Tuesday, May 13, 2025

Petang Bersama Kawan di Elmina

Bila kawan kau tiba-tiba ajak jumpa, apa lagi laju lah onzz.. kebetulan tak ke mana. Kalau tidak hujung minggu sarat dengan aktiviti anak-anak. Nani lah yang mengajak itu. Kami berjumpa di Fish & Co., Elmina Lakeside Mall. Sampai-sampai anakknya Aisha tengah sketch untuk pertandingan melukis sekolahnya esok. Wah! bagus betul, katanya mencari idea gitu 👍💡. Memandangkan kami jumpa tu waktu petang, jadi ai order ringan-ringan saja untuk anak-anak mengunyah. Baru perasan, tak ambil gambar sangat pun masa kat sini.





Lama juga menunggu si Nowwa ni sampai, makanan pun dah habis hahaha.. tup tup dia beli banyak keychain untuk kami semua. Ambil hati ke tu 😂



Selesai makan, kami berjalan-jalan sekitar mall ini. Singgah Jaya Grocer, Ariq mencari air botol Prime. Dia dan kawan-kawannya mengumpul botol Prime tu yang football edition. Bukan main masing-masing menunjuk koleksi apa yang dah ada. Macam-macam lah hero sorang tu. Kebetulan Jean Perry ada buat promo kat Elmina, Nowwa nak beli sarung bantal. Lama betul dia pilih nak yang mana hahaha.. Ai suka brand Jean Perry ni. Bantal kepala, bantal peluk, sarung, cadar, tuala bagai semualah Jean Perry kat rumah ini. Sebelum balik singgah Chagee pula. Dalam ni barulah kami banyak bergambar 😆.









Bergambar lagi sebelum balik. Thank you Abang Ariq ambil gambar Mummy and the girls. Thank you to Nani and Nowwa jua.. Walaupun kita jarang jumpa tapi uols tetap dihatiku hehehe.. 💕



No comments: