pun boleh 🤣
Happy Belated Anakku Ariq Firman!!! Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Seronok semua dapat makan aiskrim masing-masing. Sekarang ini mereka dah kurang rasa nak makan kek bila birthday, kalau ada kek tu pun beli yang kecil saja. Asalkan anak-anak gembira kita pun sama gembira jugakan. Yang penting raikan mengikut kemampuan masing-masing. Bahagia cara kita gitu 🥰 Sebelum balik kami makan malam terus, seperti biasa enZaf tanya Ariq memandangkan dia birthday boy. Ariq pilih makan di Restoran Johnny's.
Tahun 2024 ini, enZaf tukarkan Ariq dengan kelab bola lain. Tukar tu sebenarnya kelab bola ini lebih dekat dengan rumah. Mujurlah Ariq okay saja nak tukar, kami risau saja dia tak nak sebab dah seronok dengan kelab sebelum ini. Almaklumlah, bila bertukar angin ini pastilah kena cari kawan baru pula kan. Ai pun sedih juga sebab dah tak jumpa mommies bola. Kami pun dah rapat sangat. Jadinya terpaksalah Mummy cari kawan baru juga 😅 Eh! melencong ke lain pula cerita yang sepatutnya hehe.. Kami tak sangka pula Ariq terpilih untuk menyertai LaLiga Youth League untuk kelabnya.
Tak banyak gambar dan video yang diambil. Mana yang ada sajalah letak dalam blog ini sebagai kenangan.
Gambar di atas ini dari phone ai dan gambar di bawah dari Whatsapp Group.
Masam muka anak bujang ini bila Daddynya ambil gambar. Muka kepenatan dengan cuaca panas lagi.
Alhamdulillah, permulaan liga dengan langkah kanan. Teamnya menang tiga mata dalam perlawanan pertama. Ada banyak lagi perlawanan seterusnya, tak silap ai ada sembilan kali mereka perlu main. Senarai kelab bola yang sertai LaLiga ini pun hebat-hebat juga. Adat bertanding mestilah ada kalah dan menang. Yang penting Ariq dapat menimba pengalaman dalam liga ini. Masih banyak yang dia perlu belajar terutamanya dalam keserasian bersama pemain. Ariq kira freshie lagi dalam kelab ini, harap-harap dapat lah dia adapt dengan suasana dan kawan barunya 😇 Maka dengan ini, bermulalah episod Mummy dan Daddy berada di padang setiap hujung minggu hehehe..
Oh ya! lepas keluar dari padang bola, kami singgah satu restoran untuk minum petang. Pekena Pasembur memandangkan nama kedainya ada tulis pasembur juga. Firasat kami mungkin itu makanan signaturenya kan, pastilah sedap. Kesimpulan untuk tekak ai, rasanya biasa saja.