Friday, July 19, 2024

Tukar MyKid ke Mykad

Punyalah lama bertangguh nak tukarkan MyKid Ariq ke MyKad. Bukan sengaja lambat tapi menunggu masa Ariq yang sentiasa sibuk. Ceh! macam orang kerja pula nak sibukkan. Sekarang ini musim sekolah sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya sukan, unit beruniform dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan Ariq sentiasa ada latihan tambahan disekolahnya, itu yang asyik bertangguh. Semalam, Daddynya tiba-tiba cakap "Jom ke JPN". Teruslah ai suruh Ariq bersiap dan bergegas kami ke sana.



Giliran menunggu dalam empat belas orang lagi. Mujur ke empat-empat kaunter buka, maka lajulah nombor itu bergerak. Dan haruslah ai ambil gambar Ariq sementara menunggu itu hihihi.. Tiba-tiba teringat masa buat MyKad dengan Aliah [link]. Rasa macam baru saja lagi, tup tup giliran Ariq pula.







Masa enZaf ambil gambar wefie, tiada gambar Qaireen. Merajuklah anak bongsu itu dengan Daddynya. Terus enZaf ajak wefie bersama. Bukan main lebar senyuman dia dan ai pun menyelit di antara mereka berdua 😂







Alhamdulillah, segala urusan selesai dengan begitu cepat. Tunggu selepas lima hari bekerja untuk ambil MyKad Ariq pula. Selesai sudah semuanya kami terus ke Restoran Nasi Ahmad untuk makan tengahari. Sudah kenyang perut, kami ke One Utama pula. Ai nak beli hadiah kahwin untuk anak jiran. Dah beli terus ke Customer Service Parkson untuk balut hadiah 🎁. Sempat ambil gambar anak sementara menunggu siap ☺️



Malam enZaf beli Durian IOI di Rizky Durian. Dia mencari Durian Tekka tapi tak ada. Dia beli durian yang dalam bekas saja, senang tak perlu nak angkut berat-berat bawa balik dan nak mengopek bagai.



No comments: