Wednesday, March 6, 2024

Kejohanan Hoki Seteguhrianz Cup 2024

Masa Aliah ada rugby tournament KL Tigers, akak Zahra juga ada hockey tournament di Gombak. Kalau di Gombak tiada tempat lain dah, hanya di padang hoki UIA. Game akak Zahra pun berlangsung selama dua hari, sama dengan Aliah. Ai memang tak sempat nak tengok dia main. Bila sampai tahu-tahu saja dah habis. enZaf pun hanya drop dia saja setiap pagi dan berpatah balik ke Bukit Kiara . Masa hari pertama, selepas sahaja game Aliah habis terus kami ke Gombak. Ai sampai team akak Zahra dah habis. Kecewa betul rasa sebabnya tak sempat tengok dia. Jarang ai ni tak support anak. Penat macamana pun pasti nak tengokkan, tapi apakan daya. Badan tak boleh belah dua 😣😭 Jadinya ai ambillah saja gambar di khemah tanda hadir hehehe.. Eh! masa nak sampai UIA, anak-anak ternampak seekor burung kuning, tak pasti la burung apa. Sempat juga ai rekod sikit.





Masa ini dah pukul 3 petang, cuaca panas sangat. Berjalan nak sampai ke khemah dah berpeluh-peluh hahaha... masuk dalam khemah terus nampak kipas.😆



Gambar bawah ni, anak-anak tengah mengira duit. Dorang siap order Zus coffee, tup tup sampai kat padang.🥤😅



Siap memasak lagi, kami bertuah sebab salah seorang mommy hoki pandai dan rajin memasak. Ai datang bawa perut je hahaha.. tak senonoh betulkan.



Tournament kali ini tiada rezeki mereka pergi lebih jauh. Sekadar di dalam group sahaja. Kali ini ramai player baru join, jadinya coach nak bagi mereka timba pengalaman. Oh ya! nasib baik ai tolong ingatkan kat parents hoki ambil gambar team perempuan dengan banner. At least adalah kenangan di situ 😉







Selesai game hari pertama, enZaf ajak makan petang di restoran mamak. Hari terakhir selepas tournament kami makan Nasi Bariani di Restoran Ismail Taman Tun meraikan akak Zahra dan Aliah. Kalah atau menang kami tetap raikan atas semangat mereka 🥰





No comments: