Thursday, May 9, 2019

Lanun Uptown


Haritu sebelum puasa,
enZaf bawak kami makan malam kat uptown.
Permintaan dari anak bujang
yang nak makan beef steak katanya.
Lama dah dia mintak nak makan,
tp masa tak mengizinkan hehe
Kemain macam orang mengidam apa.
Kebetulan pun mmg lama kami tak ke sana.

Muka masing2 kemain happy ye.
Dan ofkos la yg ambil gambar ni pun
senyum lebar juga. :p



Ariq suka steak kat Lanun ni.
Aliah pun suka juga.



Takat ni order satu dua orang ni share.
Esok dah besar sikit,
sorang satu la jawabnya.

Akak Zahra je tak layan steak.
Dia masih selective lagi bab2 makan.
Payah sungguh la nak bagi dia cuba huhu
Malam tu dia order bihun goreng.

Ai ofkos la makan steak juga.
Lepas makan steak cakap ngan enZaf,
rasa lapar lagi.

Order tauhu bakar plak.



Itu pun mengah2 nak habiskan.
Ingatkan dapat separuh ngan enZaf,
sekali dia makan satu je huhu

Okay jap lagi nak masuk dapur,
masak tuk berbuka plak.
Masak sayur dan telur dadar.
Sup ayam sahur tadi masak lebih sikit,
haha pandai dah buat lebih sikit :p
Pastu tambah satu menu
nak buat roti sardin.

Ha... misi nak puasa penuh kalini
tak tercapai.
Punya la lama tak datang period,
sejak bersalinkan Qaireen.
Rupa2nya nak keluar bulan puasa.
Puasa ke-4 diriku dah raya.
Walaupun tak puasa tetap macam puasa.
Cuma byk minum air je la,
menyusu badan ni cepat haus.
Lapar takat ni takde la rasa sangat.
Sebab sahur pun join makan juga :)

Wednesday, May 8, 2019

Kisah Ramadhan Pertama & Kedua


Fuh baru hari 3 Ramadhan,
badan ai dah sakit2 lenguh.
Rasanya masa ai byk habis kat dapur aje.
Pukul 4.30 pagi masak tuk sahur,
itu pun masak sayur dan goreng telur aje.
Lauk ayam dah buat malamnya sblm tidur,
jadi panaskan aje.

Pagi plak masakkan bubur untuk Qaireen.
Lepas siap tu baru la boleh
berehat2 kejap sblm nak menunggu lepas Asar.
Time rehat ni la ai dapat
isi masa dengan mengaji.
Lepas Asar bersiap plak masak tuk berbuka.
Kat rumah ni kebiasaannya
hidang lauk sekurang2nya 3 jenis.
Kalau tak cukup 3 macam tak complete.
Sampai la ke Maghrib dah busy
berbuka, melayan anak2 makan.
Lepas solat Magrib baru dapat makan nasi.
Mengemas meja dapur bagai sampai la ke solat Isya'.

Dalam pukul 10 malam ke atas plak,
ai akan masak lagi lauk
dan nasi untuk sahur.
Ai tak reti okay nak masak
lauk banyak2.
Jadi bila masak sikit2 ni
renyah la jadinya.

Tidurkan Qaireen,
lepas tu baru la boleh buat
solat tarawikh & witir dengan tenang.

Takat ni itula rutin
puasa pertama dan ke dua.
Tiap kali puasa gitu la
byk habis masa kat dapur.
Owh ni bukan complain or merungut,
ikhlas buat demi suami dan anak2 hehehe

Tapi harini lepas Zuhur,
enZaf bgtahu ai tak payah masak tuk berbuka.
Dia suruh berehat.
Masak tuk sahur je nanti.
Ya Allah, Alhamdulillah..
terus yg bole update blog ni hahahaha

Lagi pun tahu dah dia taknak kita masak,
sbb dia nak outstation 2 hari :p
Ape pun thank you Yang!

Esok akak Zahra exam pertengahan tahun.
Suruh dia belajar,
tengok dia letih je.
Kesian...
Bertabahla exam bulan puasa ni kan.
Semoga dia dapat jawab soalan dengan jayanya.



Sunday, May 5, 2019

Selamat Berpuasa!


SALAM RAMADHAN Kawan2 Blog!
Pejam celik dah puasa kita ye.
Cepat betul masa sekarang ni.

Diriku berharap dapat puasa penuh
juga seperti tahun lepas.
Masih lagi tak period sejak lahirkan Qaireen.
Rasanya ni paling lama kot
antara anak2 yg lain.

Start puasa ni maka startla
kat socmed segala jenis
resepi masakan dan gambar makanan yg keluar hihi
Bagus sbb boleh bagi idea kan.

Puasa yang lepas anak2 ai
jenis senang sgt sahur.
Terutamanya Zahra & Alia.
Dorang taknak nasi,
makan roti dan cereal aje.
Ariq plak tahun lepas puasa bape hari je.
Punya la malas nak bangun sahur.
Semoga tahun ni dia rajin la puasa byk sket haha

InsyaAllah puasa kalini
ai cuba untuk khatam al-Quran.
Jujur cakap, sejak ada Qaireen ni,
jarang2 sgt selak baca huhuhu
Ape nak jadi la yati oi.
Untuk tarawikh plak impian nak ke surau
or masjid tertunda lagi la.
Qaireen jenis susah sgt nak orang,
nampak org ramai2 lagi la,
terus nak berdukung.
Solat kat rumah aje la gitu.

Sempena bulan puasa ni,
ai doakan semua sahabat dipermudahkan
segala urusan dan
insyaAllah semoga
feekita semua mendapat keberkatan
dalam menjalani ibadah
di bulan yg mulia ini.


Friday, May 3, 2019

Hadiah Hari Guru 2019


Pada hari Selasa lepas, sekolah anak-anak membuat sambutan Hari Guru. Tahun ini ai serius tak tahu nak bagi cikgu-cikgu mereka hadiah apa. Ingatkan kali ini ai nak beli yang dah siap sahaja. Kononnya rancang nak beli hadiah dan terus letak dalam paperbag tetapi anak-anak ini pula siap tanya "Mummy, kita nak bagi dan buat apa untuk cikgu". Nada itu dengan excitednya tanya tu. Aduhai, ai baru nak bersenang lenang hahaha... tak sampai hati pula sebab anak-anak dah bersemangatkan.

Pada mula ai fikir cari barang di Kaison, tiba-tiba masa dalam kereta melencong ke Ikea haha.. Mujurlah enZaf tu okay dan melayan sahaja ai nak ke mana. Dia bab-bab begini memang serahkan pada ai sepenuhnya. Sebelum nek ke Ikea tu pun ai sempat search dahulu barang-barang di website Ikea. Tengok ada yang berkenan atau tidak supaya bila masuk dalam Ikea itu nanti, tak adalah lama sangat dan tercari-cari. Dah masuk Ikea boleh terus tuju tempat barang itu kan. Ai dah rancang nak beli mangkuk atau pun cawan. Masa tengah mencari tu, hanya ada mangkuk sahaja. Cawan tiada stok.



Mangkuk ini merupakan design terbaru. Harganya murah iaitu RM15 untuk 6 biji. Anak-anak ini nak bagi pada semua cikgu subjek, jadi sesuailah dengan barang dan harganya :) Bila dah masuk Ikea ini, haruslah ai tengok barang lain juga. Bak kata pepatah "Sambil menyelam minum air". enZaf awal-awal lagi dah warning, hanya cuci mata sahaja hahaha.. hancur rancanganku :p Gambar di bawah ini gambar candid dari akak Zahra.



Agaknya lama dia tengok Mummynya membelek carpet tu kan sampai tak sedar dia ada ambil gambar. Bila ai tengok gambar tu ya ampun, dah berlapis bawah dagu hihihi... okay esok diet :) Oh masa ai membeli mangkuk ini sebenarnya masih tiada idea nak buat apa dengan mangkuk itu. Sukahati je main beli, takkan lah nak bagi kosong macam gitu sahaja. Bila dah sampai rumah, barulah ai mencari idea. Cakap dengan anak-anak idea ai tu, mereka semua setuju saja.



Bagi nak nampak mangkuk itu tidak kosong, ai rancang letak makanan seperti biskut, gula-gula atau pun cokelat. Nak beri hadiah kat cikgu ni pada hari Selasa, hari Isnin baru ai terhegeh-hegeh nak membeli makanan-makanan itu semua. Memang suka buat keje last minutes huhuhuhu... Malam baru mula membungkus. Keluarkan segala jenis bahan yang ada di dalam rumah. Kami pakai apa yang ada sahaja.



Masa dah sediakan bahan semua, ai buat satu contoh dan tunjuk pada anak-anak untuk mereka sambung buat. Itu pun setelah ai buat dua tiga kali sebabnya tengah fikir cara buat paling senang untuk anak-anak ikut.



Pada mulanya anak-anak ini pun ambil masa juga nak membuat, ditambah pula dengan Qaireen meragam nak menyusu. Ai ambil gambar dorang ni pun tengah menyusukan dia :) Qaireen dah semakin mengamuk, dia dah penat sangat dan sudah masuk waktu tidurnya. Laju-laju ai snap hadiah yang dah siap. Anak-anak pun ai suruh masuk tidur sebab dah pukul 11 lebih. Nanti ada yang tak bangun ke sekolah pula. Sebelum itu sempat ai suruh anak-anak siapkan kad untuk cikgu-cikgu mereka. Lepas tidurkan Qaireen, ai sambung sedikit mana yang belum siap lagi dan letakkan kad itu sekali.



Gardenia Twiggies ini buat dalam bentuk bouquet. Banyak bouquet kami buat, semua itu nak diberi pada cikgu-cikgu subjek, cikgu koko dan mana-mana cikgu yang dorang nak bagi.



Yang mangkuk itu nak bagi pada Guru Kelas kata mereka dan guru feveret dorang. Macam-macamlah anak-anak ini, asalkan mereka gembira ai pun gembira sama. Fuh selesai dah bab hadiah cikgu ini. Setiap tahun Mummy kena fikir hadiah apa nak bagi, bertabahlah.


Thursday, May 2, 2019

Bye Bye Viva


Berat hati nak lepaskan Viva ku ini.
Disebabkan jarang jarang jarang sgt pakai,
akhirnya ai dan enZaf buat keputusan
jual kereta ni.
Kat rumah sampai 3 kereta,
sebab tu tak pakai sgt.
Nak bagi anak pakai,
lama sangat la nak tunggu.
Kereta tu pun dah jahanam.

Lama dah kereta ni,
10 tahun dah kot.
Dah habis bayar dah pun.

Dua minggu lepas pergi Maybank,
nak ambil grant kereta.
Kalau tak jual mmg takdenya
nak pergi ambil hehe



Nasib baik cepat urusan kat bank.
Lepas tu kami terus ke Ikano.
Minum petang.
Qaireen masa ni masih lagi selesema.



Meragam je,
tak boleh duduk lama.
Nak berdukung.



Minggu lepas plak ke JPJ.
Nak buat pertukaran nama.
Ya ampun ramainya manusia.



Menda pertama ai fikir,
jangan la Qaireen meragam.
Dia bising ai umpan dgn biskut.



Walaupun ramai laju juga urusan kat kaunter.
Semua kaunter bukak,
bagus sangat.

Ingat nak bagi kat adik2 ai pakai,
tp masing2 ada kereta idaman sendiri
nak beli.
Tak pandang viva ni kemain hehe
Lagi pun kereta dah lama,
elok la beli baru..
kang macam2 masalah plak rosak sana sini.
Buat penat repair je kan.


Inilah Viva biruku.



Banyak jasa kereta ni.
Ni la satu2nya kereta pertama
ai beli masa kerja.
Sebelum ni pakai kereta abah bagi
dari zaman belajar kat universiti
sampai anak sorang :)

Semoga Viva ni dapat berkhidmat
dan dijaga rapi dengan tuan baru.