Wednesday, May 14, 2025

Hari Ibu di Sekolah

Ahad lepas pergi melawat akak Zahra. Form 5 tak boleh balik, jadinya kitalah datang melawat dia. Kali ini ai ajak Abah, Mak dan adik-adik join sama pergi sekolah akak Zahra. Selalunya Hari Ibu kami akan buat makan-makan, memandangkan akak Zahra tak balik jadi kami pergi ke tempat dia. Sebelum ke sana, enZaf beli Pizza untuk semua orang. Adik-adik pun datang bawa pelbagai makanan jua. Kawan baik akak Zahra, Auni pun turut join sama.

Kebetulan datang sekolah tu, ada pertandingan Ragbi antara Semashur dengan Sdar. Meriah kat padang. Beberapa minit permainan bermula, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Laju kami berteduh bawah khemah. Kebetulan sekolah akak Zahra baru habis Hari Sukan, khemah pun belum sempat turunkan lagi. Ada hikmah lah tu kami dapat berteduh di sini 🤲.





Selamat Hari Ibu mak dan adikku. Tak cukup corum, yang kat Ipoh tak balik. Belakang kami tu penyokong Sdar. Basah lencun dorang. Game berhenti sekejap sebab ada guruh. Agak lama juga menunggu dan akhirnya referee buat keputusan game berhenti awal sebab cuaca tak mengizinkan.





Bye kakak!! nanti kita jumpa lagi ya. Setiap kali nak datang sekolah dia, mesti ada saja dia order itu ini kan. Penuh stok makanan beg yang dikendongnya tu 🤭😆.



No comments: