Sunday, May 5, 2019

Selamat Berpuasa!


SALAM RAMADHAN Kawan2 Blog!
Pejam celik dah puasa kita ye.
Cepat betul masa sekarang ni.

Diriku berharap dapat puasa penuh
juga seperti tahun lepas.
Masih lagi tak period sejak lahirkan Qaireen.
Rasanya ni paling lama kot
antara anak2 yg lain.

Start puasa ni maka startla
kat socmed segala jenis
resepi masakan dan gambar makanan yg keluar hihi
Bagus sbb boleh bagi idea kan.

Puasa yang lepas anak2 ai
jenis senang sgt sahur.
Terutamanya Zahra & Alia.
Dorang taknak nasi,
makan roti dan cereal aje.
Ariq plak tahun lepas puasa bape hari je.
Punya la malas nak bangun sahur.
Semoga tahun ni dia rajin la puasa byk sket haha

InsyaAllah puasa kalini
ai cuba untuk khatam al-Quran.
Jujur cakap, sejak ada Qaireen ni,
jarang2 sgt selak baca huhuhu
Ape nak jadi la yati oi.
Untuk tarawikh plak impian nak ke surau
or masjid tertunda lagi la.
Qaireen jenis susah sgt nak orang,
nampak org ramai2 lagi la,
terus nak berdukung.
Solat kat rumah aje la gitu.

Sempena bulan puasa ni,
ai doakan semua sahabat dipermudahkan
segala urusan dan
insyaAllah semoga
feekita semua mendapat keberkatan
dalam menjalani ibadah
di bulan yg mulia ini.


No comments: