Wednesday, April 14, 2021

Salam Ramadhan


MasyaAllah hari puasa ini sibuk betul ai, entah apa yang sibuk tu pun tak pasti pula :p Sejak dari hantar akak Zahra masuk asrama tu, tiba-tiba time management ai tunggang langgang haha.. Mummynya masih bersedih dan hiba rindukan anak, nak nak pula sekarang ini kita berpuasa. Pertama kali berpuasa tanpa Zahra disisi. Ya Allah macam-macam perasaan berlegar dalam fikiran. Ibu mana tak sedihkan tapi kena kuat semangat demi masa depan dia. Teringat kat dia waktu sahur dan berbuka semalam rasa tak complete saja. Macamana keadaan dia agaknya, semalam dan hari ini tak call ai lagi. Sibuk agaknya dengan jadual dia yang padat. Bila duduk asrama ini kena ikut masa yang ditetapkan, bagusnya dapat mendidik diri lebih berdisiplin. Gambar bawah ini masa Sabtu lepas, dapat call yang pertama dari akak Zahra sejak masuk asrama hari Selasa.



Punya la lama Mummy dia menanti panggilan dari anak dara ini. enZaf candid gambar ai masa ai tengah on call dengan akak Zahra. Kebetulan dia call masa kami on the way nak balik rumah, dalam kereta lagi :) Walaupun tak nampak muka tu full tapi dah nampak sinar mata betapa seronoknya dapat panggilan telefon dari anak hehe.. Menahan sebak masa bercakap dengan dia, lama tak dengar suaranya, rindu sangat. Agak lama juga kami bersembang sempat pass kat Daddy dan adik-adik dia juga untuk bercakap. Okay berbalik pada cerita puasa. Gambar bawah ini ai snap masa nak bersahur, tinggal Aliah dan Ariq saja huhu..



Muka mengantuk masing-masing hehe..



Setakat ini waktu sahur kami pukul 4.30 pagi, lepas makan anak-anak terus sambung masuk tidur. Sahur hari ke dua Ariq request Ayam Goreng saja, ai tambah lauk Sayur Bayam masak air dan Tempe Goreng. Masa sahur hari pertama ai masak Ayam Kam Heong dengan Sayur Buncis Goreng. Dah makan baru teringat tak ambil gambar makanan hahaha.. Itu yang comot je rupa dalam mangkuk. Sahur ke dua tu ai tak ambil gambar sebabnya Ayam Goreng je pun :p



Hari ke dua berpuasa ini baru dapat update blog. Itu pun sebab tak masak untuk berbuka hihihi.. enZaf beritahu dia beli makanan. Jadi ada la masa terluang sedikit dan badan pun dapat berehat. enZaf tengok ai penat sangat kot, mana taknya si Qaireen tak tidur dari pukul 12 pagi sampai Subuh. Semalam dia tidur awal, ai ingatkan dia terus tidur sampai esok pagi. Rupanya dia bangun pula tengah malam. Ai dah macam Zombie pun ada dengan meneman dia. Bertabahla. Dikesempatan ini ai nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan pada semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terguris hati. Jom sama-sama kita ambil peluang kumpul pahala sebanyak yang boleh pada bulan yang mulia ini.

Friday, April 9, 2021

February Birthdays


Pada 28hb Februari sempat kami meraikan harijadi Qaireen dan Tok Abah bersama-sama di Sg. Buloh. Itu pun gara-gara SOP dilonggarkan apabila rentasan daerah dibenarkan dan lagi jalan keluar dari Kota Damansara nak ke Sg.Buloh pun sudah dibuka. Semasa PKPB, jalan ke Sg. Buloh di tutup sepenuhnya huhuhu.. Masa hari jadi Abah 11hb ai hanya order makan malam untuk mereka dan adik ai Nani belikan kek untuk Abah. Raikan bersama mereka melalui video call sahaja. Gambar di bawah adik send melalui Whatsapp Group. Semoga Abah diberi sihat tubuh badan dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.



Alhamdulillah tahun ini sempat juga celebrate sekali lagi dengan Abah dan Qaireen sebagai penutup bulan Februari :) Hidangan di atas meja semua ini disediakan oleh adik ai Nani dan Yusreena. Dorang berdua kalau bab makan memang laju. Dan dorang pun pesan kat ai tak perlu datang bawa apa-apa makanan lagi sebabnya dah banyak. Kami hanya meraikan di rumah sahaja.



Comelnya kek untuk Abah. Gambar tu nampak muda sangat, rambut pun hitam lagi hihihi.. tapi serius kek gulungnya sedap. Tak silap ai kawan Nani yang buatkan. Ramai juga kawan-kawan dia berniaga makanan ni. Elok lah beli dengan mereka tanda support gitu :) Nanti tanya Nani apa nama Instagram kawannya itu.



