Tahun ini birthday Ariq jatuh pada hari Jumaat. Lepas solat Jumaat ai ajak enZaf beli kek untuk Ariq. Nak surprisekan dia bila balik dari sekolah. Kami ke IOI Mall Damansara saja. Nama baru dah mall ini, sebelumnya nama Tropicana Mall. Entah kenapa kawasan Damansara ni ada IOI pula. Bila sebut IOI ai dok teringat IOI mall kat Puchong tu hehehe.. Alang-alang dah masuk mall, kami isi perut dulu. Kali ini mencuba makan di Sushi Jiro buat pertama kali.
Aliah pun ada sama tapi lepas makan ni dia pergi jumpa kawannya. Kebetulan kawan-kawannya ada di dalam mall ini juga. Kalau ikutkan dia ada plan ngan kawan-kawan dia nak pergi The Curve tapi ai tak bagi. Tup tup kawan dia datang sini. Agaknya nak jumpa juga la tu kan. Sabar je la. Tak puas-puas jumpa kat sekolah huhuhu... Lepas makan ai dan enZaf berjalan keliling mall sementara nak menunggu ambil Qaireen balik sekolah. Di bahagian tengah mall ada buat promosi biskut butter. Teruja ai tengok bekas biskut tu sebab coraknya cantik dan menarik 😍. Beli bukan sebab biskut tapi sebab bekasnya dan sesuai bagi pada orang. Tak perlu nak balut bagai, bagi gitu je hahaha 🤭
Sementara menunggu Aliah selesai dengan kawannya, kami berhenti di Inside Scoop makan aiskrim pula. Lama juga menunggu anak dara sorang ini huhuhu..
Dah settled semua barulah kami pergi Secret Recipe. Pada mulanya nak ambil sliced cake tapi ai tukar dengan Carrot Slice. Abang Ariq suka sangat dengan Carrot Slice Secret Recipe ini.
Ada rekod video tapi tak boleh upload dalam ni sebabnya Mummy dia tak bertudung 😬. Happy 13th Birthday Ariq Firman!! Satu-satunya anak lelaki tunggal. Mummy sentiasa berdoa agar Ariq menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Tunggu akak Zahra ada baru kita makan sedap sikit ya.

No comments:
Post a Comment