Gambar di bawah ini untuk Qaireen pula. Nani tempah Cheese Tart. Suka Qaireen tengok sebab ada gambar kartun kegemarannya Baby Bus. Ini pun sedap juga.



Seperti biasa, setiap kali sambutan harijadi pasti ada nyanyi lagu Birthday. Sedih Angah tak ada, jauh kat Ipoh tak dapat balik dan tidak dibenarkan merentas negeri. Lama tak jumpa dia ni, rindu pula.



Selesai makan, Makteh Qaireen iaitu Nani bagi hadiah. First time Qaireen dapat toy Play-Doh. Dan pertama kali juga dia nak pegang clay tu. Masa awal-awal tu dia tak berani nak pegang. Bila pegang laju-laju tarik tangan, mungkin sebab geli. Banyak kali juga dia cuba pegang, lama sikit baru dia berani. Itu pun setiap kali pegang minta ai basuhkan tangan hahaha... adoi la anak. Gambar kat bawah ini tak perasan blur pula. Qaireen tak sabar akak Aliahnya tengah pasang toy dia.



Sampai tengah malam kami kat Sg. Buloh.. esoknya Qaireen bangun tidur terus menuju ke mainan baru dia. Tengah seronok main Play-Doh. Abang Ariq dia pun main sama juga, mujur ada orang melayan dia. Selamat Mummy hahaha..





Sekarang ini pun Qaireen masih main lagi, cuma clay tu dah berkurangan. Ada yang dia biarkan saja kat luar sampai dah keras. Next time bila ke shopping mall nak kena beli baru dan warna lain pula. Sekarang senang boleh top-up clay tu dan dijual dalam bentuk can yang kecil-kecil.

Thursday, April 8, 2021

Satay Sedap Satay Pak Wan


Sekarang ni susah betul nak dapat satay yang sedap, area kat Kota Damansara ini pun tak jumpa lagi yang betul-betul sedap. Kalau sataynya sedap, kuah pula tak berapa sedap dan sebaliknya. Nak dapatkan dua-dua sedap tu susah betul. Sejak hujung tahun lepas kami dah jumpa mana nak makan satay yang sedap. Eh berapa kali banyak sedap la hehehe.. Dapat tahu kewujudan satay ini pun dari kawanku Nani. Dia beritahu dalam Whatsapp Group kalau nak makan satay pergi ke kedai Satay Pak Wan. Ada banyak cawangan juga Satay Pak Wan ini, tapi kami pergi yang berdekatan dengan kami sahajalah di Subang Bestari. Kedainya buka pukul 3.30 petang sampai pukul 11 malam.



Sataynya kita boleh pilih, nak ada lemak atau isi daging semata. Ke dua-duanya ai suka hahaha.. Kalau ambil yang tanpa lemak itu, ai advice jangan order banyak-banyak sebab isinya besar-besar.. makan dalam 3-4 cucuk pun dah rasa kenyang. Memang puas hati. Tapi ai lebih suka satay yang ada lemak sebab bila ada lemak tu rasa isinya lagi lemak-lemak manis gitu. Uols berpada-padalah makan yang ada lemak tu, maklumlah ianya bahaya untuk kesihatan.. tolak tepi lemak tu okay hihihi...



Kuah kacangnya pun sedap. Tak ada rasa muak, just nice saja. Lagi satu ai suka kat Satay Pak Wan ini ada jual Satay Perut. Ya ampun memang feveret sangat. Setiap kali datang mesti order Satay Perut tapi tak banyak la 2 cucuk sahaja. Ai sorang je pun yang makan :) Susah nak dapat Satay Perut ni, bila dah ada kat Satay Pak Wan ini memang tempat ini je lah kita tuju. Di kedai Satay Pak Wan ini bukan jual satay semata, ada Bihun Sup dan Bakso. Itu sahaja menunya. Nak kata ke dua-dua Bihun Sup dan Bakso ini pun sama sedap juga.



Akak Zahra tak makan satay, dia makan Bihun Sup je. Yang pasti tiada sayur :p Aish tengok gambar dia rindu pula. Sejak dia dah masuk asrama sampai saat ini belum call lagi. Bertuah sungguh anak ni buat Mummy dia ternanti-nanti tau. Sama ada dia malu nak bertanya macamana nak guna public phone atau pun dia tak ingat nombor telefon Mummy dan Daddy. Dah tulis dalam kertas siap-siap, harap tak hilang. Bekalan coins pun bagi banyak kat dia. Budak sekarang mana pandai pakai public phonekan hahaha.. pandai-pandai lah dia hidup di sana. Bila fikir balik masa hantar dia tu, silap ai juga pesan kat dia "kalau ada masalah call Mummy okay!" Agaknya tak ada masalah la tu tak call Mummy huhuhu.. next time bila jumpa dia kena tukar ayat "Call Mummy setiap hari" hahaha...

Monday, April 5, 2021

Projek ke-2 PKP 2.0


Akhirnya dapat juga lekat foam wall sticker kat area laundry. Berfikir banyak kali juga ai masa nak tanya kat enZaf pasal sticker ini. Almaklumlah, takut salah timing sebab dia tengah banyak kerja, silap haribulan mahu dia bagi jelingan maut nanti hehehe.. Masa beritahu enZaf tu pun, ai nampak dia tengah duduk santai main game kat handphone hahaha.. Kebetulan masa cerita dengan dia, tengah musim Shopee, Lazada dan seangkatan dengannya buat sale 3.3.. eh dorang ni setiap bulan ada je sale kan, entah betul ke tidak harga tu pun sama je sepanjang masa kita pun tak tahu :p Tak kisah la bab harga tu, yang penting bagi ai dah dapat approval dari enZaf lagi penting. Dah alang-alang ada sale 3.3, enZaf pun cuba la tengok di Shopee. Ai tak berapa ingat harganya tapi tak silap dapat dalam RM1 sekeping. Apa lagi lajulah enZaf order. Dah tengok pada ukurannya, kami decided beli dalam 50 keping. Lebih tak apa jangan kurang. Gambar di bawah ini belum lekat lagi stickernya.



Tak sangka agak cepat juga enZaf nak pasang sticker ini. Kalau ikutkan pengalaman sebelum-sebelum ini, sampai dah bersawang barang dibeli tu baru lah nak buat hahaha.. Mungkin tak larat dengar ai membebel agaknya, sebenarnya boleh je buat sendiri tapi malas sebab area laundry tu panas. Setiap kali ai sidai baju pasti berpeluh, tak ada angin rasa bahang. Jadi kita tolong teman saja lah. Bukakan sticker pada foam tu dan bagi kat enZaf.



Thank you enZaf gigih lekatkan kat dinding area laundry ini. Kami buat ini pada waktu petang lepas solat Asar, paginya dia main Golf. Tentu penat tak habis lagi tu heheh..



Ikut perancangan kami pasang separuh je, bila dah siap tengok masih banyak lagi baki foam wall stickernya. Tapi tak buat semua dah masa ini sebab dah penat hehehe.. insyaAllah kalau rajin nanti tambah lagi lekat sticker tu sampai habis semua dinding. Eh, kalau enZaf rajin :p Apa pun separuh dinding pun dah memadai bagi ai. Baru nampak ceria dan terang kawasan laundry ini.



Thank you! thank you! thank you enZaf!!

Thursday, April 1, 2021

Keputusan UKKM dan PKSK


Dua tiga minggu yang lepas adalah hari mendebarkan untuk semua ibu bapa yang mendaftarkan anak untuk memasuki MRSM atau pun SBP. Eh confident je cakap semua hihihi.. Tapi memang berdebarlah untuk ai sebab ini adalah kali pertamakan. enZaf pula ai tak sure dia berdebar ke tak.. dia memang sibuk dengan kerja, hari keluar result pun dia tak tahu hehehe.. manakala akak Zahra, ai tak boleh baca perasaan dia. Dia ni sejenis yang tak ada ekspresi muka. Suka atau tak pun kurang jelas :p Okay berbalik pada keputusan ujian. Pada tarikh 10hb Mac, Mara telah mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan ke MRSM, keputusan boleh diketahui melalui SMS dan website. Gambar di bawah ini adalah keputusan akak Zahra.



Mengikut pemahaman ai, sesiapa yang berjaya mendapat tawaran dari MRSM akan dihubungi melalu SMS terlebih dahulu. Jadi masa waktu pagi sampai tengahari masih tak dapat SMS tu, ai dah dapat agak yang akak Zahra tak berjaya. Tapi masih bersikap husnuzon kot lambat sampai hahaha.. kalau dapat SMS pun melalui nombor telefon enZaf. Ai pula malas nak tanya enZaf banyak kali sebab dia tengah meeting. Akhirnya ai buka link pada website untuk lihat keputusan MRSM. Ai sedikit sedih bila tahu result tidak menyebelahi akak Zahra, masa tu tak beritahu lagi dia sebab dia pun tengah buat kerja sekolah, malas nak kacau. Lama sikit ai panggil dia dan minta baca keputusan itu kat skrin laptop. Masa akak Zahra baca tu perkataan pertama yang keluar dari mulut dia "Oh!". Ai tanya dia, okay ke tak? Dia jawab "okay, i'm still school." Simple as that je dia jawab macam tu hehehe.. Mummy pula yang hover lebih nak sedihkan.

MRSM ada maklumkan kalau berminat untuk membuat rayuan boleh tekan pada butang rayuan, tapi untuk kes Zahra ini memang tak ada butang rayuan diberi. Jadi ai pun bukalah Facebook Mara dan baca pada komen-komen yang ada dalam tu. Memang ternyata kalau tiada butang rayuan diberi ini dikira tak boleh membuat rayuan huhuhu.. sedih ai. Tak ada peluang ke-2 nak merayu. Ai pun redha sahaja dengan apa keputusan yang dapat. Begitulah keputusan UKKMnya, tidak berjaya.

Pada minggu seterusnya, keputusan PKSK pula keluar pada tarikh 19hb Mac pukul 3 petang. Perasaan ai masa itu tak sama dengan debaran MRSM. Mungkin sebab dah berdebar masa awal-awal hahaha.. lepas tu ai dah redha apa sahaja keputusan yang diterima. Pada hari yang sama juga akak Zahra ada online exam Pandu Puteri Remaja. Suka dia sebab lulus dan dapat sijil, markah 85% ke atas sahaja akan dapat sijil. Ai duk ralit tengok dia jawab exam tu sampai terlupa pasal keputusan PKSKnya. Tengok jam dah pukul 3:20 petang. Laju buka link nak check. Buka link tak boleh masuk, loading page lama sangat. Macam-macam komen keluar dalam Facebook KPM berkenaan keputusan PKSK ini. Ingatkan ai sorang je yang ada masalah tak boleh buka, rupa-rupanya semua orang hehehe.. bila tak boleh buka tu, ai pun tinggalkan sekejap dan buat kerja rumah. Dalam pukul 4:14 petang ai check semula. Dan sistem dah boleh dibuka. Masa ini debaran dah bermula. Nak masukkan no kad pengenalan pun dah takut hahaha.. poyo sangatkan. Nak tak nak kena la masukkan baru tahu keputusannya. Gambar dibawah ini lah yang tertera selepas tekan butang masuk.



Alhamdulillah, ai terus sujud syukur terus masa itu begitu juga dengan akak Zahra. Menitis air mata ai, perasaan masa itu bercampur baur. Sampai akak Zahra tanya "why are you crying?" :) Tak sangka rupanya rezeki dia di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Dari page situ kena submit semula dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui sekolah yang ditawarkan. Tak sangka sekolah akak Zahra dapat itu adalah sekolah pilihan pertamanya. Sekolah dia dekat dalam negeri Selangor sahaja, tak perlu rentas negeri hehe.. itu syarat Daddy dia dari awal lagi, tak nak jauh. Mungkin sebab itu MRSM tak dapat, sebab pilihan MRSM luar dari Selangor. Bila dah tahu dimana penempatan SBP ada satu butang untuk kita setuju atau tidak setuju dengan tawaran SBP tersebut, ai saja je buat-buat fikir nak setuju atau tidak, laju je akak Zahra mencelah cakap "Yes Mummy click now" hahaha aduh anak. Bila dah tahu result tu terus ai Whatsapp kat enZaf. Lambat dia reply mungkin tengah sibuk. Dah lama baru dia reply dan terkejut juga tak sangka dapat hehe..

Kami tak pernah paksa untuk Zahra masuk asrama. Ini memang kehendak dia sendiri. Muka dia langsung tak ada rasa sangsi, gusar atau apa saja yang berfikir dua kali. Mummy sendiri tak boleh move on, sama ada rela atau tidak nak melepaskan dia. Sentiasa berdoa untuk kuatkan hati ini dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat anak dan kami sekeluarga. Ikutkan perancangan KPM keputusan keluar pada 17hb tapi ditunda pada tarikh 19hb pula. Andai kata jadi keluar pada 17hb itu, memang sejarah sebabnya tarikh 17hb adalah tarikh harijadi akak Zahra. Apa pun bagi ai bulan Mac ini double celebration untuk akak Zahra, pertama harijadinya dan ke dua adalah tawaran kemasukan ke SBP. Tahniah akak Zahra, semoga dia terus cemerlang dengan apa yang diimpikan. Persiapan banyak dah siap, esok tinggal nak buka akaun bank dan bayar yuran sekolah. Pejam celik lagi 4 hari akak Zahra nak masuk SBP. Ya Allah macam tak percaya pun ada, semoga diriku kuat begitu juga dengan akak Zahra.